Alif, Laam, Miim, Raa'.
Ini ayat-ayat Kitab (Al-Quran);
dan apa yang diturunkan kepadamu dari Tuhanmu adalah benar;
tetapi kebanyakan manusia tidak (mahu) beriman.
Allah jualah yang menjadikan langit terangkat tinggi
dengan tiada bertiang
sebagaimana yang kamu melihatnya,
kemudian Ia bersemayam di atas Arasy;
dan Ia memudahkan matahari dan bulan
untuk faedah makhluk-makhlukNya)
tiap-tiap satu dari keduanya beredar untuk suatu masa
yang telah ditetapkan.
Allah jualah yang mentadbirkan segala urusan;
Ia menerangkan tanda-tanda kekuasaanNya satu-persatu,
supaya kamu yakin kepada pertemuan Tuhan kamu.
Dan Dia lah yang menjadikan bumi terbentang luas,
dan menjadikan padanya gunung-ganang serta sungai-sungai .
Dan dari tiap-tiap jenis buah-buahan,
Ia jadikan padanya pasangan:
dua-dua.
Ia juga melindungi siang dengan malam silih berganti.
Sesungguhnya semuanya itu mengandungi tanda-tanda kekuasaan Allah
bagi kaum yang (mahu) berfikir.
Dan di bumi ada beberapa potong tanah yang berdekatan
tetapi berlainan keadaannya);
dan padanya ada kebun-kebun anggur,
dan jenis-jenis tanaman serta pohon-pohon tamar (kurma)
yang berumpun dan yang tidak berumpun;
semuanya disiram dengan air yang sama;
dan Kami lebihkan buah setengahnya
dari setengahnya yang lain (pada bentuk, rasa, dan baunya)
Sesungguhnya yang demikian itu
mengandungi tanda-tanda kekuasaan Allah
bagi orang yang (mahu) berfikir serta memahaminya.
Dan jika engkau merasa hairan
maka sungguh menghairankan perkataan mereka yang kafir itu
: "Adalah apabila kami telah menjadi tanah
betulkah kami pula akan hidup semula
dalam bentuk kejadian yang baharu?"
Mereka itulah orang yang kufur ingkar kepada Tuhan mereka,
dan merekalah yang dibelenggu
dengan belenggu-belenggu pada leher mereka;
dan merekalah juga ahli neraka, mereka kekal di dalamnya.
Dan mereka meminta kepadamu menyegerakan kedatangan perkara buruk
sebelum mereka memohon kebaikan;
padahal sesungguhnya telah berlaku
sebelum mereka peristiwa-peristiwa azab yang telah menimpa orang kafir
seperti mereka.
dan (ingatlah) sesungguhnya Tuhanmu Amat melimpah keampunanNya
bagi manusia terhadap kezaliman mereka,
dan sesungguhnya Tuhanmu juga amatlah keras balasan azabNya
Dan berkatalah orang yang kafir:
"Mengapa tidak diturunkan sesuatu mukjizat dari Tuhannya?"
Sesungguhnya engkau hanyalah seorang Rasul pemberi amaran
dan tiap-tiap umat ada Nabinya yang memimpin ke jalan yang benar.
Allah mengetahui akan apa yang dikandung oleh tiap-tiap ibu,
dan mengetahui apa yang kurang dari yang dikandung dalam rahim itu
atau yang lebih.
Dan tiap-tiap sesuatu adalah ditetapkan di sisiNya
dengan kadar yang tertentu.
Dia lah yang mengetahui perkara-perkara yang ghaib
dan yang nyata;
Dia lah jua Yang Maha Besar,
lagi maha Tinggi
Sama sahaja kepadaNya:
sesiapa di antara kamu yang merahsiakan kata-katanya
dalam hati dan yang menyatakannya;
juga yang bersembunyi pada waktu malam
dan yang keluar berjalan pada waktu siang.
Bagi tiap-tiap seorang ada malaikat penjaganya
silih berganti dari hadapannya dan dari belakangnya,
yang mengawas dan menjaganya
dengan perintah Allah.
Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum
sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri.
Dan apabila Allah menghendaki untuk menimpakan kepada sesuatu kaum bala bencana
maka tiada sesiapapun yang dapat menolak
atau menahan apa yang ditetapkanNya itu,
dan tidak ada sesiapapun yang dapat menolong
dan melindungi mereka selain daripadaNya
Dia lah yang memperlihatkan kilat kepada kamu,
untuk menakutkan,
dan memberi harapan;
dan Ia yang menjadikan awan tebal yang berat (dengan air).
Dan Dia lah juga yang guruh dan malaikat bertasbih memujiNya,
kerana takut kepadaNya.
Dan Dia lah juga yang menghantarkan petir,
lalu Ia mengenakan dengan panahannya kepada sesiapa yang dikehendakinya
Dan mereka yang ingkar itu membantah
mengenai perkara yang berhubung dengan Allah
Padahal Ia Amat keras azab seksanya
Kuasa menerima ibadat yang benar adalah tertentu bagi Allah;
dan benda-benda yang mereka sembah yang lain dari Allah,
tidak akan dapat menyahut atau memberikan sesuatupun kepada mereka,
hanyalah seperti orang yang membentangkan kedua tapak tangannya
kepada air supaya sampai ke mulutnya,
padahal air itu sudah tentu tidak akan sampai kepadanya.
Dan tiadalah ibadat dan doa permohonan orang kafir itu melainkan dalam kesesatan.
Dan kepada Allah jualah sekalian makhluk yang ada di langit
dan di bumi
tunduk menurut,
sama ada dengan sukarela
atau dengan terpaksa;
dan bayang-bayang mereka; pada waktu pagi dan petang.
FIKIR, Fikir, fikir
No comments:
Post a Comment