What are you?
Kamu itu siapa? Kamu itu Apa?
Jika ada yang bertanya dapatkah tuan puan menjawabnya
Jawapan Terbaik ialah, daripada sesiapa yang Jitu Yakinnya kepada Allah, bahawa Allah itu Maha Kuasa, makhluk tak berkuasa, maka tiadalah makluk apa pun jua yang menakutkannya, lalu berkatalah ia, I'am a muslim, InsyaAllah
Namun disebabkan Allah telah mencabut Rasa Takut kepada Mukmin daripada kalangan Kafir dan Munafik, itu menunjukkan Takdir Allah, umat dikala ini, seperti BUIH
Sebab itu Walau Allah melarang - makanlah yang Halal dan Baik, Jangan lebih lebihkan kawanmu yang Kafir berbanding kawanmu yang islam, Ingat dan kenang kenanglah jasa Ibu Bapa dan Orang tua tua dikalangan kamu, Pemimpin kamu, Berilah makanan dan sebarkan salam, BUIH tak mampu beramalkan kebaikan, sering terbabas menurutkan kesesatan
Walaupun ada seruan, Masuklah kamu kedalam Islam secara Keseluruhannya, dan walaupun ada Pengakuan, mengaku mengatakan, Kami ikut AlQuran dan Sunnah, Secara tidak sedar terbabas kedalam Bidaah dan Kesesatan, begitulah maksud, seperti BUIH - mengulang dan berulang berbuat dan bersifat jahil, tak dapat keluar daripada golongan tersebut
apa hendak jadi? Ini soalan Umum
Kamu Hendak Menjadi apa? Ini soalan Direct! Khusus pada setiap diri
1. Sebelum boleh beraksi, beramalkan Kebaikan dan Kebajikan, hendaklah Terlebih dahulu mendapatkan ILMU yakni Ilmu Islam iaitu Ilmu Fardhu Ain, dan Fardhu Kifayah
Sebelum hendak mendapatkan Ilmu itu, semestilah kena wujudkan Percaya, dan untuk berjaya mendapatkan Hidayah Taufik Allah itu hendaklah SEDAR DIRI, bahawa لاَ إِلَهَ إِلَّاالله
begitulah maksud bahawa kena utamakan Ilmu Tauhid
2. Sebelum wujudnya kepercayaan, itu hendaklah mewujudkan suasana berSANGKA BAIK, Berfikiran LURUS, kerana itulah Tanggung Jawab itu tidak dapat terlaksanakan, melainkan Peribadi itu sudah Berakal Baligh
Kesesatan Keduniaan yang Melampau Lampau memusnahkan kehendak untuk menjadi Ikhlas, Baik, Lurus, Benar, Betul dengan kesesatan itu membeli Nafsu setiap Peribadi mengadakan "barang yang tidak berguna" dalam suasana sekeliling mereka
Kerana itulah hari ke hari semakin Berat hendak mendirikan Solah, yang 5 waktu tak terbuat, nasiblah ada solat Jumaat, tak pun nasib lah ada Solat aidil Fitri, untuk aidil adha belum haji?
Lentur dan Menipiskan Iman begitulah Cara Kehidupan Sesat, maka menjadilah seumpama BUIH
Choose whatever - Think about it - Kembali lah kepada Allah
Jika kamu menghadapi Masalah, Ucapkan Innalillahiwainnailaihirojiun
Jika kamu teraba raba tak dapat membicarakan yang hak, yang benar ucapkan lah -
لاَ إِلَهَ إِلَّاالله
semuga dapat lah mewujudkan keHendak Menjadi baik
semuga dihidayahkan Allah mencapai Akhlak yang Mulia dan Sempurna
Semuga dapat mati dalam Kebaikan
InsyaAllah
No comments:
Post a Comment