Nafsu Ammarah adalah yang terhina
Marah itu daripada Syaitan
Syaitan itu ada yang daripada Jinn juga ada yang daripada Manusia
Syaitan ni, sifat Iblis yang tidak mahu tunduk kepada Perentah Allahu Taala
Baran itu sifat Marah yang Melampau
Dirinya di kuasai oleh Syaitan
Fatwa yang kita ni tak boleh menghina kebodohan lain orang, tidak patut mengeji kebodohan lain orang, kerana masa depan kita pun tak tahu, dan bagaimana mahu menghadapi kematian juga tidak diketahui, jadi lebih baiklah jagalah sahaja diri kita masing masing
Jika Marah itu daripada Syaitan, maka orang yang Marah Marah itu adalah yang melanggar perentah Allah, dan sebenarnya Marah kepada Allah yang menciptakan setiap sesuatu dan segala galanya sebagi Ujian kepada manusia dan Jinn
Kerana itulah; Mukmin itu tidak keluh kesah dengan apa yang berlaku, samada suami atau isteri atau anak anak atau saudara mara, kaum kerabat atau sahabat handai dan kawan rakan
Kamu tidak menanggong dosa lain orang
Teruskan lah menyampaikan Kebenaran dengan menjaga Kesucian Islam
Allah menyeru agar kita, kenang kenangkan kebaikan waktu bersama
Semuga dapat menerbitkan perasaan kasih sayang antara kita
Semuga dapat mengikhlaskan diri
Semuga mendapat Redha Allah
Jagalah diri kita sendiri
Jangan letak dalam situasi yang membinasakan
InshaAllah
No comments:
Post a Comment