sabda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam:
لا تسبوا الدهر، فإن الله هو الدهر
“Jangan kamu mencela ad-Dahr (masa), kerana Allah adalah ad-Dahr (masa).”
(Hadis Riwayat Ahmad, 15/70, no. 9137. Muslim, 11/313, no. 4169)
Untuk Lebih Faham, kenalah kita melihat AlQuran, Surah Al-Insaan, atau Ad Dahr iaitu surah ke76
Kita ambil sedikit ya
Bukankah telah berlalu
kepada manusia satu ketika dari masa , sedang ia masih
belum wujud lagi, dan tidak menjadi sesuatu benda yang disebut-sebut,
(maka mengapa kaum musyrik itu mengingkari hari akhirat)?
Has there not been over Man a long period of Time, when he was nothing - (not even) mentioned?
Has there not been over Man a long period of Time, when he was nothing - (not even) mentioned?
Sebab inilah, jika kita jalani hidup dengan sabar dan syukur, ada yang menasihati - Sabarlah hendaknya, Masa akan menentukan, Time will Heal, Demikian Kasih sayang Allah secara Maha Halus, dan Meliputi
Rasulullah menjelaskan:
لَا تَسُبُّوا الدَّهْرَ، فَإِنَّ اللهَ عَزَّ وَجَلَّ قَالَ: أَنَا الدَّهْرُ، الْأَيَّامُ وَاللَّيَالِي لِي، أُجَدِّدُهَا وَأُبْلِيهَا، وَآتِي بِمُلُوكٍ بَعْدَ مُلُوكٍ
“Janganlah kamu mencela masa kerana Allah berfirman, “Aku adalah masa, malam dan siang adalah milik-Ku, Aku menjadikannya baru dan berlalu, dan Aku mengganti para raja dengan para raja yang baru”.” (Hadis Riwayat Ahmad, 16/272, no. 10438. Tahqiq Syaikh Syu’aib al-Arnauth: Hadis Sahih)
Elok elok lah membina, Kehidupan, Pemikiran dan Ingatan, agar tidak mudah mengeji dan Mencela, dan komplen, even membantah dan menuduh dengan Persangkaan, kerana kelemahan Peribadi masing masing, Jagalah sahaja Diri kamu, Kamu tidak menanggung Dosa lain orang
Silakan Belajar Ilmu Islam, Utamakan Ilmu Tauhid agar tak mudah Keluh Kesah, dan agar berjaya membina Hidup menauhidkan Allah.
Dunia yang Sementara sahaja, Ada Kehidupan abadi di Akhirat
Ilmu Islam itu akan memberikan Pengetahuan kepada Diri agar tunduk hanya Kepada Allah
Bila Mencapai kepada Faham HidayahNya, tentulah selain Allah itu kecil belaka
Demikianlah benarnya Penyaksian dirimu
Ingatlah ya Ilmu Tauhid itulah yang Dapat memulihara Diri, dapat Merawat Diri, dapat Mengubah diri, menjadi Lebih baik, Peribadi kita, InsyaAllah
Sesungguhnya yang di langit juga di bumi, semuanya Bertasbih kepada Allah. Allahu Yang Awal tiada sesiapa yang mendahuluiNya juga Yang Akhir tiada sesiapa yang lebih akhir dariNya. Allahu Yang Zahir, kelihatan depan matamu, dengan teropong maha halus mu, dan Yang Bathin secara Ghaib, hanya di capai Oleh yang Ikhlas, secara Bashirah
Allahu Maha Halus, dan Meliputi
Allah Yang Menciptakan Setiap sesuatu, dan Segala galanya
Nikmat Allah yang manakah nak kamu dustakan?
SubhanAllah
dan Aku mengganti para raja dengan para raja yang baru”.
ReplyDeleteadalah itu Kenyataanya, jika kamu terlucut Kuasa, jangan mengeluh
jika kamu terhilang jawatan, kuasa, atau matabenda, ingatlah itui semua daripada Izin Allah, jangan asyik menyalak orang lain, semua itu Pelajaran untuk berikan kebaikan pada kamu
Bersyukur kamu tidak terlibat lagi memanipulasi orang lain, biarkan mereka
Bersyukur kamu tidak lagi mengeruhkan suasana dan menzalimi orang lain, baiklah kamu menjaga dirimu
bukankah ada Perentah, jangan kamu letakkan dirimu kedalam kebinasaan
semuga dapat menambah Iman dan Taqwa