image

image

Thursday, December 2, 2010

KuFuR? terGaMak KaH

Bagaimana kamu tergamak kufuri Allah padahal kamu dahulunya mati
kemudian Ia menghidupkan kamu; setelah itu Ia mematikan kamu,
kemudian Ia menghidupkan kamu pula; akhirnya kamu dikembalikan kepadaNya
diberi balasan bagi segala yang kamu kerjakan


Dan sudah tentu mereka tidak akan mencita-citakan mati itu selama-lamanya,
dengan sebab dosa-dosa yang telah mereka lakukan;
dan Allah sentiasa mengetahui akan orang yang zalim itu.



Dan Nabi Ibrahim pun berwasiat dengan agama itu kepada anak-anaknya,
dan Nabi Yaakub katanya:
"Wahai anak-anakku! Sesungguhnya Allah telah memilih Islam
menjadi ikutan kamu,
maka janganlah kamu mati melainkan kamu dalam keadaan Islam".


Tidakkah engkau ketahui tentang orang yang keluar dari kampung halamannya
kerana takutkan mati,
sedang mereka beribu-ribu ramainya?
Maka Allah berfirman kepada mereka:" Matilah kamu "
kemudian Allah menghidupkan mereka.

Sesungguhnya Allah sentiasa melimpah-limpah kurniaNya kepada manusia,
tetapi kebanyakan manusia tidak bersyukur.



Wahai orang yang beriman!
Bertaqwalah kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa,
dan jangan sekali-kali kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.


Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati,
dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu.
Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari neraka
dan dimasukkan ke syurga maka sesungguhnya ia telah berjaya.
Dan kehidupan di dunia ini
tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya.


Wahai Tuhan kami!
Sesungguhnya kami telah mendengar seorang Penyeru yang menyeru kepada iman, katanya: ` Berimanlah kamu kepada Tuhan kamu ',
maka kami pun beriman.
Wahai Tuhan kami, ampunkanlah dosa-dosa kami,
dan hapuskanlah daripada kami kesalahan-kesalahan kami,
dan matikanlah kami bersama orang-orang yang berbakti;



Dan sesiapa yang melakukan perbuatan keji di antara perempuan-perempuan kamu,
maka carilah empat orang lelaki di antara kamu yang menjadi saksi
terhadap perbuatan mereka.
Kemudian kalau keterangan-keterangan saksi itu mengesahkan perbuatan tersebut,
maka kurunglah mereka dalam rumah hingga mereka sampai ajal matinya,
atau hingga Allah mengadakan untuk mereka jalan keluar.
(Ceritanya ada pada kisah Lokman Hakim)



Dan tidak ada gunanya taubat itu kepada orang yang selalu melakukan kejahatan, hingga apabila salah seorang dari mereka hampir mati, berkatalah ia:
"Sesungguhnya aku bertaubat sekarang ini,"
dan orang yang mati sedang mereka tetap kafir.
Orang yang demikian, Kami telah sediakan bagi mereka azab seksa
yang tidak terperi sakitnya.

Oleh itu, orang yang mengutamakan kebahagiaan akhirat daripada kehidupan dunia, hendaklah mereka berperang pada jalan Allah .
Dan sesiapa yang berperang pada jalan Allah lalu ia mati
atau beroleh kemenangan,
maka Kami akan memberi kepadanya pahala yang besar.


Dan sesiapa yang berhijrah pada jalan Allah
nescaya ia akan dapati di muka bumi ini tempat berhijrah yang banyak
dan rezeki yang makmur;
dan sesiapa yang keluar dari rumahnya dengan tujuan berhijrah
kepada Allah dan RasulNya,
kemudian ia mati (dalam perjalanan),
maka sesungguhnya telah tetap pahala hijrahnya di sisi Allah.
Dan Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.





Sesungguhnya Allah jualah yang menguasai segala alam langit dan bumi;

Ia menghidupkan dan mematikan;

dan tidaklah ada bagi kamu selain dari Allah sesiapa pun
yang menjadi pelindung dan juga yang menjadi penolong.



(MAAF, rasa macam UlangAN saja)

No comments:

Post a Comment