image

image

Tuesday, November 3, 2015

Wali Wali Allah

Ketahuilah! Sesungguhnya wali-wali Allah, tidak ada kebimbangan (dari sesuatu apa jua) terhadap mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita. Itulah orang yang beriman serta mereka pula sentiasa bertaqwa

Jika Allah menolong kamu mencapai kemenangan maka tidak ada sesiapa pun yang akan dapat mengalahkan kamu; dan jika Ia mengalahkan kamu, maka siapakah yang akan dapat menolong kamu sesudah Allah (menentukan demikian)? Dan (ingatlah), kepada Allah jualah hendaknya orang yang beriman itu berserah diri.


Wahai orang-orang yang beriman, kalau kamu membela (agama) Allah nescaya Allah membela kamu (untuk mencapai kemenangan) dan meneguhkan tapak pendirian kamu.

O ye who believe! If ye will aid (the cause of) Allah, He will aid you, and plant your feet firmly.  



Golongan inilah yang dijelaskan oleh Rasulullah kepada Saidina Omar Ibnu Al Khattab RA dalam dialog mereka:

Rasul: Para Nabi dan para syuhada akan cemburu kepada segolongan hamba Allah kelak diakhirat kerana kedudukan mereka yang tinggi di sisi Allah padahal mereka bukan para Nabi.


Omar: Siapakah mereka itu wahai Rasul Allah?


Rasul: Mereka adalah yang saling mengasihi sesama mereka semata-mata kerana Allah, Demi Allah, sesungguhnya wajah mereka bercahaya, mereka memiliki beberapa mimbar yang bercahaya. Mereka tidak takut dikala manusia lain merasa takut, dan mereka tidak sedih dikala manusia lain merasa sedih. 


Lalu Rasulpun membaca ayat 62-63 dari surah Yunus:
Maksudnya: Ingatlah, sesungguhnya Wali Wali Allah itu tidak ada kekhawatiran terhadap mereka dan tidak (pula) mereka bersedih hati. (Iaitu) orang-orang yang beriman dan mereka selalu bertaqwa. (Yunus: 62-63)


 Maka apabila Allah telah mencintainya, adalah Allah  yang menjadi pendengarannya yang ia mendengar dengannya, dan penglihatannya yang ia melihat dengannya, dan tangannya  dan kakinya yang ia berjalan melakukan kebaikan dengannya.

Peringatan

Adalah dusta orang yang mendakwa cinta kepada Allah tetapi dia tidak sedar diri  daripada-Ku, bukankah setiap orang yang sedang dilamun cinta sangat suka kalau sentiasa berkhalwat (bersunyi-sunyi) dengan kekasihnya? 

"Inilah Aku yang sentiasa memerhatikan kekasih-kekasih-Ku, sungguh mereka telah jelmakan Aku dalam pandangan mereka, berdialog dengan-Ku seolah-olah mereka menyaksikan Aku, bercakap dengan-Ku seolah-olah Aku hadir dihadapan mereka. Esok akan Aku senangkan hati kamu di dalam syurga-syurga-Ku. Perasaan ini sentiasa tersemat kukuh dihati mereka sehingga tidak ada didalam hati mereka kecuali Aku. Oleh itu tidak ada yang muncul dari anggota mereka melainkan selaras dan sesuai dengan apa yang ada di dalam hati mereka.

Mulia Akhlak Dan sentiasa menyatakan Kebenaran daripada Allah, Namun bukanlah menegur dengan Lidah sebaliknya memohon bantuan Allah didalam hati sahaja

Kaedah untuk sampai ke Darjat Tersebut boleh dipelajari
Cubalah telitikan Sejarah berdakwah Rasulullah, Kenapakah lama selama 13 tahun baginda menyerukan Tauhid, Jangan sekutukan Allah dengan sesuatu apa pun jua,

Demikianlah Peri Pentingnya Mendalami Tauhid, Mengenal diri, dan Mengenal Allah
Semuga dapat membantu diri menuju kemuliaan

InshaAllah 

No comments:

Post a Comment