image

image

Monday, December 31, 2012

Siapakah kita? who ? HU

"Sukakah saya beritakan kepadamu, orang yang terBAIK di antara mu?"

" Baiklah ya TUAN"

" Ialah mereka yang bila diLIHAT, langsung teringat kepada Allaah"

                      ............................................................................................

" Sukakah saya beritakan kepadamu, orang yang amat jahat dan berbahaya diantara mu?"

" Ialah mereka yang selalu berusaha memfitnah, yang suka merosak diantara kawan sahabat, yang selalu mencari kejelekan dan kesalahan orang"

(Ahmad)

................................................................................................................................................................

.................................................................................................................................................................

"Sukakah saya beritakan kepada mu orang ahli syurga?

" Ialah setiap orang lunak, lemah lembut, merendahkan diri bila sewaktu bersumpah dengan nama Allah pasti di perkenankan!"

                            ...................................................................................

"Sukakah aku beritakan kepadamu ahli NERAKA?"

" Ialah tiap orang yang rakus, kikir, keras, kejam dan sombong"

(Bukhari dan Muslim)

................................................................................................................................................................

" Sesiapa yang mati sedang pada waktu hidupnya suka mengunjing memaki orang, mengejek, menghina nama orang, maka tandanya dihari kiamat, kelak akan diberi belalai pada kedua bibirnya"

(ibn Abi Hatim)

Wednesday, November 7, 2012

Jaga DIRI - PerentahNYA

Janganlah orang yang beriman mengambil orang kafir menjadi teman rapat dengan meninggalkan orang yang beriman. Dan sesiapa yang melakukan (larangan) yang demikian maka tiadalah ia (mendapat perlindungan) dari Allah dalam sesuatu apapun, kecuali kamu hendak menjaga diri daripada sesuatu bahaya yang ditakuti dari pihak mereka (yang kafir itu). Dan Allah perintahkan supaya kamu beringat-ingat terhadap kekuasaan diriNya (PentadbiranNYA). Dan kepada Allah jualah tempat kembali.
(A-li'Imraan 3:28)


Wahai Rasul Allah! Janganlah engkau menanggung dukacita disebabkan orang yang segera menceburkan diri dalam kekufuran, iaitu dari orang yang berkata dengan mulutnya: "Kami tetap beriman", padahal hatinya tidak beriman; demikian juga dari orang-orang Yahudi, mereka orang yang sangat suka mendengar berita-berita dusta; mereka sangat suka mendengar perkataan golongan lain (pendita-pendita Yahudi) yang tidak pernah datang menemuimu; mereka ini mengubah serta meminda perkataan-perkataan (dalam Kitab Taurat) itu dari tempat-tempatnya yang sebenar. Mereka berkata: "Jika disampaikan kepada kamu hukum seperti ini maka terimalah dia, dan jika tidak disampaikannya kepada kamu, maka jagalah diri baik-baik".

Dan sesiapa yang dikehendaki Allah kesesatannya, maka engkau tidak berkuasa sama sekali (menolak) sesuatu apapun (yang datang) dari Allah untuknya. Mereka ialah orang yang Allah tidak mahu membersihkan hati mereka; bagi mereka kehinaan di dunia, dan di akhirat kelak mereka beroleh azab seksa yang besar.
(Al-Maaidah 5:41)


Wahai orang-orang yang beriman! Jagalah sahaja diri kamu (dari melakukan sesuatu yang dilarang oleh Allah). Orang-orang yang sesat tidak akan mendatangkan mudarat kepada kamu apabila kamu sendiri telah mendapat hidayah petunjuk (taat mengerjakan suruhan Allah dan meninggalkan laranganNya). Kepada Allah jualah tempat kembali kamu semuanya, kemudian Ia akan menerangkan kepada kamu (balasan) apa yang kamu telah lakukan.
(Al-Maaidah 5:105


"Sesungguhnya telah datang kepada kamu keterangan-keterangan (dalil-dalil dan bukti) dari Tuhan kamu; oleh itu sesiapa melihat (kebenaran itu serta menerimanya) maka faedahnya terpulang kepada dirinya sendiri, dan sesiapa buta (dan enggan menerimanya) maka bahayanya tertimpalah ke atas dirinya sendiri. Dan tiadalah aku berkewajipan menjaga dan mengawasi kamu".
(Al-An'aam 6:104)


Dan jagalah diri kamu daripada (berlakunya) dosa (yang membawa bala bencana) yang bukan sahaja akan menimpa orang-orang yang zalim di antara kamu secara khusus (tetapi akan menimpa kamu secara umum). Dan ketahuilah bahawa Allah Maha berat azab seksaNya.
(Al-Anfaal 8:25)

Kesimpulannya

Jagalah diri kita ya, agar tidak jatuh dalam maksiat dan mungkar
Agar tidak jatuh dalam zalim dan menzalimi

berjayalah orang yang mahu berfikir dan ingat serta menjaga dirinya
 

Saturday, October 27, 2012

Bicara Keikhlasan

Bicara Keikhlasan

Imam Abu al-Qasim Al-Qusyairi, seorang ahli tasauf yang terkemuka memeberikan definisi Ikhlas sebagai:-
Ikhlas adalah mengesakan haq Allah swt dalam segala amalan ketaatan dengan niat, iaitu dia melakukan amalan ketaatannya hanyalah untuk menghampirkan diri kepada Allah swt, tiada apapun selain itu, (iaitu mereka yang melakukannya kerana Makhluk, atau kerana ingin mendapat pujian mereka, serta kecintaan kepada pujian makhluk, atau apa jua sebab-sebab yang selain redha Allah.) Boleh juga dikatakan, bahawa Ikhlas itu adalah pembersihan (niat) diri (semasa amalan) dari segala segala perhatian manusia. (Al-Risalah al-Qusyairiah, tahqiq Abd Halim Mahmud, 1/443)

Saya simpulkan, ikhlas adalah USAHA membersihkan HATI dari perhatian manusia baik sebelum, semasa atau sesudah sesuatu pekerjaan dilakukan. 

Ikhlas sama sekali bukan bererti MENINGGALKAN amalan kebaikan kerana manusia.

Contohnya, anda sedang membaca Al Quran, tiba tiba ada manusia datang. Anda kemudian memberhentikan bacaan Al Quran kerana manusia tersebut, maka itu tanda anda tidak ikhlas, anda berhenti melakukan kebaikan kerana manusia bukan kerana Allah. 

Al-Imam Fudail bin ‘Iyyad berkata
“Meninggalkan amal kerana manusia itu adalah riak. Beramal kerana manusia itu adalah syirik. Adapun ikhlas ialah Allah menyelamatkan kamu daripada keduanya.

Apa sepatutnya anda lakukan?
Teruskan membaca sambil BERUSAHA membina niat di dalam hati dengan mengatakan ‘Ya Allah  aku membaca Al Quran kerana Mu bukan kerana dia, jadi aku tak kisah apa pandangannya terhadap aku’.  Bina Ikhlas. Apabila anda terus membaca, maka anda akan terus memperoleh pahala. 

Rasulullah SAW bersabda
Sesiapa yang menunjukkan kebaikan maka baginya pahala seperti pahala orang yang mengerjakannya.” (Hadis riwayat Muslim)

Agenda syaitan adalah mengajak manusia meninggalkan ibadah. Sekiranya anda berhenti, maka anda telah memenuhi agenda syaitan.
Ya, begitu seharusnya. Anda malu?
Kalau anda malu, berpindahlah ke tempat lain, atau niatkan berhenti sebentar kerana meraikan kehadiran dia. Kemudian anda ambil peluang ‘bertaaruf’ sebagai langkah mula untuk berdakwah. Pahala anda bertambah bukan?
Tetapi kalau anda tiba tiba berhenti hanya kerana kehadiran dia, ternyata anda tidak ikhlas. Anda berhenti beribadah kerana manusia.
Begitulah dakwah. Anda beralasan untuk berhenti (keluar halaqah) kerana merasa tidak ikhlas. Anda merasakan bahawa amal yang anda buat dilihat oleh manusia . Lantas anda berhenti..Ya, anda mahu berhenti dari melakukan kebaikan
Berhentinya anda adalah kerana manusia bukan kerana Allah, kemudian anda ‘claim’ ia adalah usaha untuk mencari Ikhlas. Sungguh rancu pemahaman seperti ini.

Analogi lain,

Anda berada dalam sebuah bilik gelap, anda tidak tahu di mana letaknya suis untuk menghidupkan lampu. Kemudian ada seorang hamba Allah datang membantu. Dia hidupkan suis dan anda pun dapat melihat terang. Setelah sekian lama anda hidup dengan cahaya tersebut, kemudian anda LUPA DIRI!
Anda ingin memadamkan suis itu. Kononnya anda hendak mencari suis lain.
Anda lupa bahawa cahaya itu sangat terang. Didalamnya bersinar cahaya ‘pengorbanan’, didalamnya bersinar cahaya ‘keilmuan’, didalamnya bersinar cahaya ‘fikrah’, didalamnya bersinar cahaya ‘ukhwah’. Kemudian, anda ingin PADAMKAN semua, dan anda ingin mencari suis ‘keikhlasan’ sahaja. Sedangkan suis itu sudah ada, cuma anda yang tidak jumpa. Dimana letak pertimbangan rasional anda?

Sekarang saya sedar, ‘ikhlas’ juga boleh menjadi senjata utama syaitan menjerat Hamba yang Esa. Bagaimana anda?, adakah anda menyedarinya?

(cerita penuhnya di sana:  http://www.penamujahid.com/?p=666#)

Thursday, September 13, 2012

Tolong Menolong - Bertolong Tolongan

"Wahai orang yang beriman,
janganlah kamu ingat halal membuat sesuka hati mengenai syiar-syiar agama Allah,
dan mengenai bulan-bulan yang dihormati,
dan mengenai binatang-binatang yang dihadiahkan (ke Makkah untuk korban),
dan mengenai kalong-kalong binatang hadiah itu,
dan mengenai orang yang menuju ke Baitullah Al-Haraam,
yang bertujuan mencari limpah kurnia dari Tuhan mereka (dengan jalan perniagaan)
dan mencari keredaanNya (dengan mengerjakan ibadat Haji di Tanah Suci);

dan apabila kamu telah selesai dari ihram maka bolehlah kamu berburu.

Dan jangan sekali-kali kebencian kamu kepada suatu kaum kerana mereka pernah menghalangi kamu dari masjid Al-Haraam itu - mendorong kamu menceroboh.

Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertaqwa, dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan. 

Dan bertaqwalah kepada Allah, kerana sesungguhnya Allah Maha Berat azab seksaNya (bagi sesiapa yang melanggar perintahNya)."
(Al-Maaidah 5:2)



Wahai sekalian orang yang beriman! 
Mintalah pertolongan (untuk menghadapi susah payah dalam menyempurnakan sesuatu perintah Tuhan) dengan bersabar dan dengan (mengerjakan) sembahyang; 
kerana sesungguhnya Allah menyertai (menolong) orang-orang yang sabar
(Al-Baqarah 2:153)



"Dan (ketahuilah), seseorang pemikul tidak akan memikul dosa perbuatan orang lain;

dan jika seseorang yang berat tanggungnya (dengan dosa), memanggil (orang lain) untuk menolong memikul sama bebanan itu, tidak akan dapat dipikul sedikitpun daripadanya, walaupun orang yang diminta pertolongannya itu dari kerabatnya sendiri. 

Sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) hanyalah memberi peringatan kepada orang yang takut (melanggar hukum-hukum) Tuhan semasa mereka tidak dilihat orang dan semasa mereka tidak melihat azab Tuhan, serta mereka mendirikan sembahyang.

Dan sesiapa yang membersihkan dirinya (dari segala yang dilarang) maka sesungguhnya ia melakukan pembersihan itu untuk kebaikan dirinya sendiri dan (ingatlah),
kepada Allah jualah tempat kembali."
(Faatir 35:18

Kejayaan hanya apabila dapat Taat Perentah Allah ikut cara Rasulullah SAW - demikianlah Ingatan darinya, sekiranya tidak mahu SESAT, dengar dan taatlah akan AlQuran dan sunnah.

Janganlah berangan angan kamu sudah membuat kebaikan menyediakan wadah bagi kebaikan masyarakat, sebaliknya kamu melarang pertolongan antara sesama. Ternyata jika demikian sikapmu, kamu sukakan bisikan SYAITON

dan kalian tidak bersalah kepada ku, Semoga kalian di letakkan di sisi Allaah. Subhan Allaah


Time will come, when..............

" Ini ialah hari memutuskan hukum untuk memberi balasan yang dahulu kamu mendustakannya ". (As-Saaffaat 37:21)


" Himpunkanlah orang-orang yang zalim itu, dan orang-orang yang berkeadaan seperti mereka, serta benda-benda yang mereka sembah - "Yang lain dari Allah serta hadapkanlah mereka ke jalan yang membawa ke neraka. "Dan hentikanlah mereka (menunggu), kerana sesungguhnya mereka akan disoal:" (As-Saaffaat 37:22-24)


"Mengapa kamu tidak bertolong-tolongan (sebagaimana yang kamu dakwakan dahulu?"
(As-Saaffaat 37:25)

subhanalah - ampunkanlah kami ya Allahu, berikan kami hidayahMu dan kemudahannya untuk melaksanakan perentahMU

subhanallah, wahdahu laa syarikalah
Allaahu akbar walillahilhamd

IKHLAS

al-Ikhlas.
kebalikannya adalah as-syirk. 

Makna ikhlas yaitu membersihkan segala bentuk amalan dari segala unsur syirik. 

Rasulullah saw bersabda:” Sesungguhnya Allah haramkan atas api neraka terhadap orang yang mengucapkan la ilaha illallah karena mengharapkan wajah Allah semata.”
(HR. Bukhari-Muslim).

Sekiranya tidak  mentauhidkan Allah sia sialah mengaku Ikhlas.

Sebab itulah Islam mementingkan keutamaan. Awwaludin Makrifatulloh. 
Sesiapa sahaja jika tidak dapat Ingat bahawa tidak bergerak sesuatu melainkan telah di IZIN kan Allaah belumlah sampai kepadanya Ikhlas

Mengapa sukar untuk Ikhlas 

1. Sebab tidak Ingat Allah. Apabila beroleh nikmat dalam kehidupan ini, kamu berbangga dan mengaku Atas Prestasi diriku lah aku mencapainya, maka apa lebihnya kamu, berbanding Qarun yang kunci hartanya sahaja di bebani oleh 3 unta. Akhirnya kerana sombongnya dia di telan BUMI

Insaflah hendaknya, bila mendapat Nikmat, ingatlah, alhamdulillah syukur ya Allah, Terima Kasih di atas hidayah dan pimpinan Mu, inshallah

2. Sebab tidak ada yang memberikan Peringatan. begitulah sedangkan Demi Masa, manusia di dalam kerugian, kecuali yang beriman dan beramal soleh, menyampaikan kebenaran dan berpesan pesan dengan sabar. Deenun Nasihah. Jujur dan Suci lah hendaknya menyampaikan kebenaran

3. Pekerjaan dengan suasana yang tidak memberi Ingat akan Allaah
Silakan ya menempatkan diri ke dalam suasana yang Baik, semoga tidaklah kamu mencampakkan dirimu ke dalam kebinasaan. 

Silakan ya, atas usaha dan Ikhtiar dirimu, sejauhmana Kamu Dapat Berserah kepada Allaah dengan sebulat bulatnya . Inshallah

Teruskanlah mencari Ilmu Tauhid, Semoga dapat keyakinan, Semoga dapat mengetahui Cara untuk menambah baik diri - silakan ya IMD dapat membantu

subhanallah  

Friday, September 7, 2012

Pengalaman di aidil Fitri 2012 ke2

Isteri pesakit bercerita

1. malam pertama selepas menikahi suaminya, dia bermimpi
ada orang pendek berbulu badannya, datang memberitahu - kamu sudah jadi ahli keluarga ini, kamu kena buat kenduri.

esok di siangnya dia memberitahu suaminya - suaminya pula memberitahu ayahnya - ayahnya mengiakan, dan mereka pun siap melakukan kenduri naik rumah, ahli baru

2. satelah beberapa lama, isteri itu bermimpi pula, orang pendek berbulu tadi, minta nak masuk dalam dirinya, sekejap pun jadilah, dia menjerit tak mahu, tak mahu, dan menendang orang pendek itu terpelanting

3. di satu siang itu, sewaktu suaminya keluar bekerja, dia di datangi orang pendek berbulu, dan orang itu memberitahu, ayahnya jatuh dalam toilet
apabila suami yang pulang dari kerja, sudah petang jam hampir enam, suaminya pun pergi melihat ke dalam toilet di rumah bapanya. dan mendapati bapanya jatuh tersandar dalam toilet. dia pun angkat dan letak di katil, pembaringan

sewaktu itu, suami isteri tadi sudah ada 2 anak, sekolah rendah, dan berpindah ke rumah sendiri, dekat saja dengan rumah bapa mereka.

4. ayahnya yang jatuh di toilet tu, sudah tak berupaya, hanya menunggu waktu untuk mati, tetapi, sangat sukar untuk mati.

seterusnya, anak ayah yang kedua, membawa seorang bomoh, Bomoh tersebut membuang jin dan memasukkan ke dalam botol. keesokannya suami tadi di suruh hantarkan botol tersebut ke dalam hutan tepi bukit,

sebaik saja di hantar ke hutan, ayahnya tadi pun meninggal dunia

5. pada malam tersebut suami isteri itu pun tidur, si isteri terjaga dari tidur, dan melihat, wajah suami dia seperti LEMBU. seterusnya dia beranikan diri, terus tidur semula dan terus hidup selama 15 tahun, tanpa ada sesuatu gangguan

6. Dua tahun lepas pada satu malam, si isteri lagi sekali bermimpi orang pendek berbulu, minta nak masuk dalam dirinya, dia terajang sekali lagi
Bila dia jaga dari tidur pada subuhnya
dia dapati suaminya sudah menjadi lemah - suami pada masa itu berumur 42tahun
tangan jadi krekot - asyik tidur, tak larat bangun, kena di bantu anak dan isteri jika ingin mandi, toilet, even makan, isteri pernah merasa letih dan lari dari rumah beberapa bulan
anak anak menangis, kemudian isterinya kembali, menjaga suami yang tidk berdaya tersebut

7. saya tiba di rumah tersebut pada hari sabtu, ziarah, dan kemudian cuba merawat menggunakan IMD. satelah di aktifkan, kita pun cuba menunjukkan petua kaedah merawat. kita cuba suruh dia bernafas. subhanallah
hendak tahan nafas pun tak mampu
tetapi, jari jemari tangan sudah dapat di luruskan
seterusnya saya menyuruh isterinya meningatkan suaminya, agar selalu bernafas sebagaimana kita tunjukkan.

kemudian saya pulang kampung saya, di santan belat, hari raya ada kematian, cerita pengalaman di aidil fitri 2012 tu. subhanallah

ulasan tentang kisah suami isteri di atas
Ayah mertua si isteri, memakai dampingan JIN, 3 jenis - jaga rumah, jaga bukit, ilmu engineering.
semasa hidupnya si ayah, dapat masuk ke bukit, melalui gua tertentu dan keluar melalui gua tertentu di lain bukit, Cina sangat suka sama ayahtu, guna untuk melomboing bijih, dan mencari haiwan di atas bukit. Memang ayahtu, selalu bawa balik, landak, kijang, rusa, kambing gurun. jadi makanan seisi keluarganya

sebab tu, saat nak matinya, sukar mati, kecuali, Jin jin tersebut ada pengganti warisnya. bomoh katakan kepada anak, suruh pergi buang di hutan, anak kata OKAY, maksudnya setujulah menjadi pewaris. dapatlah kepada anak, yakni suami tadi, pu saka keturunan
itulah yang menganggu dirinya, menjadikan dia, lemah, kerana organ dalamannya sudah rosak, di makan oleh jin syaitan, subhanallah

bila saya buka cerita tentang gangguanlah, maka si isteri telah buka cerita mimpinya sepanjang bersama si suami itu, semua mimpinya mainan dann gangguan syaitan, jin

subhanallah, mimpi mimpi kebanyakan manusia, memang di sebabkan gangguan saka baka, gangguan jin keturunan dahulu, terpulang diri masing masing ya mahu percaya tidak, tiada dakwa dakwi

inshallah, kita berusaha, merawat dengan memberikan IMD kepada diri yang mahu, buang 'gangguan tersebut

subhanallah,
wahdahu laa syarikalah

Wednesday, August 29, 2012

Pengalaman menyambut aidil Fitri 2012

Berikut adalah pengalaman saya menyambut Aidil Fitri 2012

Saya bertolak ke Perlis dari shah alam pada Khamis pagi, perjalanan selesa dan sampai ke Kangar jam hampir 5 petang, terus ke Hospital Besar Kangar, menziarahi Abang sepupu - dulu dia lah yang membesarkan saya - seterusnya saya menghubungi GURU - bantulah aktifkan diri pesakit - IMD - satelah di aktifkan, barulah dapat ia tidur, lelapkan mata.
abang sepupu saya ni hampir 70 tahun - masuk hospital hari rabu, Alhamdulillah Khamis kami dapat aktifkan diri jatinya - satelah tu kami pandukan dia Ingat dalam hati ( Allahu).
SUBHAN Allah - jam 445pagi hari raya - usianya tepat 70 tahun, dia hembus Allahu Allah terakhir.
Saya sampai di katilnya, anak-anaknya redha pemergiannya - MUDAHlah perjalanan akhirnya, walaupun pada aidil fitri, kerjasama pihak bertanggungjawab, di mudahkan Allah, subhan Allaah
bagi maksud untuk orang ziarah, dia di kebumikan jam 2 petang, selepas solat zohor. tak ada perkataan buruk, memang dia jenis memanjangkan silatur rahim, subhanallah hanya Allah Maha Hidup, tidak mati mati. SUBHANALLAH

Selepas semua kerja tu, baru sambut aidil fitri, pergi rumah saudara lain, di jamu makan Laksa, alhamdulillah. Saya meneruskan kerja menyampaikan kebenaran IMD untuk elak penyakit

Seterusnya, Kami berjaya aktifkan lagi 6 orang dari kalangan sepupu saya. Ada yang di aktifkan pada petang hari, malam hari, ikut kesesuaian kehendak dan kemahuan yang mengingini.

Dan yang terakhir di aktifkan ialah pada hari sabtu- jam 6 pagi selepas solat subuh
demikianlah ya, IMD bukan dari perbomohan, atau kedoktoran, yang ada ketentuan masa. Inshallah bantaun pada bila bila dapat di berikan inshallah, namun semua itu melalui, jarak jauh

Inshallah ya, sekadar itu dapat di ceritakan
hanya sedikit coretan apa yang di alami di aidil fitri kali ini

subhanallah

Tuesday, August 21, 2012

Satu MATA

Dajal (bahasa Arab: الدّجّال al-dajjāl) adalah dia akan fizikalnya dinyatakan dalam sebilangan hadith dirujuk sebagai satu-mata.

Dia akan menunggang keldai putih dimana setiap langkah akan dibentang sebatu, 

akan makan api dan menghembus asap, 

terbang atas tanah dan menyeberang laut.

Mari kita melihat apa yang ada di sekeliling kita,
Hand Phone dan Smart phone termasuk i Pad dan i Pod, Komputer dan Laptop dan netbook, dan apa sahaja gadjet yang memaparkan media seperti Satu Mata 

Seterusnya - pada kebanyakan yang berkuasa WiFi, edge atau GPS - semakin jauh boleh di DETECT internetnya

memang daripada jenis yang, makan api ( letrik dan bateri) 
jenis yang melayang terbang atas tanah - gelombang komunikasi  
Termasuklah menyeberang lautan dan sebagainya

Apakah KESAN terhadap manusia?  Aadakah perubahan yang berlaku merosakkan masyarakat
merosakkan hubungan silaturahim, menjadi ejen maksiat dan mungkar, penipuan dan perdaya

Di manakah sebenarnya itu DAJAL al masih?

Ia ujud untuk mengkafirkan manusia
Menjadikan manusia lalai dan alpa terhadap Ibadah - dan hubung baik sesama manusia
- sunnah dakwah dari pintu ke pintu - apakah semakin hilang?

maaflah ya mood raya - tak pandai hendak menyusun kata

"Janganlah kita di lalaikan oleh alat alatan dunia - inshallah" 

Semoga perasaan di pelihara terhadap hubungan sesama manusia

subhanallah 

Tuesday, August 14, 2012

HATI (bathin)

Allahu ialah Tuhan yang mengetahui perkara-perkara yang ghaib dan yang nyata;
Yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengasihani;
Yang menciptakan tiap-tiap sesuatu dengan sebaik-baiknya,
dan dimulakanNya kejadian manusia berasal dari tanah;
 Kemudian Ia menjadikan keturunan manusia itu dari sejenis pati,
iaitu dari air (benih) yang sedikit dipandang orang;
 Kemudian Ia menyempurnakan kejadiannya,
serta meniupkan padanya: roh ciptaanNya.
Dan Ia mengurniakan kepada kamu pendengaran dan penglihatan serta hati ,
(supaya kamu bersyukur, tetapi) amatlah sedikit kamu bersyukur.
( As Sajdah - 32:6-9)

Dan Dia lah Allah (yang disembah dan diakui kekuasaanNya) di langit dan di bumi;
Ia mengetahui apa yang kamu rahsiakan dan apa yang kamu lahirkan,
dan Ia juga mengetahui apa yang kamu usahakan.  (Al-An'aam 6:3)

Sesiapa yang diberi petunjuk oleh Allah (dengan sebab persediaannya) 
maka dia lah yang beroleh petunjuk; 
dan sesiapa yang disesatkan oleh Allah (dengan sebab keingkarannya) 
maka merekalah orang yang rugi. 
Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk neraka jahanam banyak dari jin dan manusia
yang mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahami dengannya (ayat-ayat Allah),
dan yang mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat dengannya (bukti keesaan Allah)
dan yang mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu mendengar dengannya (ajaran dan nasihat);
mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi;
mereka itulah orang yang lalai.  (Al-A'raaf 7:178-179)

Dan sebutlah serta ingatlah akan Tuhanmu dalam hatimu,
dengan merendah diri serta dengan perasaan takut (melanggar perintahnya),
dan dengan tidak pula menyaringkan suara,
pada waktu pagi dan petang dan janganlah engkau menjadi dari orang-orang yang lalai.
(Al-A'raaf 7:205)

Tuan puan yang mulia, semoga dapat melihat apa kelebihan HATI
sesungguhnya hidupnya Hati mengingati Allah itu satu kelebihan yang tiada bandingannya
kerana itulah, zikir qalbi itulah yang terbaik

semasa mendirikan Solat, sepatutnya Hatilah yang mendengar, bukannya Telinga
semasa membaca ini pun, hati patut mendengar
hati yang hidup, apabila saja mata melihat, dapatlah hati itu mendengar

inshallah ya, Ilmu Merawat Diri - adalah jenis Ilmu yang menghidupkan Hati

mohonlah bantuan Allah, agar di beriNya petunjuk
Bersedialah untuk menerimanya

inshallah ya

Subhan Allaah wahdahu laa syarikalah 

 


Sunday, August 5, 2012

IKHLAS - JUJUR - SUCI







A019   
((Allah)) knows of (the tricks) that deceive with the eyes, and all that the hearts (of men) conceal. 


 A021 
Were it to obey and say what is just, and when a matter is resolved on, it were best for them if they were true to Allah. 

TRUE to Allaah

 
Allah mengetahui pengkhianatan  pandangan mata seseorang, serta mengetahui akan apa yang tersembunyi di dalam hati. (Ghaafir 40:19)

Mereka selalu berkata: "Pendirian kami mematuhi perintah dan memperkatakan perkataan yang baik (yang diredhai Allah)". Dalam pada itu, apabila perkara itu ditetapkan wajibnya, (mereka tidak menyukainya); maka kalaulah mereka bersifat jujur kepada Allah (dengan mematuhi perintahNya), tentulah yang demikian itu amat baik bagi mereka. (Muhammad 47:21)

Bagaimanakah fikiran kalian? 


Jangan kita menjadi orang yang Tidak Jujur
Bersikap ammarah, dengki, khianat antara sesama kita

Sebagai Akhlak yang mulia - sepatutnya menjadi amalan peribadi kita
Bersifat Ikhlas
Berlaku Jujur
Dalam keSucian

Inshallah ya

Apabila kalian membaca sesuatu di dada internet
seharusnya kalian Ingat kepada Allah
Janganlah terburu Nafsu

Inshallah, tundukkan pandangan, semoga di Pelihara Allaah

Janganlah di turuti, pandangan pandangan yang PREJUDIS

JUJUR mendekatkan diri, berlaku BENAR dan MEMBENARKAN

KESUCIAN  Islam patut kita jaga

A095   

Katakanlah (wahai Muhammad): "Benarlah (apa yang difirmankan oleh) Allah, maka ikutilah kamu akan agama Nabi Ibrahim yang ikhlas (berdasarkan Tauhid), dan bukanlah ia dari orang-orang musyrik.  (A-li'Imraan 3:95)

 Say: "(Allah) speaketh the Truth: follow the religion of Abraham, the sane in faith; he was not of the Pagans." 

Subhanallah
wahdahu laa syarikalah

 
 

Tuesday, July 3, 2012

Kejayaan atau Kegagalan - Pilihan

Sudah saya coretkan tentang Ilmu, tentang tauhid, dan berbagai lagi, subhanallah

Rasulullah juga berpesan, jika kita tak mahu SESAT, jadikanlah al Quran dan sunnahnya sebagai panduan hidup, kena amalkan sunnah kebaikan, kena hindari kejahatan dan kekejian

apa sahaja kebaikan yang kamu lakukan adalah untuk dirimu

jadi tergantung kepada Niat diri, juga amalan diri sendirilah

jadi janganlah menyalahkan Ilmu

Ilmu hanyalah sebagai panduan, sebagai petua, sebagai isi dalaman diri. Berjaya atau tidak diri, bergantung kepada kefahaman, keyakinan dan kemahuan untuk beramal kebajikan

Jagalah DIRI - Janganlah menjadi seperti orang yang ............
 
BODOH SOMBONG


maksudnya: tidak cerdik, tetapi enggan pula menerima fikiran, pertolongan, dsb orang lain;

http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=bodoh+sombong

hakikatnya, merasa akan dirinya sudah berilmu
sudah mengetahui

apabila ada orang memberikan petua, petunjuk, ilmu pengetahuan, maklumat dirinya tidak mahu menerimanya.

kemudian berani pula menyatakan, petua kamu, maklumat kamu, petunjuk kamu, ilmu pengetahuan kamu itu Tiada di Dalam al Quran

apabila kita bertanya; apakah kamu hafal isi al quran?

subhanallah, katanya, TAK!

diri mengaku Muslim
Wajib menuntut Ilmu
keutamaan ILMU fardhu ain

seterusnya memahirkan diri
agar boleh Ingat Allah sentiasa
mengetahui Halal Haram
mengetahui Jalan yang di redhaiNya

agar dapat membina diri ke arah kebaikan

semuga kita tidak termasuk golongan yang "bodoh sombong"

hendaklah kita Buka Minda
Ingat Allaah yang memberikan PetunjukNya
melalui makhluknya, kepada diri kita

adakala melalui kebaikan manusia
adakala melalui kejahatan manusia

adakala melalui anjing
kadangkala melalui kenderaan
melalui angin, hujan, ribut taufan

jika bijak
dapatlah mengetahui
akan Hakikat Kejadian
ayat ayatNYA
menjadi pelajaran
membuka peluang

mengetahui
memepelajari

inshallah

subhanallah

Share this topic on Facebook

Monday, July 2, 2012

TAUHID

Tauhid (bahasa Arab: توحيد) merupakan konsep monoteisme Islam yang mempercayai bahawa Tuhan itu hanya satu. Tauhid ialah asas Aqidah. Dalam bahasa Arab, "Tauhid" bermaksud "penyatuan", sedangkan dalam Islam, "Tauhid" bermaksud "menegaskan penyatuan dengan Allah".

 Tauhid menurut bahasa ertinya mengetahui dengan sebenarnya Allah itu Ada lagi Esa. Menurut istilah, tauhid ialah satu ilmu yang membentangkan tentang wujudullah (adanya Allah) dengan sifat-Nya yang wajib, mustahil dan jaiz (harus), dan membuktikan kerasulan para rasul-Nya dengan sifat-sifat mereka yang wajib, mustahil dan jaiz, serta membahas segala hujah terhadap keimanan yang berhubung dengan perkara-perkara sam’iyat, iaitu perkara yang diambil dari Al-Quran dan Hadis dengan yakin.

Sebahagian ulama mentakrifkan ilmu tauhid sebagai berikut:
"Ilmu tauhid ilmu yang menerangkan hukum-hukum syarak dalam bidang i’tiqad yang diperoleh dari dalil-dalil yang qat’i (pasti) yang berdasarkan ketetapan akal, Al-Quran dan Hadis."

.....................................................................................................................................................
 Kalimah tauhid membawa pengertian mengetahui, berikrar, mengakui dan mempercayai bahawa sesungguhnya sembahan yang benar dan berhak disembah ialah Allah Subhanahu Wa Ta’ala (SWT)  semata-mata. Selain daripada-Nya, sama sekali tidak benar dan tidak berhak disembah. Penghayatan kalimah itu meliputi berikrar dengan hati, menyatakan dengan lidah dan membuktikan dengan perbuatan.

...........................................................................................................................................................

Pengertian Tauhid
Mengesakan Allah , tuhan yang tiada sekutu bagiNya, yang bersifat dengan segala sifat kesempurnaan, kesucian, kebesaran dan keadilan .
Pengertian Iman
Keyakinan yang kukuh dengan hati, mengakui dengan lidah dan melaksanakan dengan anggota. 

...............................................................................................................................
 
 asalnya hanya DIA, 
kemudian ...............
kemudian ...................
kemudian ................
DIA menciptakan sekalian makhluk, agar ciptaan terbaikNYA, mahu kenal serta Ingat, akan janji janji yang telah di lakukan oleh ROH, sewaktu hendak ditiupkanNya kedalam jasad manusia, dan dengannyalah manusia Hidup.


ESA nya telah di sah kan
ESA nya telah di saksikan


seterusnya, apabila di lahirkan, bertubuh kecil molek, dalam Fitrah kebaikan


maka TAUHID ialah, meng ESA kan Allah
yang baik itu dari Allah
yang lemah itu daripada kelalaian diriku, ampuni ya Allaah
hamba bermohon, kurniakanlah kebaikan pada kami, dan hilangkanlah gangguan gangguan yang negatif daripada kami


Rasulullah SAW di bedah, di sucikan dengan air zam zam, subhanallah


awaludin makrifatulloh - Tauhid pada advance mode, tak dapat di tuliskan, subhanallah


semuga terhindar dari persangkaan


inshallah
subhanallah

Sunday, June 24, 2012

Ilmu dan Masalah serta Penyakit

Aku berlindung kepada Allah, daripada Syaitan yang di REJAM


A045
Bacalah serta ikutlah (wahai Muhammad) akan apa yang diwahyukan kepadamu dari Al-Quran, dan dirikanlah sembahyang (dengan tekun); sesungguhnya sembahyang itu mencegah dari perbuatan yang keji dan mungkar; dan sesungguhnya mengingati Allah adalah lebih besar (faedahnya dan kesannya); dan (ingatlah) Allah mengetahui akan apa yang kamu kerjakan.
(Al-'Ankabuut 29:45)

Recite what is sent of the Book by inspiration to thee, and establish regular Prayer: for Prayer restrains from shameful and unjust deeds; and remembrance of Allah is the greatest (thing in life) without doubt. And Allah knows the (deeds) that ye do.



Ilmu Merawat Diri adalah Ilmu Mengingat Allaah
Kaedah yang akan di berikan kepada yang hadir bertemu kami, inshallah

Sesungguhnya, Hanyalah satu sahaja ILMUnya
untuk Merawat dan Menjaga Diri
iaitu ILMU TAUHID

Ramai dari kita mempelajari ILMU TAUHID
Kenapakah tidak beroleh kebaikan?

Rata Rata kita belajar, zahir sahaja yang mudah kita dapat
Untuk dapat masuk ke hati, melekat di bathin, sangatlah sukar
Mengapa ya?

Subhanallah, anda tahulah di mana kedudukan anda

Sesiapa yang Ikhlas, akan dapat Kebaikan, itu janji Allah. Kalian boleh lihat pada topik di bawah ya.
untuk mencapai Ikhlas, hendaklah Kenali Allah, dan Ingati Allah, Yang Maha Esa
Tidak berlaku sesuatu melainkan di izinkan Allah
Tiada daya mahupun upaya, melainkan ketika Allah bersama

Inshallah, sesiapa mahu menambah Ilmu, boleh mencuba bertemu kami
agar dapat KAEDAH mengingat Allah

Ilmu tidak berguna, sekiranya tidak di amalkan
sekiranya benarlah Ilmu kita miliki itu, tentu saja, memberikan Kebaikan kepada Kita

Inshallah ya, sesiapa yang menolong Allah, Allah akan menolong memberikannya kekukuhan kedudukan di dunia, inshallah

Penyakit, sebagai mana Nabi Ayub, menyerahkan dirinya kepada Allaah, Maka Allah menerangkan kepadanya, memang syaitan mencuba memperdaya manusia, agar manusia berbuat sesatu tanpa ilmu, tanpa jujur dan ikhlas. UBAT nya mudah sahaja, YAKIN lah Allaah

inshallah ya

Di mana jua anda dapati, al-merapu - memberikan sesuatu untuk anda fikirkan  

subhanallah
awaludin makrifatulloh
sebaik baik zikir ialah Laa ilaha ill 'allah

semuga dapat mengikhlaskan diri

subhanallah 
   

Wednesday, June 20, 2012

Ilmu Merawat Diri

Alhamdulillah 
Ilmu merawat diri 
ini DIJAMIN TIDAK TERKELUAR DARI AKIDAH, SUNNAH, TIDAK MEMAKAI JIN ATAU MAKHLUK HALUS ATAU MEMAKAI BARANGAN, SEMUANYA SUDAH ADA PADA DIRI KITA - PENAWARNYA.

Sesungguhnya di dalam diri kita ini ada bermacam macam organ saperti yang dapat dilihat dengan mata kasar saperti jantung, hempedu, limpa, hati, pankreas, usus, otak, paru paru, buah pinggang dan lain lain. Semua organ organ ini adalah sebahagian dari komponen yang bekerja didalam diri kita.

Jika salah satu organ ini tidak berfungsi dengan sempurna maka kita akan merasa sakit.Antara komponen yang tidak nampak dengan mata kasar kita adalah “ROH” .Sesungguhnya roh ini besar sekali peranannya kepada tubuh kita.
Roh ini menguasai semua komponen yang ada didalam diri kita  contohnya pencernaan makanan, pengaliran darah keseluruh tubuh badan kita, pemikiran, pergerakan anggota tubuh badan, pendengaran, penglihatan, penciuman,perasaan, rasa dan yang belum berbentuk ke sifat/ujud.
PERMASAALAH HIDUP YANG BIASA KITA HADAPI

Berikut adalah permasalahan hidup yang biasa kita hadapi dan INSYAALLAH dengan cara ILMU MERAWAT DIRI ini  akan dapat membantu anda mentranformasi diri anda kearah kesejahteraan dunia dan akhirat. (Apabila kesihatan diri anda baik, jiwa anda tenang dan ada kedamaian dalam diri anda barulah  mudah anda melakukan amal ibadat .)

1                  Masalah Rumahtangga
1 Adakah anda dan pasangan anda sering bertelingkah walaupun disebabkan masaalah yang kecil.
2  Adakah anda sering merasa marah atau benci bila melihat pasangan anda
3 Adakah pasangan anda panas baran dan terlalu sensitive
4 Adakah isteri anda sukar hamil atau kerap keguguran atau kandungan hilang, datang haid sakit
5 Adakah anak anak anda bermasaalah dari segi social,moral, pelajaran,perhubungan sesama insan
   
2            Masaalah Pekerjaan
1 Adakah anda bermasaalah ditempat kerja, kurang minat bekerja, malas dan bertangguh dalam urusan kerja
2 Adakah Anda tidak disukai rakan rakan sejawat tanpa anda ketahui sebab sebabnya
3 Adakah Anda sudah lama bekerja tapi masih di  tahap yang sama walau pun rakan anda sudah naik pangkat



      3             Masaalah Gangguan pada diri
 1 Adakah anda selalu terasa berdebar debar dan mudah terperanjat
 2 Adakah anda selalu terasa was was, keraguan dalam hati atau fikiran dan selalu berubah fikiran
3  Adakah anda selalu terasa malas, letih ,lemah dan mengantuk dan terasa hampir pitam
4 Adakah anda selalu bermimpi berjumpa binatang buas saperti ular, harimau,buaya dan mimpi buruk
5  Adakah anda sukar tidur diwaktu malam, apabila terjaga susah nak tidur kembali
6 Adakah anda terasa sejuk pada kaki,bisa tulang, lutut dan badan terasa seram sejuk
7 Adakah anda selalu terasa lapar dan makan banyak tapi badan anda kurus
8  Adakah anda seorang yang panas baran
9  Adakah anda selalu terasa sakit kepala, migrane
10 Adakah anda mengalami kemurungan, gila babi, sawan
11Adakah anda sukar mendapat jodoh,berkawan tapi sekejab sahaja    



    4            Masaalah Kesihatan

 1 Adakah anda mempunyai ibubapa atau saudara mara anda yang mengalami masaalah kesihatan dan terlantar sakit walaupun sudah berubat secara moden dan tradisional

 2 Adakah anda mengetahui bahawa anda,ibu bapa atau saudara mara anda memiliki saka/ gangguan atau penyakit ganjil yang berkaitan denganya.

3 Adakah anda sudah berubat dengan pelbagai cara, tapi masih mengalami masaalah kesihatan yang sama

4 Adakah anda menghidapi penyakit penyakit saperti kanser, leukemia dan sudah berubat secara perubatan moden dan ingin mencuba cara penyembuhan dengan ilmu merawat diri 




   5             Masaalah Keselamatan diri dan Harta

 1    Adakah anda bimbang dengan masaalah jenayah saperti rompak, ragut, rogol dan lain lain

 2    Adakah anda telah mengambil langkah sewajarnya melindungi harta benda anda dengan peralatan elektronik yang canggih dan ingin menambah dengan cara ilmu pelindung harta

 3    Adakah anda sudah memiliki ilmu pelindung diri dari perbuatan sihir manusia, bukan dengan memakai tangkal, azimat atau wafak. Pada diri kita Allah telah memberi ilmu pelindung diri (bukan dampingan atau khodam)
                       
6             Masaalah Perniagaan
1Anda berniaga tetapi dagangan anda tidak laris walaupun barangan anda sedap, berkualiti dan seolah olah pelanggan anda tidak Nampak premis perniagaan anda
2Anda ingin memajukan perniagaan anda dengan cara yang diredhoi Allah.


KESIMPULANNYA

Kesimpulannya diatas permasalah anda seperti diatas dan anda ingin mentranformasikan diri anda ke arah kesejahteraaan dengan cara Rawatan Alternatif cara Islam yang dijamin tidak terkeluar dari akidah, sunnah, tidak memakai barangan, khodam, jampi mentera dan tiada pantang larang hanya dengan cara ILMU MERAWAT DIRI, kami sedia membantu anda jika anda berminat dan ikhlas untuk memilikinya:

Yang ada didalam diri kita ialah tenaga/energi zat api, zat elektrik.Zat zat ini akan berbentuk kesifat/ujud setelah kita aktifkan.Untuk mengaktifkannya adalah dengan kaedah-kaedah yang telah diajar oleh guru mengikut kaedah kaedah atau jadual tertentu. INSYAALLAH KAMI AKAN TUNJUKAN KAEDAHNYA PADA ANDA.
jika mahu - boleh mesej al_ahibbatu di Halaqah.net
atau tinggalkan mesej di COMMENT
inshallaah 

Wednesday, May 30, 2012

Ikhlas Vs. Iblis, Syaitan



Dan ketika kami berfirman kepada malaikat: "Tunduklah (beri hormat) kepada Nabi Adam". Lalu mereka sekaliannya tunduk memberi hormat melainkan Iblis; ia enggan dan takbur, dan menjadilah ia dari golongan yang kafir.  (Al-Baqarah 2:34)
Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu, lalu Kami membentuk rupa kamu, kemudian Kami berfirman kepada malaikat-malaikat: "Sujudlah kamu kepada Adam", lalu mereka sujud melainkan Iblis, ia tidaklah termasuk dalam golongan yang sujud.  (Al-A'raaf 7:11)

Allah berfirman: "Apakah penghalangnya yang menyekatmu daripada sujud ketika Aku perintahmu?" Iblis menjawab: "Aku lebih baik daripada Adam, Engkau (wahai Tuhan) jadikan daku dari api sedang dia Engkau jadikan dari tanah."  (Al-A'raaf 7:12)

Iblis berkata: Berilah tempoh kepadaku hingga hari mereka dibangkitkan (hari kiamat)". "Oleh kerana Engkau (wahai Tuhan) menyebabkan daku tersesat (maka) demi sesungguhnya aku akan mengambil tempat menghalangi mereka (dari menjalani) jalanMu yang lurus;  (Al-A'raaf 7:16)
" Wahai Tuhanku! Kerana Engkau telah menjadikan daku sesat, (maka) demi sesungguhnya aku akan memperelokkan segala jenis maksiat kepada Adam dan zuriatnya di dunia ini, dan aku akan menyesatkan mereka semuanya,  (Al-Hijr 15:39)

Dan sesungguhnya Iblis telah dapati sangkaannya tepat terhadap mereka, (manusia dan jin) iaitu mereka menurutnya, kecuali sebahagian dari orang-orang yang beriman (yang tidak terpedaya kepada hasutannya).  (Saba' 34:20)

Dan sememangnya tiadalah bagi Iblis sebarang kuasa untuk menyesatkan mereka, melainkan untuk menjadi ujian bagi melahirkan pengetahuan Kami tentang siapakah yang benar-benar beriman kepada hari akhirat dan siapa pula yang ragu-ragu terhadapnya. Dan (ingatlah) Tuhanmu sentiasa mengawal serta mengawasi tiap-tiap sesuatu.  (Saba' 34:21)
Iblis berkata: " Demi kekuasaanmu (wahai Tuhanku), aku akan menyesatkan mereka semuanya, - (Saad 38:82)

sebenarnya telah diperhiaskan oleh Iblis bagi orang-orang yang kafir itu akan kekufuran dan tipu daya mereka (terhadap Islam), dan mereka pula disekat oleh hawa nafsu mereka daripada menurut jalan yang benar. Dan (ingatlah) sesiapa yang disesatkan oleh Allah (dengan pilihannya yang salah) maka tidak ada sesiapapun yang dapat memberi hidayah petunjuk kepadanya. (Ar-Ra'd 13:33)


Setelah diketahui demikian maka tidaklah patut disamakan Allah Tuhan yang berkuasa mengawas, tiap-tiap diri dan mengetahui akan apa yang telah diusahakan oleh diri-diri itu, (dengan makhluk yang tidak bersifat demikian). 

Dalam pada itu, mereka yang kafir telah menjadikan beberapa makhluk sebagai sekutu bagi Allah. 

Katakanlah (wahai Muhammad): "Namakanlah kamu akan mereka (yang kamu sembah itu). Atau adakah kamu hendak memberi tahu kepada Allah akan apa yang tidak diketahuiNya di bumi? 
Atau adakah kamu menamakannya dengan kata-kata yang lahir (sedang pada hakikatnya tidak demikian)?" Bahkan

Sesungguhnya hamba-hambaKu (yang beriman dengan ikhlas), tiadalah engkau (hai iblis) mempunyai sebarang kuasa terhadap mereka (untuk menyesatkannya); cukuplah Tuhanmu (wahai Muhammad) menjadi Pelindung (bagi mereka).  (Al-Israa' 17:65)
Katakanlah (wahai Muhammad): "Benarlah (apa yang difirmankan oleh) Allah, maka ikutilah kamu akan agama Nabi Ibrahim yang ikhlas (berdasarkan Tauhid), dan bukanlah ia dari orang-orang musyrik.  (A-li'Imraan 3:95)
Katakanlah (wahai Muhammad): "Sesungguhnya aku telah diberikan petunjuk hidayah oleh Tuhanku ke jalan yang betul lurus, (kepada) agama yang tetap teguh, iaitu agama Nabi Ibrahim yang ikhlas, dan tiadalah ia dari orang-orang musyrik".  (Al-An'aam 6:161)
Katakanlah: "Tuhanku menyuruh berlaku adil (pada segala perkara), dan (menyuruh supaya kamu) hadapkan muka (dan hati) kamu (kepada Allah) dengan betul pada tiap-tiap kali mengerjakan sembahyang, dan beribadatlah dengan mengikhlaskan amal agama kamu kepadaNya semata-mata; (kerana) sebagaimana Ia telah menjadikan kamu pada mulanya, (demikian pula) kamu akan kembali (kepadaNya).  (Al-A'raaf 7:29)
"Serta (diwajibkan kepadaku): ' Hadapkanlah seluruh dirimu menuju (ke arah mengerjakan perintah-perintah) agama dengan betul dan ikhlas, dan janganlah engkau menjadi dari orang-orang musyrik '."  (Yunus 10:105)
(Amalkanlah perkara-perkara itu) dengan tulus ikhlas kepada Allah, serta tidak mempersekutukan sesuatu pun denganNya; dan sesiapa yang mempersekutukan sesuatu yang lain dengan Allah maka seolah-olah dia jatuh dari langit lalu disambar oleh burung, atau dihumbankan oleh angin ke tempat yang jauh (yang membinasakan).  (Al-Hajj 22:31)
Dan engkau tidak akan dapat memberi petunjuk kepada orang-orang yang buta supaya menjauhi kesesatan mereka; engkau tidak dapat memperdengarkan (seruanmu itu) melainkan kepada orang-orang yang sanggup beriman akan ayat-ayat keterangan Kami, kerana mereka orang-orang yang berserah diri dengan ikhlas.  (An-Naml 27:81)
Wahai hamba-hambaKu yang beriman! Sesungguhnya bumiKu adalah luas (untuk kamu bebas beribadat); oleh itu, (di mana sahaja kamu dapat berbuat demikian) maka hendaklah kamu ikhlaskan ibadat kamu kepadaKu.  (Al-'Ankabuut 29:56)
Dan sesiapa yang berserah diri bulat-bulat kepada Allah (dengan ikhlas) sedang ia berusaha mengerjakan kebaikan, maka sesungguhnya ia telah berpegang kepada simpulan (tali agama) yang teguh dan (ingatlah) kepada Allah jualah kesudahan segala urusan.  (Luqman 31:22)
Sesungguhnya Kami menurunkan Al-Quran ini kepadamu (wahai Muhammad) dengan membawa kebenaran; oleh itu hendaklah engkau menyembah Allah dengan mengikhlaskan segala ibadat dan bawaanmu kepadaNya.  (Az-Zumar 39:2)
Oleh itu maka sembahlah kamu akan Allah dengan mengikhlaskan ibadat kepadaNya (dan menjauhi bawaan syirik), sekalipun orang-orang kafir tidak menyukai (amalan kamu yang demikian).  (Ghaafir 40:14)
Dia lah Yang Tetap Hidup; tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia; maka sembahlah kamu akan Dia dengan mengikhlaskan amal agama kamu kepadaNya semata-mata. Segala puji tertentu bagi Allah Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam. (Ghaafir 40:65)
Pada hal mereka tidak diperintahkan melainkan supaya menyembah Allah dengan mengikhlaskan ibadat kepadaNya, lagi tetap teguh di atas tauhid; dan supaya mereka mendirikan sembahyang serta memberi zakat. Dan yang demikian itulah Agama yang benar.(Al-Bayyinah 98:5)

ingatlah ya
sila mengikhlaskan diri
semuga Jaminan Allah itu memberkati hidupmu, inshallah

subhanallah