image

image

Saturday, October 31, 2015

Aksi BerMuka Muka

Dan di antara manusia ada yang berkata: "Kami telah beriman kepada Allah dan kepada hari akhirat"; padahal mereka sebenarnya tidak beriman  Mereka hendak memperdayakan Allah dan orang-orang yang beriman, padahal mereka hanya memperdaya dirinya sendiri, sedang mereka tidak menyedarinya.  
Dalam hati mereka (yang munafik itu) terdapat penyakit (syak dan hasad dengki), maka Allah tambahkan lagi penyakit itu kepada mereka; dan mereka pula akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya, dengan sebab mereka berdusta (dan mendustakan kebenaran). Dan apabila dikatakan kepada mereka: "Janganlah kamu membuat bencana dan kerosakan di muka bumi", mereka menjawab: " Sesungguhnya kami orang-orang yang hanya membuat kebaikan". 
 
Ketahuilah! Bahawa sesungguhnya mereka itulah orang-orang yang sebenar-benarnya membuat bencana dan kerosakan, tetapi mereka tidak menyedarinya.  Dan apabila dikatakan kepada mereka: "Berimanlah kamu sebagaimana orang itu telah beriman". Mereka menjawab: "Patutkah kami ini beriman sebagaimana berimannya orang bodoh itu?" Ketahuilah! Sesungguhnya merekalah orang yang bodoh, tetapi mereka tidak mengetahui (hakikatnya)


Of the people there are some who say: "We believe in Allah and the Last Day;" but they do not (really) believe Fain would they deceive Allah and those who believe, but they only deceive themselves, and realise (it) not! In their hearts is a disease; and Allah has increased their disease: And grievous is the penalty they (incur), because they are false (to themselves). When it is said to them: "Make not mischief on the earth," they say: "Why, we only Want to make peace!" Of a surety, they are the ones who make mischief, but they realise (it) not. When it is said to them: "Believe as the others believe:" They say: "Shall we believe as the fools believe?" Nay, of a surety they are the fools, but they do not know. 

Begitulah Peringatan daripada Tuhan yang ESA
Sesiapa yang mendapat Hidayah Taufik dapatlah menilai berbagai Aksi Kelakuan dihadapan diri masing masing. Terutama apabila hidup berparti parti

Contoh diMalaysia
Sebuah parti menyatakan mereka tidak setuju dengan Presiden parti Islam, kemudiannya Parti Islam memutuskan hubungan dengan parti itu. DiPulau Pinang terputus sudah, kerana Parti yang menuduh itu merasa mereka lebih Berkuasa 
Seterusnya diSelangor Parti Islam berkerja sama sama dengan PKR terpaksalah tidak memutuskan hubungan dengan Parti yang menuduh Presiden Parti Islam dan tidak mahu Hudud dan Undang Undang Jenayah Syariah diluluskan, Inilah sifat bermuka muka mereka 

DiDalam Demokrasi, segalanya adalah daripada Rakyat kepada Rakyat, Tuhan duduk tepi sudahlah, biarlah manusia menentukan haluan hidup mereka, inilah haluan Demokrasi

Berparti Parti itu bukanlah ada contoh dan tauladan dari Sunnah mahupun AlQuran

Yang Bermuka muka itu adalah Munafik dan Kafir 
Kerana itulah Allah berpesan,
Janganlah kamu melebih lebihkan kawanmu yang Kafir berbanding  Yang Beriman

Nak Buat Lagu Mana?

Sesungguhnya orang-orang kafir (yang tidak akan beriman), sama sahaja kepada mereka: sama ada engkau beri amaran kepadanya atau engkau tidak beri amaran, mereka tidak akan beriman.

As to those who reject Faith, it is the same to them whether thou warn them or do not warn them; they will not believe.


Kena Ingat dan buatlah apa yang sepatutnya

Oleh itu, jika mereka berpaling ingkar, maka Kami tidak mengutusmu ( Muhammad) sebagai pengawas terhadap mereka; tugasmu tidak lain hanyalah menyampaikan kebenaran dari Allah. Dan (ingatlah) sesungguhnya apabila Kami memberi manusia merasai sesuatu rahmat dari Kami, ia bergembira dengannya; dan (sebaliknya) jika mereka ditimpa sesuatu kesusahan disebabkan dosa-dosa yang mereka lakukan, maka (mereka segera membantah serta melupakan rahmat yang mereka telah menikmatinya, kerana) sesungguhnya manusia itu sangat tidak mengenang nikmat-nikmat Tuhannya.

If then they run away, We have not sent thee as a guard over them. Thy duty is but to convey (the Message). And truly, when We give man a taste of a Mercy from Ourselves, he doth exult thereat, but when some ill happens to him, on account of the deeds which his hands have sent forth, truly then is man ungrateful!


Semuga apabila kamu mengaku Beriman, menjadilah dirimu orang Yang Ikhlas menauhidkan Allah 

Saturday, October 24, 2015

amMarah

Nafsu Ammarah adalah yang terhina

Marah itu daripada Syaitan
Syaitan itu ada yang daripada Jinn juga ada yang daripada Manusia
Syaitan ni, sifat Iblis yang tidak mahu tunduk kepada Perentah Allahu Taala

Baran itu sifat Marah yang Melampau
Dirinya di kuasai oleh Syaitan

Fatwa yang kita ni tak boleh menghina kebodohan lain orang, tidak patut mengeji kebodohan lain orang, kerana masa depan kita pun tak tahu, dan bagaimana mahu menghadapi kematian juga tidak diketahui, jadi lebih baiklah jagalah sahaja diri kita masing masing

Jika Marah itu daripada Syaitan, maka orang yang Marah Marah itu adalah yang melanggar perentah Allah, dan sebenarnya Marah kepada Allah yang menciptakan setiap sesuatu dan segala galanya sebagi Ujian kepada manusia dan Jinn

Kerana itulah; Mukmin itu tidak keluh kesah dengan apa yang berlaku, samada suami atau isteri atau anak anak atau saudara mara, kaum kerabat atau sahabat handai dan kawan rakan

Kamu tidak menanggong dosa lain orang
Teruskan lah menyampaikan Kebenaran dengan menjaga Kesucian Islam

Allah menyeru agar kita, kenang kenangkan kebaikan waktu bersama
Semuga dapat menerbitkan perasaan kasih sayang antara kita
Semuga dapat mengikhlaskan diri
Semuga mendapat Redha Allah

Jagalah diri kita sendiri
Jangan letak dalam situasi yang membinasakan

InshaAllah

Wednesday, October 21, 2015

BETAPA

Dan kepada Allah jualah sekalian makhluk yang ada di langit dan di bumi tunduk menurut, sama ada dengan sukarela atau dengan terpaksa; dan (demikian juga) bayang-bayang mereka; pada waktu pagi dan petang.

Whatever beings there are in the heavens and the earth do prostrate themselves to Allah (Acknowledging subjection),- with good-will or in spite of themselves: so do their shadows in the morning and evenings. 

 
Betapa Allahu Akbar, Maha Besar Kuasa Allah

Kemudian Manusia menyangka Mereka dapat Bebas, Melakukan sesuatu, begitulah Jahil dan Zalimnya mereka

We did indeed offer the Trust to the Heavens and the Earth and the Mountains; but they refused to undertake it, being afraid thereof: but man undertook it;- he was indeed unjust and foolish;-

contohnya: Jerubu, Panas, tak Hujan kita Ingat kita boleh buat sesuatu agar Hujan, hilangkan Jerubu, dan sebagainya, kemudian mampukah?

Dan banyak lagi jika mahu di contohkan, Tetapi dapatkah kita SEDAR Betapa kuasa yang kita ada

Manusia tak ada Kuasa, Yang Berkuasa Hanya Allaah
Dapatkah Merasainya

Begitulah yang dikatakan, Kamu belum Merasainya, hiks hiks hiks

Yang Mendapat Hidayah Allah, dapatlah sampai kepadanya, Perasaan merasai Kebesaran Allahu Taala

Jika belum sampai kepadamu Hidayah Taufik Allah, ternyatalah kamu akan Memandai mandai sahaja - begitulah dikatakan manusia  was indeed unjust and foolish

Betapa Allahu itu Maha Halus, Meliputi dan sentiasa mendidik, Membimbing akan Yang diRedhaiNYA

Do You Get it? 

Tuesday, October 20, 2015

Tangan Sendiri

Apa jua yang berlaku dan terjadi adalah Takdir Ketentuan Allah
Itu pasti secara Umum, Kerana Takdir itu berjalan di belakang tabir, kerana itulah ada yang tak dapat merasainya

Sebagaimana komputer yang pada mulanya, di kuasai oleh Mcintosh
Namun apabila Microsoft mengeluarkan Dos kemudian Windows bertambahlah pengguna komputer clone, dan kini semakin ramai yang menggunakan OS free, Linux dan sebagainya
Tetapi satelah pengguna mendapatkan Komputer, Laptop, Gadget, dan smartphone dapatkah menyedari dan berterima kasih kepada mereka yang membina Program Operating Software yang menjadikan Komputer dan segala yang kita ada itu, "alive and kicking"

Yang demikian itu ialah disebabkan perbuatan yang - telah dilakukan oleh tangan kamu sendiri. Dan (ingatlah), sesungguhnya Allah tidak sekali-kali berlaku zalim kepada hamba-hambanya."
"This is because of the (unrighteous deeds) which your hands sent on before ye: For Allah never harms those who serve Him."


Begitulah yang berlaku mengikut ARUS kerana itulah segala Invention akan menjurus kepada Kelalaian, Kesesatan, dan masalah

Sebab inilah, Orang Beriman itu tidak "keluh kesah" dengan apa apa pun

Dan dapat menjaga Diri masing masing

What To Do 
1. Get The knowledge - Utamakan Ilmu Islam - AlQuran dan Sunnah - Bersanad dan riwayat yang sahih
2. Amalkan, Ambil Pelajaran

Jika dapat meneliti  demikianlah Iblis itu berani menyatakan di Hadapan Allah bahawa mereka akan membuktikan kepada Allah semuanya dapat di tipu .............................................

Hamba Hamba Allah yang Ikhlas - tidak mengaku kuasa daku, tetapi Izin Allah
Izin Allah itu juga kerana Allah itu Al Alim, sumber Ilmu, kerana AaRahim dapatlah merasa kasih sayang bersama Jamaah demikianlah satu yang tidak SESAT, Ahli Sunnah dan Berjamaah atau ASWAJA

Kesimpulannya
Jagalah diri masing masing
Get the knowhow, you can do it, Ikhlas


Take Care

 

Sunday, October 18, 2015

Khawarij dan Muktazilah moden

Walaupun masing masing hidup tidak lagi menurut Sunnah Rasulullah SAW dan sunnah Khulafak ArRasyidin, juga tidak mendengar dan mentaati AlQuran dan sunnah, Namun masing masing ada mengaku bahawa Golongan mereka lah yang Benar dan Betul

Sementara Orang Alim yang pernah menjadi Mufti Arab Saudi telah berfatwa, bahawa hidup berparti parti bukanlah ada tauladan daripada Sunnah

Namun kerana sistem Demokrasi yang menjadi Tunjang Kehidupan bernegara di kebanyakan negara maka sistem berparti parti itulah yang menonjol

Apabila kita berkata, Demokrasi bukanlah sistem Islam, puak yang menyokong jalan itu sanggup mendatangkan ayat ayat sokongan dan istilah istilah bagi menyokong apa yang mereka setujui


Dan sesiapa yang tidak mengindahkan pengajaran (Al-Quran yang diturunkan oleh Allah) Yang maha Pemurah, Kami akan adakan baginya Syaitan (yang menghasut dan menyesatkannya), lalu menjadilah Syaitan itu temannya yang tidak renggang daripadanya.
Dan sesungguhnya Syaitan-syaitan itu tetap menghalangi mereka dari jalan yang benar, sedang mereka menyangka bahawa mereka orang-orang yang mendapat hidayah petunjuk. 
Sehingga apabila ia (yang terjerumus dalam kesesatan itu) datang kepada Kami (pada hari kiamat), berkatalah ia (kepada Syaitannya): "Alangkah baiknya (kalau di dunia dahulu ada sekatan yang memisahkan) antaraku denganmu sejauh timur dengan barat! Kerana (engkau) adalah sejahat-jahat teman". 
 
If anyone withdraws himself from remembrance of ((Allah)) Most Gracious, We appoint for him an evil one, to be an intimate companion to him. Such (evil ones) really hinder them from the Path, but they think that they are being guided aright! At length, when (such a one) comes to Us, he says (to his evil companion): "Would that between me and thee were the distance of East and West!" Ah! evil is the companion (indeed)! 
 
Dan golongan yang berkata mereka benar itu bertanya kita pula, apa jalannya kita nak lakukan jika kita kata, berparti parti itu bukan sunnah 
 
Ternyatalah mereka yang bertanya itu tidak memahami akan Sirah Rasulullah, atau mereka hanya boleh bercerita tentang Sirah namun perkara itu tidak masuk ke hati mereka
 
Sebelum wujudnya Kuasa di Madinah Al Munawarah, Gerakan menyatakan Jangan Syirik kepada Allah itu adalah dari Pintu ke Pintu
 
Walaupun Islam yang Sempurna sudah di tauladankan oleh Muhammad SAW dan Abu Bakar Siddik, dan Umar Al Khattab juga Osman Affan serta Ali Abi Talib tetapi  satelah itu berlakulah pemerintahan seperti sistem Beraja dan hanya Keturunan mereka saja, begitu Wujudnya Kerajaan Umaiyyah, Abbasiah dan Othmaniah dan kerana ada yang tidak ADIL lah ada Invention dan bermulalah Sistem Demokrasi, bermotifkan Dari Rakyat kepada Rakyat
 
Maksudnya - Allah duduk Tepi dah la, jangan kacau kami nak memerintah
 
Walaupun kita seperti sudah ada Acuan kerana sudah ada Tauladan yang kita Umat Islam patut memakai Pakaian Taqwa, tetapi tarikan kesesatan dan innovasi oleh puak yang bukan Islam itu telah menjadikan rata rata kita seperti Buih
 
Sekarang nak bagi Contoh dan apa yang berlaku di Malaysia
Parti yang wujud semenjak Merdeka hanyalah ada Dua yang Utama, iaitu BN dan PAS
Dalam BN itu ada MCA dan MIC
Kemudian wujud berbagai Parti mengikut Kesesuaian Demokrasi
 
Ada parti yang mengaku perjuangan mereka mengikut AlQuran dan Sunnah
Baru Baru lalu, Ada Perhimpunan tahunan mereka, ada orang yang kalah, ada yang menang
Pihak yang Kalah yang dahulunya adalah Pemimpin, kerana kalah, sanggup keluar dan membina Parti Baru, Tidakkah  gerakan mereka itu seperti Khawarij dan Muktazilah yang wujud di zaman saidina Ali dahulu
 
Walaupun masing masing tak mengikut Sunnah, itulah habuan kita berfikir dan membentuk Pemikiran walaupun kita payah dan susah nak berpakaian Taqwa
 
Sebagaimana maksud kewujudan Umat Akhir Zaman itu adalah akan menurut kelakuan semua umat terdahulu maka jika kita mendapat hidayah Allah akan dapat melihat kelakuan kelakuan Umat Terdahulu di zaman kita ini

sekian dulu
InshaAllah

SubhanAllah wahdahulaa syarikalah

 
 
 

Friday, October 16, 2015

SESAT

Ingat akan Kematian, Kuburan, itu menjadikan Hidup didunia ini lebih Dinamik
Begitulah sepatutnya

Bagaimana nak memahami akannya?
Perhatikan, Baca dan Mengertikan, Surah yang ke47 AlQuran yakni Surah Muhammad
Bagaimana Allah Tuhan Yang ESA membentuk Peribadi Muhammad

Maka Wujudlah Peribadi yang amat Kasihan kepada Manusia
Maka diikutilah oleh Muhammad itu menyampaikan Kebenaran daripada Allah
Walaupun Perasaannya amat Kasih dan Sayang terhadap keluarga yang membantunya, Allah kemudian menyatakan kepadanya, kamu hanyalah menyampaikan kebenaran, Hidyah itu Allah yang Menyampaikan

Dan Orang yang Kafir atau Engkar itu tidak akan setuju kepada kamu, melainkan kamu ikuti kesesatan mereka

Muhammad SAW tidak memboikot sesuatu
Maksudnya ia tidak menghadkan Ikhtiar
Bahawa Tugasan membawa manusia dan Jinn keluar daripada Kejahilan menuju Cahaya Kebenaran dilaksanakan sehingga Sempurna. Bukanlah Muhammad itu yang mengaku aku, Sebaliknya para sahabatnya, yang menDengar dan Taati akannya, Merasa Bahagia bersamanya menjalani kehidupan didunia yang Fana ini

Kerana itulah Allah menerimanya sebagai Kekasihnya
Allah mengasihi, kepada Orang yang Benar atau siddiq,Orang yang Amanah dan menyampaikan kebenaran dengan menjaga kesucian kebenaran daripada Allah, Dengan secara Kebijaksanaan

Bahawa hendaklah kamu:

(Ingatlah) bahawa kehidupan dunia (yang tidak berdasarkan iman dan taqwa) hanyalah ibarat permainan dan hiburan; dan jika kamu beriman serta bertaqwa, Allah akan memberikan kamu pahala amal kamu, dan Ia tidak meminta kepada kamu harta benda kamu (melainkan untuk memberikan kamu barang yang lebih baik daripadanya).

The life of this world is but play and amusement: and if ye believe and guard against Evil, He will grant you your recompense, and will not ask you (to give up) your possessions. 



Kerana inilah, Dajjal dan Iblis serta Syaitan yang menjadi sahabat Kesesatan berusaha menginputkan Kesesatan mereka kedalam kehidupan umat Manusia dan Jinn

Dan jika kalian diberikan Hidayah Oleh Allah, Dapatlah Melihat
Mereka yang menunjukkan Kejahilan diri, apabila berbicara, dan berbuat sesuatu

Ingat Pesanan Umar AlKhattab yang Alim dan warak, katakan sesuatu yang kamu mempunyai pengetahuan akannya, jangan suka berselindung disebalik wallahu'alam

Ingat Pesanan dari Firman Allah:

Dan janganlah engkau mengikut apa yang engkau tidak mempunyai pengetahuan mengenainya; sesungguhnya pendengaran dan penglihatan serta hati, semua anggota-anggota itu tetap akan ditanya tentang apa yang dilakukannya.

And pursue not that of which thou hast no knowledge; for every act of hearing, or of seeing or of (feeling in) the heart will be enquired into (on the Day of Reckoning). 



Kenalah Menjaga diri masing masing naaa
Jangan suka menurut Arus Perdana

Dan kebanyakan mereka, tidak menurut melainkan sesuatu sangkaan sahaja, (padahal) sesungguhnya sangkaan itu tidak dapat memenuhi kehendak menentukan sesuatu dari kebenaran (iktiqad). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui akan apa yang mereka lakukan.

But most of them follow nothing but fancy: truly fancy can be of no avail against truth. Verily Allah is well aware of all that they do.



Ingatlah - pesanan Muhammad SAW
Kamu sekaliannya tidak akan SESAT, daku tinggalkan kepada kamu 2 Perkara iaitu AlQuran dan Sunnahku serta sunnah Khulafak ArRasyidin

Ada Akal? sila Fikirkan dan Amalkan kebaikan, semuga berjaya menjadi Kekasih Allah

InsyaAllah

Thursday, October 15, 2015

Demon strasi

Bersesuaian dengan kata utamanya DEMON tentulah perbuatan demonstration itu sesuatu yang tidak baik, itulah terjadinya, Bantahan , kerana tidak boleh redha menghadapi kehidupan

Bahawa apabila Redha dengan Allah, seharusnya Redha lah dengan Takdir ketentuan Allah, dan Perbaikilah diri kita masing masing

Demikianlah ajaran Islam, bahawa Jangan kamu menuduh atau menghina kebodohan lain orang, bahawa kamu diri sendiri pun tak dapat memastikan bagaimana kesudahan kamu, atau kematian
kamu

Ingatlah Pesanan Allah
Jika kamu Bersyukur kepada Allah, Allah menambah nikmatnya kepadamu
Dan jika kamu Kufur, siksa Allah itu amat Pedih dan ngilu

Dan apa yang menimpa dirimu adalah berakibat daripada Tangan kamu sendiri

apakah kamu tidak berkuasa memilih kebaikan?

Bukankah kamu Muslim, yang benar, Fardhu Ain ada menerangkannya

Ataukah kamu sudah termasuk dalam golongan yang menjadikan dunia ini, hanya permainan dan senda gurau

Kamu buka Pelabuhan, atau Halaqah, atau Wakaf, atau perhentian
Kemudian kamu menghadkan kemasukannya
di lain halaman kamu menyatakan, Islam untuk semua
Apakah kamu jenis yang tak mahu Berfikir?

SubhanAllah

Sifat diri terkadang membenarkan, terkadang mengelirukan, itulah sifat orang munafik
Kekeliruan diri sendiri menjadikan peribadinya demikian
Ibarat menanam tebu hanya dibibir sahaja

Tiada Keikhlasan tidaklah amalan diterima oleh Allah, dan bahawa Ikhlas itu umpama kita mengucapkan Tiada Ilah kecuali Allah, Esa NYA

Melalui Bantahan serta komplen, serta menuduh dan mengeji salah laku orang lain itulah dibukakan Peluang Peluang agar berlaku sepertimana tuduhan yang tidak benar itu kepada diri mu sendiri

Kemudian kamu di tutup pancaindera, berlakulah dirimu tidak dapat melihat kebenaran, subhanAllah

Kecuali kamu mahu bertaubat dan kamu turuti taubat kamu dengan berbuat kebaikan, semuga dapat menutupi kelemahan dan kebatilan yang telah berlaku

Silakan ya, buktikanlah apabila kamu mengaku Muslim bahawa kamu sepatutnya berakhlak mulia
Memang payah nak capai jika bersikap negatif dan munafik
SubhanAllah

Tuesday, October 13, 2015

PADAN

Jika kamu Bersyukur, Allah akan Menambahkan NikmatNYA kepadamu

Jika kamu Kufur, siksa Allah itu sangat Pedih dan Ngilu

Selalu di paparkan agar manusia lebih baiklah bersyukur daripada mengeluh, membantah dan membangkang, atau mengadakan demonstrasi menunjukkan perasaan tak berpuashati

Apa jua yang menimpa dirimu, adalah akibat daripada Tangan Sendiri

Janganlah kamu campakkan dirimu kedalam kebinasaan

salah satu yang Utama dalam Rukun Negara Malaysia, adalah Kepercayaan kepada Tuhan

Allah itu Tuhan Yang Esa, Allahu Ahad maksudnya salah satu Tuhan daripada banyak banyak Tuhan yang manusia puja dan sembah, Maksudnya Allah Maha Mengetahui apa yang terkandung di dalam HATI manusia dan jinn, masing masing peribadi

Setiap peribadi adalah Pemimpin, maka Perhatikan apa yang kamu Pegang, Taat, sembah dan puja!?

Hiduplah sebagaimana jua kamu mahu hidup, Ingatlah tiada sesiapa yang tidak dapat tidak akan menemui Maut- mati

Cintailah sesiapa jua atau apa pun jua, Ingatlah tiada yang akan Kekal ditanganmu, Berpisah itu sunnatulloh, adat sebagai makhluk, Bukti bahawa Allah itu Yang ESA, Maha Kuasa

Bercerai atau berpisah itu sesuatu yang Amat Berat dan Payah apabila diserukan Kasih Sayang
Demikianlah yang diciptakan oleh ArRahman, Nikmat Daku yang manakah nak kamu dustakan?
Aarahim itu Lebih kasih dan sayangnya daripada Makhluk, Tiada limit bagiNYA

Buatlah apa sahaja kamu hendak perbuat, Dunia hanyalah Permainan dan senda gurau kecuali yang Beriman, Yang Percaya dan beramal kebaikan yang mensejahterakan maka sempurnalah Akhlak yang Mulia

Segala apa jua Kebaikan yang kamu lakukan adalah untuk dirimu

Segala apa jua, setiap Keburukan dan kejahatan serta kekejian kamu lakukan akan kembali kepadamu
Maka itulah diserukan kepada golongan Yang Percaya, mu Hisab lah dirimu masing masing
Agar dapat Kebaikan, tenang diri, menjelma Kebaikan perasaan, memuliakan diri Peribadi masing masing.

Demikianlah Allah Maha Mengetahui, siapakah yang menzalimi diri sendiri, itu amat Allah benci
Jika sesiapa yang di zalimi itu, Allah memakbolkan Permintaan sesiapa yang demikian yang berdoa memohonkan kebaikan daripadaNYA

Lebih baik Bersyukur daripada membantah, mengeluh, meluahkan perasaan keji, negatif thinking
kerana Tugas sunnah tauladan Muhammad SAW adalah, menyempurnakan akhlak yang Mulia

Padan aih dengan apa yang terkandung di hati kalian, Allah membukakan peluang peluang untuk kita hadapi, Allah dengan Keadilannya, Bukti kebenaran itu ada didalam diri masing masing, Mengapa Tak mahu Berfikir?

SubhanAllah wahdahu laa syarikalah


Saturday, October 10, 2015

Mimpi dan Impian

Mimpi adalah Pengalaman sewaktu Tidur
Berdasarkan dalil AlQuran dan Sunnah ada 3 jenis/ perkara dari mimpi
1. Hidayah Perkhabaran daripada Allah, memberikan kekuatan pada peribadi yang bermimpi, mengukuhkan Jalan hidupnya menauhidkan Allaah
2. Gangguan Syaitan, akibat daripada peribadi yang tidak Ikhlas menauhidkan Allah, Tahu menyebut ayat ayat AlQuran tetapi tidak dapat mengambil pelajaran darinya
3. Hanyalah Igauan mainan tidur, akibat termasuk ke dalam hati, perasaan, tentang apa yang di baca, dilihat, dialami

Impian pula adalah berkaitan HOPE atau Harapan
Manusia kebanyakkan, tergantung Ilmu dan Pengetahuan serta pengalaman masing masing Atas Kepercayaan, sebagaimana Syurga dan Neraka, Hari Akhirat, Kebenaran daripada Allah, serta pengaruh dan tipu daya oleh Iblis dan Syaitan

Ke mana pun kamu hadapkan wajah mu, di situlah Wajah Allah
Demikianlah, Allahu itu Maha Halus dan Meliputi

Sesiapa yang Percaya kepada Kebenaran daripada Allah tentulah ,mahu menjadikan Kitab Allah itu sebagai Rujukan Utama dalam ia menjalani kehidupan di dunia yang fana ini

Kerana adanya Wajah Muhammad SAW bersama dalam Kehidupan semasa masing masing, memudahkan untuk Percaya, itulah menjadikan Muhammad SAW rindu kepada umat akhir zaman yang SEDAR dan menurut Tauladan yang Baik daripada peribadi Muhammad SAW
Cerita tentangnya ada didalam AlQuran, didalam Sirah nabawi, didalam Kisah Para sahabat, dan ada Ilmunya, kepada Ulamak Pewaris nabi SAW

Apa maksudnya, Pewaris?
Apa pula yang di warisi?

Itulah ya; Pada diri Muhammad SAW itu Adalah tauladan yang Baik bagi kalian

Kita tak boleh ikut suka aku nak buat apa pun, jika kamu suka ikut Tauladan Muhammad
Kecualilah kamu suka ikut tauladan Hamman dan Qarun, yang berbangga bangga dengan kebolehan sendiri, Dan inilah pengakuan sewaktu kalian membaca AlFatihah, berilah Petunjuk kepada kami, bukan jalan golongan zalim dan bukan jalan golongan Sesat, bukan Jalan Yahuda wan Nasara, .....

Buktikanlah dalam kehidupan sehari harian mu
Ingatlah ya, Dunia ini hanyalah Permainan dan senda gurau, Games and fashion, ihiks

Kecuali, kamu Percaya dengan Yakin, dan berbuat kebajikan amal soleh dan jariah

SubhanAllah wahdahu laasyarikalah

Thursday, October 8, 2015

Geng Syaitan


Dan demikianlah Kami jadikan bagi tiap-tiap Nabi itu musuh dari Syaitan-syaitan manusia dan jin, setengahnya membisikkan kepada setengahnya yang lain kata-kata dusta yang indah-indah susunannya untuk memperdaya pendengarnya. Dan jika Tuhanmu menghendaki, tentulah mereka tidak melakukannya. Oleh itu, biarkanlah mereka dan apa yang mereka ada-adakan (dari perbuatan yang kufur dan dusta) itu.

Likewise did We make for every Messenger an enemy,- evil ones among men and jinns, inspiring each other with flowery discourses by way of deception. If thy Lord had so planned, they would not have done it: so leave them and their inventions alone. 



Wahai sekalian manusia! Makanlah dari apa yang ada di bumi yang halal lagi baik, dan janganlah kamu ikut jejak langkah Syaitan; kerana sesungguhnya Syaitan itu ialah musuh yang terang nyata bagi kamu.

O ye people! Eat of what is on earth, Lawful and good; and do not follow the footsteps of the evil one, for he is to you an avowed enemy. 

 
Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah kamu ke dalam Agama Islam (dengan mematuhi) segala hukum-hukumnya; dan janganlah kamu menurut jejak langkah Syaitan; sesungguhnya Syaitan itu musuh bagi kamu yang terang nyata.

O ye who believe! Enter into Islam whole-heartedly; and follow not the footsteps of the evil one; for he is to you an avowed enemy. 



Maka kalau kamu tergelincir (dan jatuh ke dalam kesalahan disebabkan tipu daya Syaitan itu), sesudah datang keterangan-keterangan yang jelas kepada kamu, maka ketahuilah bahawasanya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.

If ye backslide after the clear (Signs) have come to you, then know that Allah is Exalted in Power, Wise. 


Dan juga orang-orang yang membelanjakan hartanya dengan menunjuk-nunjuk kepada manusia (riak), dan mereka tidak pula beriman kepada Allah dan tidak juga beriman kepada hari akhirat. Dan sesiapa yang (mengambil) Syaitan itu menjadi kawannya, maka seburuk-buruk kawan ialah syaitan.

Not those who spend of their substance, to be seen of men, but have no faith in Allah and the Last Day: If any take the Evil One for their intimate, what a dreadful intimate he is! 


Katakanlah: "Wahai Ahli Kitab! Mengapa kamu menghalangi orang-orang yang beriman daripada menurut jalan jalan (agama Islam), kamu hendak menjadikan jalan Allah itu bengkok terpesong, padahal kamu menyaksikan (kebenarannya)? "Dan (ingatlah), Allah tidak sekali-kali lalai akan apa yang kamu lakukan.

Say: "O ye People of the Book! Why obstruct ye those who believe, from the path of Allah, Seeking to make it crooked, while ye were yourselves witnesses (to Allah.s Covenant)? but Allah is not unmindful of all that ye do."

Dan apabila dikatakan kepada mereka: "Marilah berhakim kepada hukum Al-Quran yang telah diturunkan oleh Allah dan kepada hukum Rasulullah," nescaya engkau melihat orang-orang munafik itu berpaling serta menghalang (manusia) dengan bersungguh-sungguh daripada menghampirimu.

When it is said to them: "Come to what Allah hath revealed, and to the Messenger.: Thou seest the Hypocrites avert their faces from thee in disgust.

Sesungguhnya orang-orang yang kafir serta menghalang orang-orang lain dari jalan Allah (agama Islam), sebenarnya mereka telah sesat dengan kesesatan yang amat jauh.

Those who reject Faith and keep off (men) from the way of Allah, have verily strayed far, far away from the Path.

Iblis berkata: "Oleh kerana Engkau (wahai Tuhan) menyebabkan daku tersesat (maka) demi sesungguhnya aku akan mengambil tempat menghalangi mereka (dari menjalani) jalanMu yang lurus;

He said: "Because thou hast thrown me out of the way, lo! I will lie in wait for them on thy straight way:

Iaitu mereka yang menghalang (dirinya sendiri dan juga orang lain) dari menurut jalan Allah, dan mencari helah menjadikan jalan itu bengkok terpesong, sedang mereka pula tidak percayakan hari akhirat.

"Those who would hinder (men) from the path of Allah and would seek in it something crooked: they were those who denied the Hereafter." 



Bila membuka Wakaf, Forum, Facebook, dan sebagainya, jika pemiliknya Takut kepada selain Allah, ternyatalah mereka itu belum mukmin, munafik dan mendekati Kafir akibat pengaruh Nafsu Syaitan

Apa boleh buat, jika itu adalah Pujaan mereka

Intan surulloha yansurukom ...............................................................subhanAllah

Tuesday, October 6, 2015

Bandingan Akhirat dengan Dunia

Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang beriman dan beramal soleh, sesungguhnya mereka beroleh syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai; tiap-tiap kali mereka diberikan satu pemberian dari sejenis buah-buahan syurga itu, mereka berkata: "Inilah yang telah diberikan kepada kami dahulu"; dan mereka diberikan rezeki itu yang sama rupanya (tetapi berlainan hakikatnya), dan disediakan untuk mereka dalam syurga itu pasangan-pasangan, isteri-isteri yang sentiasa bersih suci, sedang mereka pula kekal di dalamnya selama-lamanya.
(Al-Baqarah 2:25) |

But give glad tidings to those who believe and work righteousness, that their portion is Gardens, beneath which rivers flow. Every time they are fed with fruits therefrom, they say: "Why, this is what we were fed with before," for they are given things in similitude; and they have therein companions pure (and holy); and they abide therein (for ever). 


itu keadaannya di Akhirat 

Dalam ini Dunia: 
Jika kalian kaum wanita Sedarlah, Dunia ini kan, kalian menghadapi HAID, dan macam macam lagi agar Pergerakan Kalian itu di HAD kan
Jika sewaktu mengandung pula, tiada kah Rasa malu, Jika tiada Perasaan Malu maka bagaimanakah Iman hendak masuk ke hati kamu 

Bila hilang Rasa Malu, tercabutlah Iman, masuklah kamu ke Dalam Dunia yang hanyalah Permainan dan Senda gurau

Kerana itulah Mudahnya Syaitan menguasai dirimu, banyaklah Masalah menimpa diri, apabila dirimu tidak dapat Ikhlas 

Itu adalah satu daripada banyak Peringatan, daripada Kitab Allah, AlQuran

Sekiranya kamu tidak mahu sesat, Eloklah jika kamu mengkaji dn meneliti AlQuran, Ambillah Pelajarannya, Jadikan Pakaian Taqwa

InshaAllah 

Sunday, October 4, 2015

C.I.N.T.A

Dan di antara manusia ada yang mengambil selain dari Allah sebagai sekutu-sekutu ,
mereka mencintainya, (memuja dan mentaatinya) sebagaimana mereka mencintai Allah;
sedangkan  yang beriman itu lebih cinta untuk taat kepada Allah.

Dan Jikalau orang yang melakukan kezaliman (syirik) itu mengetahui dan melihat azab pada hari Akhirat , bahawa sesungguhnya kekuatan dan kekuasaan itu semuanya tertentu bagi Allah, dan bahawa sesungguhnya Allah Maha berat azab seksaNya

Yet there are men who take (for worship) others besides Allah, as equal (with Allah.: They love them as they should love Allah. But those of Faith are overflowing in their love for Allah. If only the unrighteous could see, behold, they would see the penalty: that to Allah belongs all power, and Allah will strongly enforce the penalty. 



Katakanlah:
"Jika bapa-bapa kamu, dan anak-anak kamu, dan saudara-saudara kamu,
dan isteri-isteri (atau suami-suami) kamu, dan kaum keluarga kamu,
dan harta benda yang kamu usahakan, dan perniagaan yang kamu bimbang akan merosot,
dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, -

(jika semuanya itu) menjadi perkara-perkara yang kamu cintai lebih daripada Allah dan RasulNya dan (daripada) berjihad untuk agamaNya, maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusanNya (azab seksaNya); kerana Allah tidak akan memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik (derhaka).


Say: If it be that your fathers, your sons, your brothers, your mates, or your kindred; the wealth that ye have gained; the commerce in which ye fear a decline: or the dwellings in which ye delight - are dearer to you than Allah, or His Messenger, or the striving in His cause;- then wait until Allah brings about His decision: and Allah guides not the rebellious. 



Sesungguhnya Allah yang mewajibkan kepadamu beramal dan menyampaikan Al-Quran
sudah tentu akan menyampaikan engkau lagi kepada apa yang engkau ingini dan cintai.

Katakanlah (kepada yang menentangmu):
"Tuhanku amat mengetahui akan sesiapa yang membawa hidayah petunjuk
dan sesiapa pula yang berada dalam kesesatan yang nyata ".

Verily He Who ordained the Qur'an for thee, will bring thee back to the Place of Return. Say: "My Lord knows best who it is that brings true guidance, and who is in manifest error."
 

Dan ketahuilah!
Bahawasanya dari kalangan kamu ada Rasulullah
maka janganlah kemahuan atau pendapat kamu mendahului pentadbirannya;
kalaulah ia menurut kehendak kamu dalam kebanyakan perkara, tentulah kamu akan mengalami kesukaran;

akan tetapi Rasulullah tidak menurut melainkan perkara yang diwahyukan kepadanya, dan kamu wahai orang-orang yang beriman hendaklah bersyukur kerana Allah menjadikan iman suatu perkara yang kamu cintai serta di perhiaskannya dalam hati kamu,
dan menjadikan kekufuran dan perbuatan fasik serta perbuatan derhaka itu:
perkara-perkara yang kamu benci;

mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang tetap menurut jalan yang lurus; -

And know that among you is Allah.s Messenger. were he, in many matters, to follow your (wishes), ye would certainly fall into misfortune: But Allah has endeared the Faith to you, and has made it beautiful in your hearts, and He has made hateful to you Unbelief, wickedness, and rebellion: such indeed are those who walk in righteousness;- 


 
Sedarlah wahai orang-orang yang lalai.
Sebenarnya kamu tidak ingatkan kesudahan kamu
bahkan kamu sentiasa mencintai (Kesenangan dan kemewahan dunia) yang cepat habisnya.

Nay, (ye men!) but ye love the fleeting life,  

 
Sesungguhnya orang yang menentangmu  itu sentiasa mencintai
kesenangan dan kemewahan dunia yang cepat habisnya,
serta mereka membelakangkan
tidak menghiraukan bekalan untuk Hari Akhirat
yang amat berat penderitaannya kepada orang-orang yang tidak bertaqwa

As to these, they love the fleeting life, and put away behind them a Day (that will be) hard. 



Sila mohonkan Hidayah Allah, Dengar dan Taatlah kepada AlQuran, Semuga berjaya Mengharungi Dunia Permainan dan Senda Gurau ini, menukarkannya, menjadi Amalan Kebajikan daripada Orang Yang Percaya