Syukur kepada Allaah Taala
Selawat dan salam kepada rasulillah
kaum keluarganya, dan para sahabatnya,
serta semua pewarisnya
adapun inilah perkhabaran
bahawa di dalam perjalanan menuju Yang Esa,
di duga akan kita dengan Syaitan Jin dan manusia.
atas sebab itulah kita di pesankan, agar mencari GURU
mencari orang Yang Mengetahui, yang Ingat padaNYA
yang boleh memberitahu siapakah MURSYID itu
adapun segala 'bisikan bisikan' di telinga kamu itu
adalah daripada syaitan jin dan syaitan manusia serta
jin Islam, termasuk bunian
kerana apakah begitu?
kerana orang mukmin itu, apabila saja mendengar nama Allaah,
akan bergetarlah DADAnya
nah, di dada itulah ISTANA
di dada itulah ILMU
di dada itulah FUAD
di dada itulah AKU
pasti jika mengetahui ILMU nya
pasti jika memiliki ILMUnya
pasti jika sampai kepadaNYA
pasti jika makrifat akan NYA
pasti jika mengetahui Hakikat Nya
di dalam dada itulah duduknya Taqwa
di dalam dada itulah duduknya bimbingan, dan suara yang dapat bercerita
suara yang dapat membimbing, menjawab segala persoalan
suara yang menceritakan RahsiaNya
jika rasulillah dalam ceritanya, di bedah akan dia
baharulah di Mikrajkan
kita
siapa dapat ikuti nya
siapa dapat lakukan sebegitu
tentu sahaja sesiapa yang ada Mursyid di sisinya
akan mampu begitu
ada ILMU NYA itu, dunia FREE baginya
dapatlah merawat diri sendiri, tanpa makan ubat
dapatlah segala nikmat, syukur
dapatlah ...........
usahakanlah ya, agar jangan terpedaya, bisikan syaitan jin dan syaitan manusia, serta jin islam dan bunian
buangkan lah gangguan yang ada daripada keturunan terdahulu, agar dapat kembali kepada Allah dengan kemudahan
Ingatlah dalam darah anak adam tu, syaitan berlari lari, semuga mahulah kita sedar, dan ambil ILMU agar, jauh daripada syirik
semuga kita semua, di letakkan di sisi Allah
No comments:
Post a Comment