image

image

Saturday, March 20, 2010

peSAN dari dia daripada NYA

Katakanlah :
"Wahai sekalian manusia!
Sekiranya kamu menaruh syak tentang kebenaran Islam,
maka aku tidak menyembah makhluk-makhluk yang kamu menyembahnya
yang lain dari Allah,

tetapi aku hanya menyembah Allah yang akan mematikan kamu ;
dan aku diperintahkan supaya menjadi dari golongan yang beriman.

"Serta : ' Hadapkanlah seluruh dirimu menuju Allah dan Islam
dengan betul dan ikhlas,

dan janganlah engkau menjadi dari orang yang musyrik '."


Dan janganlah engkau menyembah atau memuja yang lain dari Allah,
yang tidak dapat mendatangkan manfaat kepadamu
dan juga tidak dapat mendatangkan mudarat kepadamu.

Oleh itu, sekiranya engkau mengerjakan yang demikian,
maka pada saat itu menjadilah engkau dari orang yang berlaku zalim
(terhadap diri sendiri dengan perbuatan syirik itu).

Dan jika Allah mengenakan engkau dengan sesuatu yang membahayakan,
maka tiada sesiapa pun yang akan dapat menghapuskannya
melainkan Dia;

dan jika Ia menghendaki engkau beroleh sesuatu kebaikan,
maka tiada sesiapapun yang akan dapat menghalangi
limpah kurniaNya.

Allah melimpahkan kurniaNya itu kepada sesiapa yang dikendakiNya
dari hamba-hambaNya,
dan Dia lah yang Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani.


"Wahai sekalian manusia!
Telah datang kepada kamu kebenaran (Al-Quran) dari Tuhan kamu.
Oleh itu sesiapa yang mendapat hidayah petunjuk (beriman kepadanya),
maka faedah hidayah petunjuk itu terpulang kepada dirinya sendiri;

dan sesiapa yang sesat (mengingkarinya) maka bahaya kesesatannya itu
tertimpa ke atas dirinya sendiri

dan aku pula bukanlah menjadi wakil yang menguruskan soal kamu".


Dan turutlah apa yang diwahyukan kepadamu
serta bersabarlah (dalam perjuangan mengembangkan Islam)
sehingga Allah menghukum ,

kerana Dia lah sebaik-baik Hakim.

No comments:

Post a Comment