Ulama'; ulama’ itu adalah kata jamak dari perkataan “’Arab iaitu ‘Alim. Kemudian lahir pula perkataan ‘Alamah iaitu orang yang benar-benar mengerti atau mengetahui dengan mendalam hakikat sesuatu.
Pewaris Nabi:
Ingatan kepada Semua:
Mewarisi Ilmu yang bersanad dan Riwayat yang sahih sampai kepada Rasulullah SAW
Samada - AlQuran dan sunnah
atau; AlQuran dan ahli bait
Tambahan: AlQuran adalah wahyu Allah, Akhlak (Kehidupan) Muhammad SAW itu ialah AlQuran
Muhammad SAW itu Allah telah Redha, Sebagai Ikutan yang baik kepada manusia.
Berdasarkan kenyataan berkenaanlah, jika MEWARISI adalah ILMU yakni, AlQuran dan Sunnah
Sepatutnyalah, menjaga kebenaran itu, Dengan melalui Rabbitah dan Wasilah, iaitu ada sanad dan riwayat sahih
Ibn. Mas'ud berkata ketakutan kepada Allah petanda seorang itu alim. Yang berilmu bukanlah kerana ia banyak meriwayatkan hadis akan tetapi yang amat takut kepada Allah. Di tanya Saad bin Ibrahim siapakah yang paling alim di kalangan penduduk Madinah? Jawabnya orang yang paling takut kepada Allah.
Ali Bin Abi Talib pernah berkata seorang alim ialah seorang yag tidak pernah melakukan maksiat, tidak jemu mengingatkan dirinya dan manusia sekalian akan azab allah swt dan tidak membelakangi al-quran
Hadis yang diriwayatkan daripada Muaz Bin Jabal :
“Belajarlah ilmu maka sesungguhnya
mempelajari ilmu kerana Allah adalah untuk menakutkan dan menuntut ilmu
adalah ibadah dan mempelajarinya adalah tasbih dan berbahas dengannya
adalah jihad dan mengajarnya bagi orang yang tidak mengetahui adalah
sedekah dan mengajar ahli keluarganya mengenai halal dan haram adalah
satu usaha untuk mendekatkan diri dengan Allah kerana ia mengajar kepada
benda halal dan haram dalam menakutkan kepada Allah dan menjadi rakan
ketika kesunyian dan menjadi dalil ketika senang dan susah dan menjadi
perhiasan ketika keseorangan dan menjadi rakan ketika berdagang dan
Allah angkat darjat mereka dikalangan mereka dan menjadikan mereka
pemimpin yang menjadi ikutan orang lain. Kerana Ilmu menghidupkan hati
yang buta dan memberi cahaya kepada yang gelap dan memberi satiap tenaga
kepada yang lemah dan telah mencapai hamba ketahap yang merdeka dan
menduduki bersama raja-raja dan mencapai darjat yang tinggi di dunia dan
juga akhirat. Dengan ilmu ia boleh taat kepada Allah SWT, dengan ilmu
ia menyembah Allah dengan ilmu ia menghubungkan tali sillturrahim,
dengan ilmu ia dapat mengetahui yang halal dan yang haram dan menjadi
perintis kepada amal. (Imam Abu Bakar Muhammad bin Hussin Bin Abdullah
Al-Ajiri, Takhrij wa ta’liq Sopian Nur Marbu Banjari al-Makki,
1996:35-36.)
Ulama
ini MENERUSKAN TUGAS PARA NABI, IAITU MENGAJAR, mendidik, membersihkan
hati umat daripada syirik dan maksiat, serta berdakwah dan memerintah
mengikut perundangan Allah, sebagaimana kita fahami daripada firman
Allah SWT, maksudnya: "Dialah (Allah) yang telah mengutuskan kepada
kalangan orang-orang arab yang buta huruf, seorang rasul dari bangsa
mereka sendiri, yang membacakan ayat-ayat Allah, yang membuktikan
keesaan Allah, dan kekuasaanNya... Dan membersihkan mereka daripada
aqidah yang sesat, serta mengajarkan mereka kitab Allah dan hikmat
pengetahuan yang mendalam mengenai hukum-hukum syariat... Dan
sesungguhnya mereka sebelum kedatangan Nabi Muhammad s.a.w adalah dalam
kesesatan yang nyata
InshaAllah ya
No comments:
Post a Comment