image

image

Monday, April 12, 2010

hadis

عَنْ أَبِي حَمْزَةَ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ رَضِىَ الله عَنْهُ ، خَادِمِ رَسُوْلِ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَ نْ
النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّم قَالَ: ((لاَ یُؤْمِنُ أَحَدُآُمْ حَتَّى یُحِبَّ لِأَخِيْهِ مَا یُحِبُّ لِنَفْسِهِ )) رواه
البخاري ومسلم.

Daripada Abu Hamzah Anas ibn Malik r.a., khadam Rasulullah SAW,
daripada Nabi SAW, Baginda bersabda:
Seseorang kamu tidak benar-benar beriman sehingga dia
mengasihi saudaranya
sebagaimana dia mengasihi dirinya sendiri.

Hadis riwayat al-lmam al-Bukhari dan Muslim.

Pokok Perbincangan Hadis:
1) Nafi Iman iaitu tidak sempurna iman seseorang itu (belum mencapai hakikat iman)
2) Cintakan kebaikan kepada sesaorang muslim lain merupakan cabang iman yang wajib.

3) Kesan hadis ini bagi kehidupan Salaf :

Ibnu Abbas - ketika menterjemahkan al-Quran
menginginkan agar manusia semuanya
memahami al-Quran sebagaimana beliau faham.

Imam Syafi’e - mengharapkan agar orang ramai
yang mempelajari ilmu darinya,
mengajarkan pula kepada orang lain - cintakan kebaikan untuk orang lain.

Pengajaran hadis:

Kasih sayang dan persaudaraan
adalah antara tuntutan iman.

lman seseorang mukmin tidak akan sempurna
sekiranya dia ada menyimpan perasaan benci
terhadap mana -mana saudaranya yang seagama.

Kedudukan kasih sayang dan persaudaraan dalam lslam amat tinggi dan penting.

la adalah kekuatan kedua bagi umat lslam yang dapat mengatasi kekuatan senjata.
Semua orang lslam adalah bersaudara,
tanpa mengira rupa paras,
warna kulit,
bangsa dan sebarang
perbezaan darjat.

*** hidup dengannya, let us do it. Just do it

No comments:

Post a Comment