image

image

Friday, February 28, 2014

Habibullah - Kekasih Allah

Kekasih
Aku Takut
Aku takut dikau melupakan daku
Aku takut dikau menghampakan daku
Aku takut dikau tidak memandang padaku
Aku takut dikau tiada disisiku

Kekasih
Aku harap
Aku berharap dikau sentiasalah di sisiku
Aku berharap dikau ingati daku
Aku berharap dikau memimpin daku
Aku berharap dikau memelihara daku
Aku berharap dikau akan disisiku selalu

Kekasih
Takut dan Harap
Keduanya ada padaku

Siapalah aku tanpa mu di sisi
Siapalah aku tanpa pimpinan mu
Siapalah aku tanpa peliharaanmu

Kekasih
Aku malu kepadamu
Aku malu kepada mereka
Aku malu pada diriku

Jika kamu meninggalkan daku
Punah lah hidupku
Musnahlah Harapan ku
Ya habiballah


Ya habibi salammualaika
Ya habibi Ya Muhammad
La ilaha ill'allah
Wahdahu laasyarikalah 

Sunday, February 23, 2014

Ulama Pewaris Nabi

Definisi;

Ulama'; ulama’ itu adalah kata jamak dari perkataan “’Arab iaitu ‘Alim. Kemudian lahir pula perkataan ‘Alamah iaitu orang yang benar-benar mengerti atau mengetahui dengan mendalam hakikat sesuatu.

Pewaris Nabi:
Ingatan kepada Semua: 
Mewarisi Ilmu yang bersanad dan Riwayat yang sahih sampai kepada Rasulullah SAW
Samada - AlQuran dan sunnah
atau; AlQuran dan ahli bait

Tambahan: AlQuran adalah wahyu Allah, Akhlak (Kehidupan) Muhammad SAW itu ialah AlQuran
Muhammad SAW itu Allah telah Redha, Sebagai Ikutan yang baik kepada manusia.

Berdasarkan kenyataan berkenaanlah, jika MEWARISI adalah ILMU yakni, AlQuran dan Sunnah
Sepatutnyalah, menjaga kebenaran itu, Dengan melalui Rabbitah dan Wasilah, iaitu ada sanad dan riwayat sahih

Ibn. Mas'ud berkata ketakutan kepada Allah petanda seorang itu alim. Yang berilmu bukanlah kerana ia banyak meriwayatkan hadis akan tetapi yang amat takut kepada Allah. Di tanya Saad bin Ibrahim siapakah yang paling alim di kalangan penduduk Madinah? Jawabnya orang yang paling takut kepada Allah.

 Ali Bin Abi Talib pernah berkata seorang alim ialah seorang yag tidak pernah melakukan maksiat, tidak jemu mengingatkan dirinya dan manusia sekalian akan azab allah swt dan tidak membelakangi al-quran

Hadis yang diriwayatkan daripada Muaz Bin Jabal :
“Belajarlah ilmu maka sesungguhnya mempelajari ilmu kerana Allah adalah untuk menakutkan dan menuntut ilmu adalah ibadah dan mempelajarinya adalah tasbih dan berbahas dengannya adalah jihad dan mengajarnya bagi orang yang tidak mengetahui adalah sedekah dan mengajar ahli keluarganya mengenai halal dan haram adalah satu usaha untuk mendekatkan diri dengan Allah kerana ia mengajar kepada benda halal dan haram dalam menakutkan kepada Allah dan menjadi rakan ketika kesunyian dan menjadi dalil ketika senang dan susah dan menjadi perhiasan ketika keseorangan dan menjadi rakan ketika berdagang dan Allah angkat darjat mereka dikalangan mereka dan menjadikan mereka pemimpin yang menjadi ikutan orang lain. Kerana Ilmu menghidupkan hati yang buta dan memberi cahaya kepada yang gelap dan memberi satiap tenaga kepada yang lemah dan telah mencapai hamba ketahap yang merdeka dan menduduki bersama raja-raja dan mencapai darjat yang tinggi di dunia dan juga akhirat. Dengan ilmu ia boleh taat kepada Allah SWT, dengan ilmu ia menyembah Allah dengan ilmu ia menghubungkan tali sillturrahim, dengan ilmu ia dapat mengetahui yang halal dan yang haram dan menjadi perintis kepada amal. (Imam Abu Bakar Muhammad bin Hussin Bin Abdullah Al-Ajiri, Takhrij wa ta’liq Sopian Nur Marbu Banjari al-Makki, 1996:35-36.)

 Ulama ini MENERUSKAN TUGAS PARA NABI, IAITU MENGAJAR, mendidik, membersihkan hati umat daripada syirik dan maksiat, serta berdakwah dan memerintah mengikut perundangan Allah, sebagaimana kita fahami daripada firman Allah SWT, maksudnya: "Dialah (Allah) yang telah mengutuskan kepada kalangan orang-orang arab yang buta huruf, seorang rasul dari bangsa mereka sendiri, yang membacakan ayat-ayat Allah, yang membuktikan keesaan Allah, dan kekuasaanNya... Dan membersihkan mereka daripada aqidah yang sesat, serta mengajarkan mereka kitab Allah dan hikmat pengetahuan yang mendalam mengenai hukum-hukum syariat... Dan sesungguhnya mereka sebelum kedatangan Nabi Muhammad s.a.w adalah dalam kesesatan yang nyata


InshaAllah ya

Friday, February 21, 2014

Allahu Memegang Jiwa

Allah memegang jiwa ketika matinya & di waktu tidurnya. 

Allah Swt berfirman, “Allah memegang jiwa (orang) ketika matinya & (memegang) jiwa (orang) yang belum mati di waktu tidurnya; maka Dia tahanlah jiwa (orang) yang telah Dia tetapkan kematiannya & Dia melepaskan jiwa yang lain sampai waktu yang ditetapkan. Sesungguhnya pada yang demikian itu terdapat tanda- tanda kekuasaan Allah bagi kaum yang berfikir.”
 [Az-Zumar 39:42]

Jika di Pegang Allah, Jiwa akan tetap, tenang, tiada bermimpi karut, tidak terganggu perasaan
Jika di pegang Allah, nyenyaklah tidur, dapat bangun mengikut kehendak di minta
Seperti KEMAS, aturanNya


Jadi sesiapa yang banyak gangguan, mudahlah bermimpi
Sesiapa belum Ikhlas, mudahlah di permainkan hidup, walau sedang tidur

Sedangkan tidur, malam untuk beristirehat

Bagaimana mungkin, terganggu perasaan, akibat mimpi sedih? karut? ganas? raksasa?

Silakan ya, mengaji Tauhid
Agar dapatlah, mengikhlaskan diri

Silakan, sudah ada di promosikan

InshaAllah


Monday, February 17, 2014

Khalifah Allah

KHALIFAH ALLAH

Firman Allah
''Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para Malaikat:
''Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi.''
Malaikat berkata: ''Mengapa Engkau hendak menjadikan (khalifah) di bumi itu orang yang akan membuat kerusakan padanya dan menumpahkan darah, padahal kami senantiasa bertasbih dengan memuji Engkau dan mensucikan Engkau?''.
Tuhan berfirman: ''Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui''(Al-Baqarah:30)"


Hadis Rasulullah 
Abdullah bin Umar radhiallahu anhuma berkata: Aku mendengar Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:   

Setiap kalian adalah pemimpin, dan setiap pemimpin akan dimintai pertanggungjawaban atas yang dipimpinnya. Imam adalah pemimpin yang akan diminta pertanggungjawaban atas rakyatnya. Seorang suami adalah pemimpin dan akan dimintai pertanggungjawaban atas keluarganya. Seorang istri adalah pemimpin di dalam urusan rumah tangga suaminya, dan akan dimintai pertanggung jawaban atas urusan rumah tangga tersebut. Seorang pembantu adalah pemimpin dalam urusan harta tuannya, dan akan dimintai pertanggung jawaban atas urusan tanggung jawabnya tersebut.” [HR. Al-Bukhari no. 844 dan Muslim no. 1829]

Berdasarkan dua keterangan di atas
Dapatlah kita menentukan, maksud Khalifah Allah di bumi
Bahasa zaman kini ialah TADBIR, MENtadbir

Tanggungjawab Khalifah

Pertama : Memelihara Keturunan.
Antara langkah-langkah praktiknya:

  1. Mensyariahkan nikah dan mengharamkan penzinaan;
  2. Tidak memberikan kebebasan dalam tingkah laku, berhubungan bebas, seks bebas dan sebagainya;
  3. Menetapkan berbagai hukuman terhadap mereka yang berzina.
Dalam sistem kehidupan sekular, tentunya perkara-perkara tersebut tidak dapat dilakukan kerana melanggar hak asasi manusia yang merupakan tunjang kepada sistem demokrasi.

Kedua : Memelihara Akal.
Islam telah menetapkan beberapa perkara antaranya;

  1. Mewajibkan seluruh warganegara menuntut ilmu dengan pembiayaan sepenuhnya oleh negara. Itulah yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w, para sahabat dan para khalifah;
  2. Mencegah dan melarang dengan tegas segala perkara yang merosakkan akal seperti minuman keras dan dadah;
  3. Menetapkan hukuman terhadap semua yang terlibat dengan barangan larangan tersebut.
Dalam sistem sekarang, minuman keras dianggap barang yang mempunyai nilai ekonomi yang tinggi kerana cukai importnya. Maka, ianya hanya ‘diharamkan’ sekiranya tidak membayar cukai atau diseludup secara haram. Itu pun, hukumannya langsung tidak meninggalkan kesan terhadap pelakunya.

Ketiga : Memelihara Kehormatan.
Hal ini diatur dengan;

  1. Memberikan kebebasan untuk melakukan apa pun yang mubah selagi tidak keluar dari sempadan syariah;
  2. Melarang orang menuduh zina, jika tiada bukti, hukuman had al-qazaf iaitu disebat 80 kali akan dilaksanakan;
  3. Wanita dijadikan sebagai “kehormatan” yang mesti dipelihara, dan bukannya sebagai barangan murahan.
Era dunia sekular sekarang tidak menjamin kehormatan seseorang. Acara-acara hiburan, ekploitasi ke atas wanita, malah aksi-aksi pornografi (lucah) dibiarkan berleluasa.

Keempat : Memelihara Jiwa (Nyawa) Manusia.
Dengan syariah Islam setiap warga daulah Islam walau apa pun bangsa dan agamanya, akan terpelihara dan dijamin keselamatan jiwanya.
Sebaliknya, tanpa syariah Islam, realiti hari ini menunjukkan bahawa setiap hari media ada melaporkan kes pembunuhan. Keluarga mangsa korban selalunya tak dilayan seadilnya. Berbeza dengan Islam yang menetapkan hukum qisas dan diyat.


Kelima : Memelihara Harta.
Dalam Islam, bukan hanya harta peribadi yang dilindungi, tetapi keperluan asas setiap individu juga terjamin. Harta milik umum seperti hasil galian, petroleum dan sebagainya hanya akan dikelolakan oleh negara dan dikembalikan bagi kesejahteraan rakyat.
Sebaliknya, dalam sistem sekular keperluan asas pun tidak dijamin, apatah lagi harta milik umum hanya dirasai segelintir orang kaya termasuklah rakyat asing.


Keenam : Memelihara Agama.
Islam mempunyai hukuman bunuh bagi orang yang murtad.
Dalam sistem sekular, agama ini sering diperlecehkan, aqidah umat juga tidak terpelihara untuk disesuaikan dengan prisip kebebasan beragama.


Ketujuh : Memelihara Keamanan.
Khalifah yang telah dibaiat, sudah tentu tidak akan membiarkan pihak asing menguasai kemanan daulah. Bahkan mereka yang merompak, merusuh dan membuat jenayah akan dibunuh, disalib dan diasingkan dari daulah (salah satu atau ketiga-tiganya). Bandingkan dengan situasi kini, penjenayah bebas keluar masuk penjara tanpa rasa kesal dan rakyat sentiasa rasa tidak aman dan selamat.


Kelapan : Memelihara Negara.
Dalam Islam, keutuhan daulah sentiasa dijaga. Pemberontak negara akan dihukum. Sebarang usaha untuk memecahbelahkan daulah akan dilumpuhkan. Bezanya kini, sistem sekular membiarkan negeri umat Islam berpecah menjadi serpihan kecil dan lemah.


Itu Secara dasarnya untuk Mentadbir Masyarakat. Itu Skala Besarnya

Adapun untuk menjadi Pemimpin, Sepatutnya dapat menjaga diri sendiri dan ahli keluarga serta kaum kerabat, agar terhindar dari SIKSA NERAKA

Jasad Manusia
Ada Kaki, Tangan, Tubuh badan, hati, Akal, Nafsu
Jika Benar sebagai Khalifahnya, tentulah dapat Memelihara diri
Tentulah mendapat Bimbingan dan Peliharaan Allah

kataNya: Intansurullah yansurkum wayutsabit aqdamakum.
Jika kamu menolong (agama) Allah, niscaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu.

Promosi Ilmu di topik di bawah topik ini
adalah Jalan menuju ke arah
Allahu Taala

Kerana dengan TAUHID sahaja
Dapatlah menolong Allah
Jangan sekutukan Allah
dengan sesuatu apa pun

Silakan, Perhatikan, dan Telitikan

InshaAllah 

Friday, February 14, 2014

PROMOSI - ILMU

ILMU TAUHID - MENGENAL ALLAH - MENGENAL DIRI

Berikut adalah Promosi Ulangan
Tentang Ilmu yang dapat merawat diri
Apabila dapat mengenal diri, Mengenal Allah

Bahawa Allah itu - Yang Awal dan Yang Akhir - Yang Zahir dan Yang Bathin
Maha Halus - Yang Menghidupkan dan Yang Mematikan - Maha Kuasa atas Setiap Sesuatu

Sekiranya kalian belum mengetahui
Belum memiliki Ilmunya - yang ada Sanad dan Riwayat dari Rasulullah daripada Allah
Kami dapat menemukan anda dengan Orang Yang Tahu
Datanglah bertemu dengan kami
Di Shah Alam - nuranugerah@hotmail.com
Telefon: 0192368789/ 0196313202

Ilmu ini pada diri yang memiliki, dapatlah merawat diri sendiri
Maksudnya Dapat mengetahui kaedahnya, jika di ikuti Petuanya, dapatlah kebaikan
Dapat Selamat, Sihat, Berjaya dan BENAR

Untuk mendapat ijazah atau mengetahui sanad dan riwayatnya
Itulah yang patut bertemu
Dan menuntut Ilmunya

Sekiranya kalian merasa curiga, Tentulah pada diri kalian ada Pengetahuannya, sepatutnya, kalian lebih BERANI, menemui kami, kerana Orang yang BENAR menurut AlQuran dan Sunnah, hendaklah, memPromosi kebenaran, Kebaikan, bantulah kami agar mendapat Kebenaran yang kalian rasa BENAR itu, bukankah Kalian Ahli sunnah Wal Jamaah, yang patut, menyeru manusia kepada Maaroof dan Mencegah Mungkar

Bolehlah kita bertemu dan berbincang
InshaAllah

Sesiapa yang menolong Allah, Allah akan meneguhkan tapak Pendiriannya

SubhanAllah wahdahu lasyarikalah