Mahukah, 
Aku khabarkan kepada kamu, 
kepada siapakah Syaitan-syaitan itu selalu turun?
Mereka selalu turun 
kepada tiap-tiap pendusta yang berdosa,
Yang mendengar bersungguh-sungguh 
sedang kebanyakan beritanya adalah dusta.
Dan Ahli-ahli syair itu, 
diturut oleh golongan yang sesat - tidak berketentuan hala.
Tidakkah engkau melihat bahawa mereka 
merayau-rayau dengan tidak berketentuan hala 
dalam tiap-tiap lembah (khayal dan angan-angan kosong)?
Dan bahawa mereka memperkatakan 
apa yang mereka tidak melakukannya?
Kecuali orang yang beriman dan beramal soleh 
dan mereka pula mengingati Allah banyak-banyak, 
serta mereka membela diri sesudah mereka dianiaya. 
Dan orang yang melakukan sebarang kezaliman, 
akan mengetahui kelak, 
ke tempat mana, 
mereka akan kembali.
 
 
 
No comments:
Post a Comment