image

image

Monday, April 19, 2010

dari e MAIL lama - missed U

Assalamualaikum

Disini saya ingin berkongsi sebuah kisah >> ambillah iktibar darinya!

Suatu hari Anas bin Malik r.a serta ramai para sahabat
yang lain duduk disisi Rasulullah, tiba-tiba mereka melihat
Rasulullah tersenyum. Anas merasa hairan
apabila Rasulullah s.a.w tiba-tiba tersenyum gembira
sehingga kelihatan gigi,lalu Anas bertanya : Apakah yang menyebabkan
Rasulullah tersenyum gembira?

Yang menyebabkan aku tersenyum kerana ada dua orang
dikalangan umatku di akhirat,
keduanya merangkak di hadapan Allah SWT
kerana minta diselesaikan kes yang melibatkan
antara keduanya.

Seorang darinya merayu kepada Allah SWT:
Wahai Tuhan, tolong balaslah terhadap orang ini,
sesungguhnya dia sangat zalim dan telah menzalimi aku
semasa didunia dahulu,dengan berbagai perbuatan zalim.
Lalu Allah SWT memerintahkan orang yang zalim itu membayar
gantirugi,sebagai jalan penyelesaian untuk kes mereka berdua.

Tetapi orang yang zalim itu tidak dapat berbuat demikian,
kerana tiada suatu pun yang boleh untuk membayar
kepada orang yang menuntut itu.Orang yang berbuat zalim itu berkata:
Dengan apakah aku hendak membayarnya, sedangkan tiada suatu pun
kebaikan yang tinggal padaku, kesemuanya telah habis dituntut oleh orang lain.

Ketika itu orang yang kena zalim itu minta
agar orang yang zalim itu mengambil
kejahatan dan dosa yang ada pada dirinya.

Pada ketika itu Rasulullah menitiskan air mata,
Nabi menangis mengingati peristiwa mahkamah Allah yang
sedang mendengar kes pengaduan kedua-dua umatnya yang sangat menyayat hati.

Lelaki yang melakukan kezaliman itu ingin membayar tuntutan tersebut,
tetapi tidak terdaya kerana sudah tidak ada apa-apa yang tinggal untuk dirinya. Jelas Nabi kepada Anas.

Lalu Rasulullah pun bersabda : "Sesungguhnya itulah suatu hari yang sangat dahsyat, sehingga sampai ke suatu peringkat manusia mencari orang lain untuk memikul dosanya."

Di dunia manusia dengan sombong sanggup memikul dosa orang lain, meskipun sebenarnya manusia tidak akan mampu memikul walaupun hanya dosa mereka sendiri.

Ketika seorang dari dua orang yang berbalah di Mahsyar menuntut agar dosa mereka dipikul oleh orang yang menzaliminya, maka ketika itu Allah SWT memperlihatkan sebuah mahligai tersergam indah di dalam jannah.

"Tidakkah kamu melihat mahligai itu?" Ujar Tuhan kepada manusia yang sedang menuntut keadilan dari Tuhan terhadap taulannya.
"Ya,saya nampak sebuah mahligai yang diperbuat dari emas dalam sebuah taman dari perak, untuk siapakah wahai Tuhan? Mungkinkah untuk nabi-nabi atau syuhada atau mungkin juga untuk golongan siddiqin?" ujar orang itu.

"Mahligai itu untuk siapa saja asalkan mereka sanggup membayar harganya." Jelas Tuhan.

"Jika demikian adalah mustahil saya dapat memilikinya kerana saya tidak punya apa-apa di sini untuk membayar harga mahligai emas itu." ujar manusia itu.

"Justeru kamu masih berpeluang memilikinya,kerana kamu masih memiliki barang bernilai yang dapat membayar harga mahligai itu."

"Bagaimana caranya?" tanya orang itu kepada Tuhan penuh kehairanan.

"Iaitu sekiranya kamu sedia memafkan rakan kamu dan tidak menuntutnya agar dia memikul dosamu." Tuhan menjelaskannya.

Dengan melompat kegembiraan orang itu berkata: "Wahai Tuhanku, kalau begitu aku segera memaafkan dia, terhadap apa-apa jua kezaliman yang telah dilakukan terhadap saya." ujar manusia itu dengan perasaan penuh gembira yang tidak terhingga.

Lalu Allah SWT memerintahkan malaikat agar membawa orang itu ke dalam mahligai yang terbina disebuah jannah yang terbina dari perak, kemudian Tuhan mengizinkan orang itu membawa bersama taulannya memasuki syurga itu.

No comments:

Post a Comment