Firman Allah
''Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para Malaikat:
''Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi.''
Malaikat berkata: ''Mengapa Engkau hendak menjadikan (khalifah) di bumi itu orang yang akan membuat kerusakan padanya dan menumpahkan darah, padahal kami senantiasa bertasbih dengan memuji Engkau dan mensucikan Engkau?''.
Tuhan berfirman: ''Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui''(Al-Baqarah:30)"
Hadis Rasulullah
Pertama : Memelihara Keturunan.
Antara langkah-langkah praktiknya:
- Mensyariahkan nikah dan mengharamkan penzinaan;
- Tidak memberikan kebebasan dalam tingkah laku, berhubungan bebas, seks bebas dan sebagainya;
- Menetapkan berbagai hukuman terhadap mereka yang berzina.
Kedua : Memelihara Akal.
Islam telah menetapkan beberapa perkara antaranya;
- Mewajibkan seluruh warganegara menuntut ilmu dengan pembiayaan sepenuhnya oleh negara. Itulah yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w, para sahabat dan para khalifah;
- Mencegah dan melarang dengan tegas segala perkara yang merosakkan akal seperti minuman keras dan dadah;
- Menetapkan hukuman terhadap semua yang terlibat dengan barangan larangan tersebut.
Ketiga : Memelihara Kehormatan.
Hal ini diatur dengan;
- Memberikan kebebasan untuk melakukan apa pun yang mubah selagi tidak keluar dari sempadan syariah;
- Melarang orang menuduh zina, jika tiada bukti, hukuman had al-qazaf iaitu disebat 80 kali akan dilaksanakan;
- Wanita dijadikan sebagai “kehormatan” yang mesti dipelihara, dan bukannya sebagai barangan murahan.
Keempat : Memelihara Jiwa (Nyawa) Manusia.
Dengan syariah Islam setiap warga daulah Islam walau apa pun bangsa dan agamanya, akan terpelihara dan dijamin keselamatan jiwanya.
Sebaliknya, tanpa syariah Islam, realiti hari ini menunjukkan bahawa setiap hari media ada melaporkan kes pembunuhan. Keluarga mangsa korban selalunya tak dilayan seadilnya. Berbeza dengan Islam yang menetapkan hukum qisas dan diyat.
Kelima : Memelihara Harta.
Dalam Islam, bukan hanya harta peribadi yang dilindungi, tetapi keperluan asas setiap individu juga terjamin. Harta milik umum seperti hasil galian, petroleum dan sebagainya hanya akan dikelolakan oleh negara dan dikembalikan bagi kesejahteraan rakyat.
Sebaliknya, dalam sistem sekular keperluan asas pun tidak dijamin, apatah lagi harta milik umum hanya dirasai segelintir orang kaya termasuklah rakyat asing.
Keenam : Memelihara Agama.
Islam mempunyai hukuman bunuh bagi orang yang murtad.
Dalam sistem sekular, agama ini sering diperlecehkan, aqidah umat juga tidak terpelihara untuk disesuaikan dengan prisip kebebasan beragama.
Ketujuh : Memelihara Keamanan.
Khalifah yang telah dibaiat, sudah tentu tidak akan membiarkan pihak asing menguasai kemanan daulah. Bahkan mereka yang merompak, merusuh dan membuat jenayah akan dibunuh, disalib dan diasingkan dari daulah (salah satu atau ketiga-tiganya). Bandingkan dengan situasi kini, penjenayah bebas keluar masuk penjara tanpa rasa kesal dan rakyat sentiasa rasa tidak aman dan selamat.
Kelapan : Memelihara Negara.
Dalam Islam, keutuhan daulah sentiasa dijaga. Pemberontak negara akan dihukum. Sebarang usaha untuk memecahbelahkan daulah akan dilumpuhkan. Bezanya kini, sistem sekular membiarkan negeri umat Islam berpecah menjadi serpihan kecil dan lemah.
Itu Secara dasarnya untuk Mentadbir Masyarakat. Itu Skala Besarnya
Adapun untuk menjadi Pemimpin, Sepatutnya dapat menjaga diri sendiri dan ahli keluarga serta kaum kerabat, agar terhindar dari SIKSA NERAKA
Jasad Manusia
Ada Kaki, Tangan, Tubuh badan, hati, Akal, Nafsu
Jika Benar sebagai Khalifahnya, tentulah dapat Memelihara diri
Tentulah mendapat Bimbingan dan Peliharaan Allah
kataNya: Intansurullah yansurkum wayutsabit aqdamakum.
Jika kamu menolong (agama) Allah, niscaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu.
Promosi Ilmu di topik di bawah topik ini
adalah Jalan menuju ke arah
Allahu Taala
Kerana dengan TAUHID sahaja
Dapatlah menolong Allah
Jangan sekutukan Allah
dengan sesuatu apa pun
Silakan, Perhatikan, dan Telitikan
InshaAllah
No comments:
Post a Comment