Dan berilah amaran
kepada manusia yang ingkar itu
jangan mereka lupakan hari kiamat
yang padanya mereka akan didatangi azab,
kerana pada saat itu,
orang yang berlaku zalim akan merayu dengan berkata:
"Wahai Tuhan kami,
berilah tempoh kepada kami hingga ke suatu masa yang dekat,
supaya kami menyahut seruanMu ,
dan supaya kami menurut apa apa yang disampaikan oleh Rasul-rasul itu".
.....: "Tidakkah kamu telah diberikan tempoh untuk berbuat demikian,
dan bukankah kamu telah bersumpah dahulu,
bahawa keadaan kamu tidak akan mengalami sebarang perubahan?
"Padahal kamu telah mendiami tempat-tempat tinggal
orang yang berlaku zalim kepada diri mereka sendiri,
serta telah ternyata kepada kamu dengan bukti-buKti yang jelas
bagaimana Kami telah mengubah keadaan mereka ,
dan Kami pula telah nyatakan kepada kamu berbagai contoh perbandingan".
Dan sesungguhnya
mereka telah menjalankan rancangan jahat mereka ,
sedang di sisi Allah ada balasan bagi rancangan jahat mereka,
walau rancangan jahat mereka itu, dapat melenyapkan gunung-ganang sekalipun.
Oleh itu, janganlah engkau menyangka Allah
memungkiri janjiNya kepada Rasul-rasulNya;
sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Sedia Membalas .
masa
hari bumi ini
diganti dengan yang lain,
demikian juga langit;
dan manusia semuanya keluar berhimpun mengadap Allah,
Yang Maha Esa, lagi Maha Kuasa.
Dan engkau akan melihat orang yang berdosa
pada ketika itu diberkas dengan belenggu.
Pakaian mereka dari belangkin (minyak tar),
dan muka mereka diliputi oleh jilatan api neraka.
kerana Allah akan membalas tiap-tiap seorang
apa yang ia telah usahakan;
sesungguhnya Allah amat cepat hitungan hisabNya.
ini disampaikan kepada manusia
supaya mereka diberi ingat
dan diberi nasihat dengannya;
dan supaya mereka mengetahui
bahawa sesungguhnya Allah
ialah Tuhan Yang Maha Esa;
dan supaya orang yang mempunyai fikiran,
beringat dan insaf.
No comments:
Post a Comment