Kenapa Lu Marah?
Kenapa kalian suka marah marah, atas kesilapan Kerajaan, atau atas kesilapan tingkah laku pemimpin kalian, kerana sepatutnya, siapa yang berbuat kebajikan, kebajikan itu untuk dirinya, sesiapa yang melakukan maksiat dan mungkar itu juga akan kembali kepada dirinya, SubhanAllah
What you give, You'll get back
Kenapa Lu suka Menuduh?
Kenapa ramai daripada kalian suka menuduh orang lain, padahal semua itu hanyalah Persangkaan belaka, Apakah memang kamu mengetahui, yakni kamu ada bersamanya dalam situasi dan kondisi semasa itu? Bukankah jika Islam nak lihat AlQuran, nak Tafsir AlQuran semestinya tahu Nahu, Saraf, asbabun nuzul dulu babe?
Asbabun Nuzul itu Penting agar kita tak semudahnya menuduh orang lain, jika kita menuduh dan mengeji kebodohan lain orang itu, ada Ulamak memfatwakan itu adalah perbuatan Haram
Manusia kebanyakkan itu hanyalah bersangka sangka, Sangkaan itu tidak dapat menjadi Bukti, SubhanAllah
Kenapa Lu Jaki?
Elo Brader
Bukan kamu yang melakukan sebegitu, jadi harapanya kamu bersabar ya, menghadapi karenah manusia di zaman kita berada, iaitu Dunia hanyalah sebagai Permainan dan senda gurau, jangan Dengki lah, Syukurlah hendaknya Allah Tuhan kamu dan tuhan daku, tidak menimpakan Ujian sedemikian kepada kita?
Kenapa Lu suka mengungkit?
Elo Brader
kamu rasa kamu baik sangatkah? kenapa kamu suka mengungkit ungkit kebaikan kamu pada lain orang? Bukankah Allah hanya menerima amalan kita yang Ikhlas sahaja. Ikhlas itu umpama kamu berak, kamu tidak lagi mengenang bau busuk bau hanyir taik kamu itu, apakah kebaikan kamu itu lebih hina dari Najis kamu?
Ehh Apahal kamu suka mengumpat?
Umpatan itu, kamu mengata saudara kamu, sewaktu dia tiada bersama kamu, Layakkah kamu sebagai sahabatnya? dalam Pelajaran Islam menyatakan jika kita mahu tahu akan peribadi seseorang, tanyakan saja kepada Musuhnya
Tak usahlah komer mengumpat yob
tak baik, Islam menyeru umatnya berbuat baik, jika kita menerima kebaikan, namun lebih lebih di harap kebaikan kepada yang menghina dan mengeji dirimu
Kerana Kejian, dan Penghinaan orang lain terhadap kamu itu, kamu mendapat Pahala, dia pula beroleh Dosa Kering
Kerana kalian yang masuk ke Blog ini di doakan kebaikan, janganlah ada yang berasa hati, atau ambil hati tulisan kali ini
Buat pemikiran masing masing, silakan berfikir - harapku mahulah kalian ya, semuga dapat membantu Menjaga diri kita bersama, InsyaAllah
Persoalan Kenapa itu dapat Jawapannya adalah kerana tiada Ilmu
ReplyDeleteIlmu Islam jika ada di tuntut dan mendapat Hidayah Allah akan memungkinkan Kebaikan pada pemiliknya
Demikianlah ya, hidup yang seumpama Buih
Ucapan lidah sekadar sebutan, tidak masuk ke hati, entah tak ada Hati ke apa tiada Hidupkah hatinya itu ataukah Keras sudah, kaku dan bisu
Namun yang Terasing itu ada mendapat Untung, terutama dapat menyelamatkan diri sendiri, dan kaum kerabat utamanya, insyaAllah
SubhanAllah wahdahu laa syarikalah