image

image

Wednesday, November 18, 2015

Hendak MenDapatKan

1. Hal Ilmu
Kena lah wujudkan perasaan dan kehendak, mahu kepada Ilmu Islam. Kena lah usahakan menepis segala bisikan diri sebelum dirimu mengenal Allah. Jika kamu sudah mengenal Allah cubalah Istikharah, kerana solat dua rakaat boleh membantu diri, meneruskan ikhtiar dengan pimpinan NYA

Bahawa Ilmu Islam itu, sebagaimana maksud hadis yang panjang, terbahagi 3 - iaitu: Islam, Iman, Ihsan, Atau Fekah, Tauhid, Tasauf . Utamakan Tauhid kerana syarat untuk menjadi Islam itu mestilah mengucap dua kalimah syahadah, maksudnya walaupun kita letakkan tahap Ilmu itu, Islam kemudiannya Iman then Ihsan, itulah kehendak sebelum dapat beramalkan Fekah itu mestilah Percaya dan Yakin Allah, Ikhlas lah, agar dapat mencapai Hakikat amalan diri masing masing

2. Hal Jodoh
Kenalah diri masing masing berikhtiar memperbaiki diri masing masing, dengannya agar dapat memperelokkan akhlak antara sesama, dan itu memudahkan Hidayah akan hal Jodoh untuk sampai kepada kamu. Akhlak yang Mulia dan sempurna itu adalah menauhidkan Allah, Bila Allah tidak memandang Zahir Pakaian kamu, tetapi Allah memandang ke dasar hati kamu, maka dapatlah mata hati hidup dan menilai kebaikan Peribadi yang hendak di perjodohkan, insyaAllah

3. Hal Rezeki
Jika dapat mencapai Hakikat Ilmu, ada kemudahan jalannya untuk mencapai Makrifat diri, dah mudahlah untuk mendapat Rezeki, kerana apa yang kamu niatkan, itulah yang akan kamu dapatkan, insyaAllah, Niat menentukan amalan

4. Hal Maut
Kenalah berfikiran positif, Bersangka baik, dan dapatlah memohon agar di kurniakan kemudahan dan keselamatan, menuju Husnul Khotimah

5. Hal Kehidupan kini
Kenalah dibinakan hidup dengan Ikhlas, dapatlah kamu bersabar dan bersyukur dengan Setiap  Ujian daripada Allah

Binalah keyakinan diri namun berserahlah kepada Allah, kerana Allah Maha Kuasa makhluk tak berkuasa,

Mahukah berfikir,
Kebenaran itu ada pada diri kamu masing masing, mahukah berfikir

InsyaAllah

1 comment:

  1. hendak mendapatkan sesuatu kita kena masuk selalunya, kedalam Dunia Permainan dan Senda Gurau, kerana suasana seumpama Buih, untuk itu seharusnya jika mahukan Hidayah Allah, kenalah menyediakan diri kita tu secara Suci, Tulus Mulus, tanpa persangkaan, itulah keutamaan Ilmu sebelum berbuat sesuatu, dapatkan dulu Ilmu yakni Pelajaran, atau know how, surely you'll be happy

    Untuk Ilmu agar kita punya Peribadi menjadi Ikhlas, itulah adatnya atau sunnahnya, kenalah tahu dan memandu dirimu masing masing agar menuntut Ilmu itu daripada Orang Yang Ingat Allah -Ahli Zikir yang berIlmu, jangan lihat sekadar Zahir sahaja, berhati hati lah dengan Firasat Mukmin

    Dan Ingatlah, Allah sebagaimana kamu sangkakan, Jika kamu datang kepada Allah dengan berjalan, Allah akan menemui mu dengan Lebih Pantas. Inilah yang kita kena miliki Ilmu Hakikat, maksudnya Lihat Zahir tahu hati budi, kenalah utamakan dirimu lebih dulu, semuga mahulah berfikir dan menambah baik Peribadi mu

    untuk sampai dan mendapatkan oleh Peribadimu itu, itulah diutamakan Ilmu Tauhid, Hakikatnya Allah yang Menciptakan Setiap sesuatu, dan Segala galanya

    kerana inilah Awaludin Makrifatulloh itu, menmerlukan Peribadimu mengKaji, ataupun Iqra, bila kita tidak mengindahkan dan tidak memperdulikan, Pelajaran daripada Allah, itulah petunjuk kita menurut Nafsu bisikan syaitan

    Jika demikianlah semakin banyaklah Ujian Allah itu yang menimbulkan Masalah kepada kamu

    Sebagai orang yang Percaya kepada Allah, hendaklah Bersabar apabila diUjiNYA, dan hendaklah Bersyukur, kerana itulah ArRahman bertanya, Nikmat AKU yang manakah nak kamu dustakan? Jika kamu hendak menghitung akan segala nikmat Allah kepadamu, mampukah? Tidak akan termampu maka tentulah sahaja, lebih baik kita Bersyukur

    InsyaAllah ya
    Grab it

    ReplyDelete