image

image

Friday, November 13, 2015

tiada JALAN

Jika ada yang mengatakan, sudah tiada jalan, melainkan bertemu penguasa atau pemimpin umat islam, itu menunjukkan Peribadi itulah yang lemah Imannya

DiDalam Sirah, Kisah Para Sahabat ada diceritakan, dengan melakukan solah 2 rakaat, masalah boleh diselesaikan. Solah itu mencegah peribadi yang mukmin daripada berbuat Keji dan Mungkar. Solah itu untuk mengingati Allah. Ingat Allah yang Maha Berkuasa, tiada masalah yang wujud melainkan hanya untuk menguji setiap Peribadi, hadapilah dengan Ilmu Pengetahuan, Hadapilah dengan berserah dirimu bulat bulat kepada Allah, Allahu Al Alim, Maha Mengetahui, SubhanAllah

Apabila keyakinan kepada Allah itu tidak Jelas, mudahlah di kuasai oleh syaitan lalu menjadilah pemikiran seseorang itu serong dan bersangka sangka. Hanya hamba hamba KAMI yang Ikhlas, syaitan tidak dapat menguasai. SubhanAllah

kenapa kita di galakkan, memahami akan Istilah Mukmin yang begini; iaitu Hari ini lebih baik dari kelmarin, dan esok akan tentu lebih baik dari ini hari. Kerana sesiapa yang percaya, sampai kepada Yakin, dapatlah pelajaran dan pendidikan daripada Allaah. inilah juga yang diseru sebagai Awaludin Makrifatulloh, Awal Awal kehidupan itu adalah Mengenal Allaah

Dan Allah memelihara Kitab Allah, AlQuran
Kami yakni ada ramai dikalangan manusia yang mendapat Hidayah Allah berjaya menghafal, mengajar dan memberikan pendidikan, kepada lain orang, semuga ikhlaslah perbuatan itu, agar mendapat keberuntungan

Dengan kemudahan Internet, ada ramai Qari yang dirakamkan Bacaan mereka, ada yang dalam bentuk PDF, ada terjemahan tafsir ke bahasa english, ada ayat ayat arab, ada bacaannya, subhanAllah
Dan adanya badan badan khas yang membina perisian AlQuran yang tersimpang daripada kesesatan dan permainan nafsu syaitan, sesiapa yang datang berjalan kepada Allah, Allah berlari kepadanya, kerana Allahu memang lebih pantas dan cepat kerana Dialah Masa, yang mengatur hidup sekalian makhluknya

Utamakanlah mencari Hikmah kerana Orang Yang Mengetahui yang Mengingat Allah itu ada Hikmah Kebijaksanaannya, dapatlah ia membimbing kamu kepada Allah. Utamakan Ilmu Tauhid agar dapat mengenal Allah, agar dapat membina diri, terhindar daripada keterlaluan masuk kedalam Permainan dan senda gurau kehidupan dunia yang fana

Kesesatan mengajar kita untuk memiliki apa sahaja didunia ini
Sepatutnya Islam menyatakan, Dunia hanyalah sementara, Allah anugerahkan kepada someone, somewhere, sebagai Ujian, mahukah diri Peribadi itu berfikir, kerana Orang yang Paling Mulia itu adalah orang yang Paling baik, mengajak orang kepada Menauhidkan Allah, memberi makanan dan menyebarkan salam kesejahteraan

Islam itu kamu berserah dirimu bulat bulat kepada Allah, dan lain orang itu terselamat daripada Gangguan tangan kamu atau kuasa kamu, juga gangguan lidah kamu, inilah agar menjaga Kesucian Islam

InsyaAllah, semuga mahulah mengubah arah atau Hijrah, dan Kembalilah kepada Allaah

SubhanAllah wahdahu laa syarikalah


1 comment:

  1. Suasana kesesatan memenuhi kehidupan kita kini, jadi banyakkanlah bersabar menghadapinya, jangan naikkan nafsu ammarah tak menentu, ingatlah kita kena hulurkan bantuan, menambahbaik bukannya, serong memandang, mengeji, menuduh salah kelakuan keji dan maksiat serta mungkar

    Dunia Permainan dan senda gurau macam dalam padang bola ada perlawanan, walau ada pengadil kerap pula makan sebelah, taknampak pelaku jahat tapi yang retaliate yang kena, kad, itu antaranya
    kemudian ada yang kena bentes patah kaki, muka kena tangan tampar masa main tak kena kad, lepas main pula dikenakan Kad, itu juga permainan kerana tidak mengubah keputusan permainan, demikian walaupaun ada kata mereka "fair play" kerana semua pemain serta pengadil serta linesman itu mereka semuanya Professional,

    Jika kalian boleh terima lah akan mudahlah kalian menghadapi situasi dan kondisi, kini

    semuga kita dapat membina diri agar dapat Ikhlas beramal, insyaAllaah

    ReplyDelete