image

image

Thursday, March 18, 2010

kiTA daN meREKA

Basmallah, Alhamdulillah, wa laailahail lallah wal lahu akbar

subhanallah

pernah tak kita fikir, bagaimana orang lain masuk Islam.
pernah tak kita fikir, bagaimana kita sedar kita Islam.

bukankah, tiap tiap anak adam itu lahir di dalam FITRAH

bukankah, ibubapa, penjaga, mereka (anak adam) yang menjadikan mereka Yahudi, Nasrani atau Majusi.

pernahkah kita berfikir, kenapa tidak di katakan, ibubapa mereka menjadikan mereka Islam?

tentu sahaja tidak perlu, kerana hanya Islam lah cara hidup yang di Redhai Allaah
anak anak adam yang lahir di dalam Fitrah , kebaikan itu, asalnya Islam, masing masing sudah menyaksikan, ( alastu biRabbikum? bahkan! ) demikianlah penyaksian diri manusia terhadap Tuhan yang sebenar, Tuhan Yang Esa, Allahu Rabbi - laa ilaha ill 'allaahu

sedar tak, sikap dan sifat diri kita ( Akhlak Mulia - petunjuk dari Muhammad rasulillah) pasti akan menarik minat, anak anak adam, yang belum sedar kebaikan Islam.

maka eloklah kita JAUHI sikap prejudis, jauhi sangkaan, jauhi kejahilan .......

elok sangat kita mengambil tahu, hal kehidupan kita, semuga kita berbuat sesuatu dengan ilmu pengetahuan, kerana Allah Tuhan Yang ESA, menyeru, apabila kita hendak berbuat sesuatu, hendaklah dengan pengetahuan.(sila rujuk Quran 17:36)

cubalah baca, kisah orang barat, yang Sedar diri dan masuk ke Islam dengan kesungguhan, dengan pengetahuan. dan bandingkan diri kita, di manakah kedudukan diri kita?

tak usahlah bangga dengan lahir di tanah melayu, yang Perlembagaan kata, melayu adalah islam, sebaliknya, Islam yang TINGGI itu hanya dapat di capai dan di nikmati oleh orang yang ber adab sahaja.

maaf lah ya, bukan nak mengguris hati sesiapa, tetapi terbit dari dalam diri, satelah melihat sekeliling. Semuga kalian di terima di sisi Allaah

No comments:

Post a Comment