Alif, Laam Raa'
ini ialah ayat-ayat Kitab (Al-Quran)
yang mengandungi hikmat-hikmat dan kebenaran
yang tetap teguh.
Tidaklah patut adanya pada manusia yang ingkar itu
perasaan hairan disebabkan Kami telah wahyukan kepada
seorang lelaki dari jenis mereka
(Nabi Muhammad, dengan berfirman kepadanya):
"Berilah amaran kepada umat manusia
dan sampaikanlah berita yang mengembirakan
kepada orang-orang yang beriman,
bahawa bagi mereka ada persediaan yang sungguh mulia
di sisi Tuhan mereka.
....... berkatalah orang kafir (yang merasa hairan) itu:
"Sebenarnya (Al-Quran) ini ialah sihir yang terang nyata."
Sesungguhnya Tuhan kamu ialah Allah
yang menjadikan langit dan bumi dalam enam masa
kemudian Ia bersemayam di atas Arasy mentadbirkan segala urusan.
Tidak ada sesiapa pun yang dapat memberi syafaat
melainkan sesudah diizinkanNya.
itulah Allah,
Tuhan kamu;
maka tunduklah dan taatlah kamu kepada perintahNya;
patutkah kamu - setelah mengetahui kenyataan yang tersebut
tidak mahu mengingatiNya?
KepadaNyalah kembalinya kamu semua,
sebagai janji Allah yang benar.
Sesungguhnya Dia lah yang memulakan kejadian sekalian makhluk,
kemudian Ia mengembalikannya ,
untuk membalas orang yang beriman dan beramal soleh dengan adil;
dan orang yang kafir pula,
disediakan bagi mereka minuman dari air panas yang menggelegak,
dan azab yang tidak terperi sakitnya,
disebabkan mereka ingkar dan berlaku kufur.
Dia lah yang menjadikan matahari bersinar-sinar
dan bulan bercahaya,
dan Dia lah yang menentukan perjalanan tiap-tiap satu itu
pada tempat-tempat peredarannya masing-masing
supaya kamu dapat mengetahui bilangan tahun dan kiraan masa.
Allah tidak menjadikan semuanya itu melainkan
dengan adanya faedah dan gunanya yang sebenar.
Allah menjelaskan ayat-ayatNya satu persatu
bagi kaum yang mahu mengetahui.
Sesungguhnya pada pertukaran malam dan siang silih berganti,
dan pada segala yang dijadikan oleh Allah di langit dan di bumi,
ada tanda-tanda kepada kaum yang mahu bertaqwa.
Sesungguhnya orang yang tidak menaruh ingatan akan menemui Kami
dan yang redha dengan kehidupan dunia semata-mata
serta merasa tenang tenteram dengannya,
dan orang yang tidak mengindahkan ayat-ayat Kami,
Mereka yang demikian keadaannya ,
tempat kediaman mereka ialah neraka;
disebabkan keingkaran dan kederhakaan yang mereka telah lakukan.
Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan beramal soleh,
Tuhan mereka akan memimpin mereka dengan sebab iman mereka
yang sempurna itu. sungai-sungainya mengalir di bawah
tempat kediaman mereka di dalam Syurga yang penuh nikmat.
Doa ucapan mereka di dalam Syurga itu ialah
Maha Suci Engkau
dari segala kekurangan wahai Tuhan!
Dan ucapan penghormatan mereka padanya ialah:
Selamat sejahtera!
Dan akhir doa mereka ialah
segala puji dipersembahkan kepada Allah
yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam!
No comments:
Post a Comment