image

image

Saturday, October 10, 2015

Mimpi dan Impian

Mimpi adalah Pengalaman sewaktu Tidur
Berdasarkan dalil AlQuran dan Sunnah ada 3 jenis/ perkara dari mimpi
1. Hidayah Perkhabaran daripada Allah, memberikan kekuatan pada peribadi yang bermimpi, mengukuhkan Jalan hidupnya menauhidkan Allaah
2. Gangguan Syaitan, akibat daripada peribadi yang tidak Ikhlas menauhidkan Allah, Tahu menyebut ayat ayat AlQuran tetapi tidak dapat mengambil pelajaran darinya
3. Hanyalah Igauan mainan tidur, akibat termasuk ke dalam hati, perasaan, tentang apa yang di baca, dilihat, dialami

Impian pula adalah berkaitan HOPE atau Harapan
Manusia kebanyakkan, tergantung Ilmu dan Pengetahuan serta pengalaman masing masing Atas Kepercayaan, sebagaimana Syurga dan Neraka, Hari Akhirat, Kebenaran daripada Allah, serta pengaruh dan tipu daya oleh Iblis dan Syaitan

Ke mana pun kamu hadapkan wajah mu, di situlah Wajah Allah
Demikianlah, Allahu itu Maha Halus dan Meliputi

Sesiapa yang Percaya kepada Kebenaran daripada Allah tentulah ,mahu menjadikan Kitab Allah itu sebagai Rujukan Utama dalam ia menjalani kehidupan di dunia yang fana ini

Kerana adanya Wajah Muhammad SAW bersama dalam Kehidupan semasa masing masing, memudahkan untuk Percaya, itulah menjadikan Muhammad SAW rindu kepada umat akhir zaman yang SEDAR dan menurut Tauladan yang Baik daripada peribadi Muhammad SAW
Cerita tentangnya ada didalam AlQuran, didalam Sirah nabawi, didalam Kisah Para sahabat, dan ada Ilmunya, kepada Ulamak Pewaris nabi SAW

Apa maksudnya, Pewaris?
Apa pula yang di warisi?

Itulah ya; Pada diri Muhammad SAW itu Adalah tauladan yang Baik bagi kalian

Kita tak boleh ikut suka aku nak buat apa pun, jika kamu suka ikut Tauladan Muhammad
Kecualilah kamu suka ikut tauladan Hamman dan Qarun, yang berbangga bangga dengan kebolehan sendiri, Dan inilah pengakuan sewaktu kalian membaca AlFatihah, berilah Petunjuk kepada kami, bukan jalan golongan zalim dan bukan jalan golongan Sesat, bukan Jalan Yahuda wan Nasara, .....

Buktikanlah dalam kehidupan sehari harian mu
Ingatlah ya, Dunia ini hanyalah Permainan dan senda gurau, Games and fashion, ihiks

Kecuali, kamu Percaya dengan Yakin, dan berbuat kebajikan amal soleh dan jariah

SubhanAllah wahdahu laasyarikalah

4 comments:

  1. Impian tanpa Keyakinan berdasarkan Ilmu Pengetahuan dari Allah itu, payah hendak membina diri kearah Yakin Hakikat Makrifat

    Syariat hanyalah Sababun
    semuga dapat memahami, dan menurut Tariqat yang suci
    dan Meningkat kepada dapat Hidayah melihat Hakikatnya
    dipelihara Allah dirimu dengan Makrifat bersama ilmuNya,

    Syariat, Tariqat, Hakikat dan Makrifat itu bersatu menauhidkan Allah
    InsyaAllah

    ReplyDelete
  2. Jika ada minat ada kehendak, Adalah Allah membantu, namun bagi manusia hanyalah dapat menyampaikan kebenarannya sahaja, hidayah itu Allah yang menyampaikan

    Namun selagi belum ikhlas, payahlah nak berbuat secara jujur, jauhlah dari nak bersyukur, selalu pula menurut nafsu syaitan

    Terpulanglah, begitu Allah menyatakan, Hiduplah sebagaimana kamu mahu hidup, ingat yang kamu akan mati
    Cintailah apa atau siapa pun yang kamu mahu cintai, ingat yang kamu pasti berpisah darinya, yang Kekal hanyalah di Akhirat, disini hanya sementara
    Buatlah apa pun yang kamu nak perbuat, Ingat balasan daripada Allah yang sepadan bagimu

    Semuga bila dah sedar dirimu itu Muslim, Hidayah Allah menemui kamu, agar kamu beroleh kebaikan

    ReplyDelete
  3. Apabila beramal, Janganlah mensia siakan peluang tersebut, Ingatlah Berbuat sesuatu hendaklah dengan Ilmu Pengetahuan kerana nanti di Akhirat, bukanlah lidah yang membuat pengakuan, sebaliknya, kaki tangan, kulit, yang membuktikannya

    Impian dirimu, hendaklah melalui Tauladan serta pelajarannya
    InsyaAllaah

    ReplyDelete
  4. inilah yang dikatakan, untuk Kejayaan itu memerlukan Kesungguhan

    Kesungguhan itu adalah Penuh Tekad
    Sepenuh dan sesempurnanya, di ikuti akan peraturan ibadah, agar dapat menjadikan amalan secara ikhlas menuju kejayaan

    Sebab inilah, setiap ayat ayat Allah kepada orang yang percaya adalah Gesaan agar beramal kebaikan

    subhanAllah

    ReplyDelete