image

image

Thursday, November 4, 2010

al BIRR

[177] Al Baqaroh
Bukanlah perkara kebajikan itu hanya kamu menghadapkan muka
ke pihak timur dan barat, tetapi kebajikan itu ialah berimannya seseorang
kepada Allah, dan hari akhirat, dan segala malaikat, dan segala Kitab,
dan sekalian Nabi;
dan mendermanya seseorang akan hartanya sedang ia menyayanginya,
– kepada kaum kerabat,
dan anak-anak yatim dan orang-orang miskin
dan orang yang terlantar dalam perjalanan,
dan kepada orang yang meminta,
dan untuk memerdekakan hamba-hamba abdi;
dan mengerjanya seseorang akan sembahyang serta mengeluarkan zakat;
dan perbuatan orang yang menyempurnakan janjinya apabila mereka membuat perjanjian; dan ketabahan orang yang sabar dalam masa kesempitan,
dan dalam masa kesakitan,
dan juga dalam masa bertempur dalam perjuangan perang Sabil.

mereka itulah orang yang benar ;
dan mereka itulah juga orang yang bertaqwa.

Wahai orang yang beriman!
Diwajibkan kamu menjalankan hukuman “Qisas”
dalam perkara orang yang mati dibunuh iaitu:
orang merdeka dengan orang merdeka,
dan hamba dengan hamba,
dan perempuan dengan perempuan.

Maka sesiapa yang dapat sebahagian keampunan dari saudaranya ,
maka hendaklah mengikut cara yang baik ,
dan hendaklah dengan sebaik-baiknya.
Yang demikian itu adalah suatu keringanan dari Tuhan kamu
serta suatu rahmat kemudahan.
Sesudah itu sesiapa yang melampaui batas
maka baginya azab seksa yang tidak terperi sakitnya.

Dan di dalam hukuman Qisas itu ada jaminan hidup bagi kamu,
wahai orang yang berakal fikiran, supaya kamu bertaqwa.

Kamu diwajibkan, apabila seseorang dari kamu hampir mati,
jika ia ada meninggalkan harta, membuat wasiat untuk ibu bapa dan kaum kerabat dengan cara yang baik , sebagai suatu kewajipan atas orang yang bertaqwa.

Kemudian sesiapa yang mengubah mana-mana wasiat sesudah ia mendengarnya,
maka sesungguhnya dosanya hanya ditanggung oleh orang yang mengubahnya; sesungguhnya Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.

Tetapi sesiapa yang mengetahui bahawa orang yang berwasiat itu tidak adil atau melakukan dosa , lalu ia mendamaikan antara mereka , maka tidaklah ia berdosa. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

Wahai orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa.

PiEtY menuju Taqwa

sambungan sila lihat al Quran, al baqarah, ayat 184

No comments:

Post a Comment