…………………………………
……………………………………………………….
………………………..
……………………………………………………………………………………..
Bila dia tiada bertempat
Engkau pun juga kadang lupa - kadang ingat
Sedihlah yang sedikit melihat yang ramai
Awam seperti terkapai kapai
Kau pun tahu dia tersangat dekat
Dia dah beritahu ................... apa pasal aku tak ingat
Adakah sebab ‘mereka’ yang berkata, dia memang tiada bertempat
Manusia …………………. Bila sahaja keluar dari perut ibunya, AKU berikan pendengaran, Penglihatan, Suara percakapan, malahan, AKu lah yang beri kehidupan ……………….huh…………mereka bertukar menjadi makhluk yang berlainan?!
Kebenaran hanyalah daripada Tuhan
Dia isteri gua, baru ada satu laa tuan. Anak ada laa tiga
Kami bercinta, kasih sayang, pelok cium, ber gomol, main kejar mengejar, kemana pun sentiasa bersama, …………… jika tak hadir fizikal, sentiasa bersama dalam Ingatan, oh…mereka yang ku sayang, cinta, kasih, terbayang, ayu, cute, manis, wajah isteri dan anak anak.
Bahagia ke......................
Ya.......yaa, bahagia lah rasa
Boleh nak tanya sikit ya tuan?
Boleh boleh, tanyalah..........................
Di manakah Allaah?
Allah tu dekat laa dengan kita, sebagaimana ada di dalam al Quran: .Jika mereka bertanya kepadamu, tentang AKU, katakanlah, Aku dekat, dan Aku mengabulkan permohonan orang yang memohon kepadaKU..........
Al Baqarah [186] ( daripada http://www.iiu.edu.my/deed/quran/malay/ )
Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka): sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka); Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila ia berdoa kepadaKu. Maka hendaklah mereka menyahut seruanku (dengan mematuhi perintahKu), dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya mereka menjadi baik serta betul.
Itu............Allah menyeru kita agar beriman kepada NYA, iaitu, hendaklah sentiasa Ingat akan Allaah, semuga kita boleh menjadi baik serta betul
Terima kasih tuan
Boleh tuan cerita, yang hampir tu, apedia, atau yang dekat tu, apa dia,..........?
Yang dekat tu, yang bersatu dalam tubuh manusia, Ruh dari AKU, tempat yang tak ada RUH, tak akan rasa apa apa – gunting rambut, potong kuku –
Bila kita Insafi, Segala galanya adalah Ciptaan Allaah, jadi jika semuanya ciptaan Allah, dekatlah tu Allah dengan kita.
Berserah diri bulat bulat kepada Allah = Islam , lihat diri kita, Nikmat Allah beri kita, boleh melihat, nikmat Allah beri kita boleh dengar, kita boleh bergerak, boleh menaip, boleh berbuat segalanya, masalahnya, kita yang tak sedar! Ingat idak, sekiranya nak dirikan solat hendaklah SEDAR, tak wajib bila terlena, bila gila, bila dah jadi mayit, SEDAR tu ialah Ingat akan Kebesaran Allah, bila ingat tu tentulah Dia yang terdekat, walau tak ingat pun, hakikatnya, semuanya dari Allah lah, itu pasal, sangat marah lah Allah jika kita sekutukan Dia dengan sesuatu yang lain. Itulah sebabnya bila kita kufur, kita di katakan telah berbuat zalim dengan diri sendiri. Kita di kata telah bertuhankan nafsu, semuanya Allah ciptakan, hendak menguji kita, mahukah akal, berfikir, mahukah Ingat, subhanallah.
Terima kasih tuan
Saya sambung ya, Ingat kita tu berkehendak kepada Ilmu, sebab itulah di wajibkan mencari Ilmu. Keutamaan ilmu ialah, Ilmu Ketuhanan, Ilmu Tauhid, perukunan, semuga satelah itu, kita boleh menjadi seperti sahabat sahabat nabi, yang sebelum mereka Dengar dan Taat kepada nabi, mereka lebih teruk, miskin, lemah diri, tak beriman. Satelah usaha nabi selama 13 tahun tu masuk ke dalam diri mereka, mereka menjadi sahabat yang berjuang jiwa raga, harta, segalanya di curahkan ke jalan Allaah.
Miliki Ilmu itu, kita akan mengetahui, kita akan sedar, Ingat kepada Allah, semuga bolehlah, menilai, lalu memilih kebaikan.
Hari ini, umat manusia hilang kekuatan, keupayaan menilai dan memilih kebaikan, kerana dunia dan permainan didalamnya, menjadikan manusia nafsu nafsi, opportunist, demikianlah juga umat Islam, Hikmah telah hilang dari dada.
Hikmah atas diri tu, satelah berilmu, ada Ingatan kepada Allah, lalu berfikir, menilai, dan memilih kebaikan.
Bila keupayaan itu hilang, maka kita menjadi manusia mengikut arus sahaja. Bagaimana pun, jika ada Ingat Allah, tentu saja akan berjumpa dengan taufik hidayah.
Begitulah dalam kitab Hikam, menyatakan, kadangkala Allah nak perkenalkan dirinya melalui jalan Maksiat – sebab itu, Hidayah Allah akan bertemu manusia yang mahu berfikir, dan tidak putus asa daripada Rahmat Allaah.
Allah yang Dekat dengan manusia, manusia yang sedar dan telah melekat keyakinan atas kesedaran diri dan insaf, akan berjaya untuk menjadi manusia yang terbaik, Sahabat Rasulullah dulu sanggup berjuang, bermati matian, mati syahid, kerana yakin dengan Muhammad SAW dan yakin dengan janji janji Allaah.
Keberanian, kerana Allah ada bersama, demikianlah, tiada daya dan upaya, melainkan dengan Allah bersama.
Bukan kamu yang type tu dol,............................................!
No comments:
Post a Comment