Bacaan sepatutnya,
Tuhan terlebih dahulu – tentu sahaja – ALLAAHU
Dan Allahu menurunkan HUjan ke bumi,
dengan nya, menghidupkan tanah –
keluarlah berbagai buah ,
rasa, warna, tanda kehidupan
Dan diri mu, mendapat nikmat daripada NYA
Dan (Dia lah) yang menurunkan hujan dari langit
menurut sukatan yang tertentu,
lalu Kami hidupkan dengan hujan itu
negeri yang kering tandus tanahnya.
Sedemikian itulah pula kamu
akan dikeluarkan (hidup semula dari kubur)
(Al Qur'an, 43:11)
Allah jualah yang menghantarkan angin,
lalu angin itu menggerakkan awan;
kemudian Allah menyebarkan awan itu di langit
sebagaimana yang dikehendakiNya,
dan menjadikannya berkelompok-kelompok;
lalu engkau melihat hujan keluar dari celah-celahnya.
Maka apabila Allah menurunkan hujan itu
mengenai sesiapa yang dikehendakiNya dari hamba-hambanya,
mereka serta merta bergembira;
(Surat ar-Ruum, 48)
Dan Dia lah Tuhan yang menghantarkan angin
sebagai berita gembira sebelum kedatangan rahmatNya,
dan Kami menurunkan dari langit: air yang bersih suci,
Untuk Kami hidupkan dengan air itu bumi yang mati,
serta memberi minum air itu kepada
sebahagian dari makhluk-makhluk Kami,
khasnya binatang ternak yang banyak dan manusia yang ramai.
(Surat al-Furqaan, 48-49)
Dan juga Kami telah menurunkan dari langit
air (hujan) yang banyak faedahnya,
lalu Kami tumbuhkan dengan air itu
pokok-pokok tanaman (buah-buahan)
dan biji-bijian yang dituai;
serta pohon-pohon kurma yang tinggi menjulang,
yang mengeluarkan mayang, berlapis-lapis, lagi lebat putiknya;
(Surat Qaaf, 9 dan 10)
No comments:
Post a Comment