Demikianlah sebuah kisah yang diceritakan oleh Rasulullah SAW 
kepada Anas b Malik suatu peristiwa di akhirat 
melibatkan dua orang umatnya yang berusaha untuk 
menyelamatkan diri di hari tiada pertolongan kecuali 
pertolongan Allah SWT.  Suatu kemaafan dapat 
menyelamatkan dirinya juga rakannya dari sengsara Mahsyar.
Oleh itu, kita haruslah bersifat pemaaf 
terhadap sesama manusia 
kerana sifat pemaaf itu akan mendatangkan kebajikan kepada diri sendiri 
dan orang yang dimaafkan.  
Memaafkan orang lain dari kesalahan yang dilakukan 
terhadap dirinya bererti menolong saudaranya dari beban dosa, 
sifat itu menjadi saluran rahmat Allah terhadap dirinya, 
sebagaimana sabda Rasulullah SAW yang bermaksud, 
"Sesungguhnya Allah Ta'ala tidak menyayangi 
kecuali kepada hamba-Nya yang penyayang, 
tidak mengampun kecuali terhadap hamba-Nya yang pengampun 
dan tidak menerima taubat kecuali terhadap 
hamba-Nya yang sanggup memaafkan kesalahan saudaranya."
 
Walau bagaimanapun, 
kemaafan pada seseorang biarlah kena pada tempatnya, 
bukanlah sehingga hilang maruah dan harga diri
masih lagi bersifat pemaaf kerana sifat pemaaf 
seperti itu tidak wajar.
Wallahu a'lam
*** maaflah.....maaf
buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali, 
orang memberi kita merasa, orang  mengingati kerana budi........
Matlamat hidup jelas dan pasti, lakukan amalan niat kerna Ilahi,
 awasi diri dengan pekerti, dosa dan maksiat cuba hindari....sesungguh hati
Wa billah taufiq wal hidayah, was salamu’alaikum warahmatullaah
..............ishk....i ...miss....u ......lah.....sis
No comments:
Post a Comment