Adapun yang mahu, panjang umurnya, di seru agar memanjangkan silaturahim
Namun bila banyak alat perhubungan, seperti akaun facebook, dan sebagainya, ada twitter dan instagram, ada forum yang menghubungkan dengan berbagai manusia namun kenapa boleh ada yang memutuskan silaturahim
Sama lah situasi yang Muhammad Rasulullah SAW hadapi semasa dia hidup dulu
Sampai nabi SAW dan sahabat baiknya, terpaksa berHijrah ke Yathrib. dengan meninggalkan segalanya termasuk harta, keluarga, isteri juga suami, begitulah Ketabahan solafus soleh dulukala
Zaman kita payahlah nak Hijrah tempat, namun masih boleh lah jika pandai jaga diri peribadi sendiri
Persoalannya, kenapa boleh berlaku, dalam Kalangan orang Islam yang memutuskan silaturahim?
Jawapannya adalah kerana Takdir Allah yang menimpa peribadi tersebutlah. Dia melakukan aksi ikut Nafsu peribadinya? ataukah dia menurut Hikmah Kebijaksanaan dalam menjalani kehidupan menurut kebenaran sunnah dan AlQuran?!
Jika adalah kebenarannya pada peribadi sesiapapun, tentulah beringat, dan merindui kebenaran. tentu boleh ingat kepada Peribadi yang ada membawa Kebenaran, mungkinkah Syaitan yang membawa Kebenaran? itulah jika memutuskan silaturahim antara sesama mukmin
Silakan berkasih sayang atas nama Tauhid, itulah sifat mukmin yang diperlihatkan oleh Nabi SAW dengan Para Sahabatnya, tidak mengira kebangsaan, atau memilih bulu, hatta walaupun baginda SAW tahu siapa siapa yang Munafik, namun tiadalah didedahkannya kerana dia berharap adanya usaha ikhtiar yang Mukmin semuga sampai kepada mereka hidayah bayan dan kebaikan amalan para sahabat, semuga dapat sampai kepada mereka Hidayah taufik Allah
Bukanlah daku sahaja yang Allah uji, tetapi Allah uji semuanya, Peribadi mana pun, untuk melihat siapakah yang lebih baik amalannya
Sebab inilah tak patut sangat sangat ada persangkaan, prejudis, dalam menyampaikan kebenaran Islam, patut kita memelihara kebenaran yang suci daripada Allah, tahukah menghormati Yang Maha Kuasa?
Jika tiada Rasa hormat, tak ada wujudlah Kasihan Belas. Tak mungkin Ingat yang manusia itu sebaik baik Ciptaan Allah. mahukah bersangka baik? agar tidak mudah memutuskan Silaturahim antara sesama Mukmin, muslim, apakah daku yang Munafik, kerana itulah daku banyak bersangka buruk kepada manusia, tanpa sedar daku telah bersangka buruk kepada Allahu Taala?
SubhanAllah
Persoalan yang Utama yang aula adalah kenapa kamu memutuskan silaturahim?
Adakah kamu menyangka kamu sudah beriman? Kami akan Uji kamu ....................
Astagfirullah, Ampunkan daku Ya Allah, Pimpinlah daku kepada Kebaikan menurut Ilmu Kebenaran daripada MU, YaAllah
Tiada ilah kecuali Allah, لاَ إِلَهَ إِلَّاالله
Sembah lah Allah dengan Mengikhlaskan Niatmu, agar amalanmu, suci murni mengakui لاَ إِلَهَ إِلَّاالله-
InsyaAllah
SubhanAllah wahdahu laa syarikalah
No comments:
Post a Comment