image

image

Saturday, March 20, 2010

cerita AKU untuk kamu

Dan demikianlah Kami menurunkan Al-Quran
sebagai hukum dalam bahasa Arab.
Dan demi sesungguhnya,
jika engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka
sesudah datangnya kepadamu wahyu pengetahuan
(tentang kebenaran),
maka tiadalah engkau peroleh dari Allah sesuatupun
yang dapat mengawal dan memberi perlindungan kepadamu .

Dan demi sesungguhnya!
Kami telah mengutus utusan utusan sebelummu,
dan Kami jadikan untuk mereka isteri-isteri dan zuriat keturunan.
Dan tiadalah sebarang kuasa bagi seseorang Rasul
untuk mendatangkan sesuatu mukjizat melainkan dengan izin Allah.
Tiap-tiap satu tempoh dan waktu ada baginya perkara dan hukum
yang telah ditentukan oleh "Suratan Azali".

Allah menghapuskan apa jua yang dikehendakiNya
dan Ia juga menetapkan apa jua yang dikehendakinya.
Dan (ingatlah) pada sisiNya ada "Ibu segala suratan".


Sama ada Kami perlihatkan kepadamu sebahagian dari
azab yang Kami janjikan untuk mereka (yang ingkar)
atau kami wafatkanmu sebelum melihatnya maka tidaklah menjadi hal
kerana tanggunganmu hanyalah
menyampaikan hukum-hukum yang Kami turunkan kepadamu;

dan urusan Kami menghitung dan membalas amal mereka.


Mengapa mereka yang kafir itu masih berdegil
dan tidak mahu memerhatikan bahawa kekuasaan
kami sentiasa menakluk bumi
(yang kamu diami)
dengan menjadikanya kurang sedikit demi sedikit
dari kebaikannya dan kemuliaannya?
Dan Allah menghukum menurut apa yang dikehendakiNya;
tiada sesiapapun yang dapat menghalang hukumNya,
dan dia lah juga yang amat cepat hitungan hisabNya.

Dan sesungguhnya orang-orang kafir yang sebelum kamu
telah melancarkan rancangan jahat :
oleh itu, bagi Allah jualah kuasa menggagalkan segala jenis rancangan jahat.

Ia mengetahui apa yang diusahakan oleh tiap-tiap diri;
dan orang yang kafir akan mengetahui bagi siapakah balasan
(yang baik dan yang buruk) pada hari akhirat kelak.


Dan orang yang kafir itu berkata:
"Engkau bukanlah seorang Rasul dari Allah".

Katakanlah (kepada mereka):
"Cukuplah Allah menjadi saksi antaraku dengan kamu,
dan juga disaksikan oleh orang yang ada ilmu pengetahuan
mengenai Kitab Allah".

No comments:

Post a Comment