Apakah itu Ilmu Wali Wali Allah?
Ilmu Islam yang mententeramkan Jiwa - bertemu Nikmat ia bersyukur, bertemu Ujian ia bersabar
Akan Memuliakan diri bila Bertaqwa kepada Allah, dan menjadilah mereka yang sebegitu sebagai Pembela Islam, Pembela Allah
Terutamanya Ilmu Tauhid, Ilmu Feqah, dan Ilmu Tasauf yang dapat mereka fahami secara zahir bathin, hakikat dan makrifatnya
Mengetahui secara Makrifat, Allah bersamanya sebagai Mursyid yang membimbingnya, begitulah berlaku kepada Peribadi Mulia, Muhammad SAW dan Sahabat dekatnya Abu Bakar Siddiq, Umar al Khattab, Osman Affan, Ali Abi Talib yang menjadikan, Sunnah yang patut dijadikan tauladan dalam menjalani kehidupan kini
Apakah itu Ilmu Ketuhanan?
Adalah Ilmu yang bersanad dan diriwayatkan daripada Muhammad SAW Kepada Khulafah ArRasyidin, dan Para sahabat baginda yang bersama sama dalam susah dan senangnya baginda dalam membangunkan Islam sewaktu sekelilingnya bersuasanakan Jahiliah. Sepertimana seruannya, Janganlah kamu sekutukan sesuatu apa jua bersama Allah SWT
Apakah itu Ilmu Kenal Diri?
Adalah Ilmu yang menyampaikan diri kepada Perasaan, merasai Allah senantiasa melihat akan dikau
Iaitu lah Ilmu Ihsan, menyedarkan diri tidak mampu melihat Allah kerana Allahlah yang memberikan Penglihatan dan kebolehan Pancaindera, maka Terpeliharalah Diri daripada melakukan Maksiat dan Mungkar serta Kekejian, demikianlah halnya Ilmu Kenal Diri - sampailah ia kepada Ilmu Mengenal Allah
Apakah itu Ilmu Mengenal Allah?
Adalah Ilmu Mengenal diri dan mengetahui asal usul kejadian, Faham Hakikat dan Makrifat dan Dapatlah membimbing manusia ke arah kebaikan dan kemuliaan, sepertimana Muhammad SAW dan sahabat 4nya sebagai Khulafak ArRasyidin, dan sebagaimana Nabi Ibrahim yang Hanif
Apakah maksud kehidupan didunia ini?
Kehidupan didunia hanyalah Permainan dan senda gurau, Kecuali Yang Beriman dan beramalkan kebaikan menuju Akhirat, Hidup mengabdikan diri kepada Allah dengan Ikhlas menauhidkan Allah
dan Membawa Kebaikan kepada manusia dan Jinn
SubhanAllahu wahdahu laa syarikalah
No comments:
Post a Comment