image

image

Thursday, January 28, 2016

Kelemahan

Rasullullah SAW telah menakdirkan, Umatnya sekian sekian sewaktu hidupnya dulu
Kini kita dapat melihat apa yang telah di sabdakannya itu

Kini tak dapat diselindungkan lagi
Tauhid hanya di lidah sahaja
Dapat berhujah, men debate, sekadar tahu berkata namun amalnya tiada

Itulah kelemahan
yang berlaku dalam keluarga Umat muhammad SAW, Namun sesiapa yang dapat menghidupkan sunnah kebaikan dalam kehidupannya, dia lah yang terbaik

Kerana itulah, Allah menyatakan, Jagalah dirimu, dan ahli keluarga kamu, dari Neraka, yang bahan bakarannya, adalah manusia dan batu
Makhluk tiada kuasa menolak
Berharap Allah semestinya meyakini Allah, Allah SWT paling Tinggi, Teratas sekali, tiada yang melebihi Allah

Jadilah orang yang Berani, itu Allah lebih suka, Jauhi sifat Munafik, takut dengan Kafir
Ingatlah Lailahaillallah, tiada yang Lebih daripada Allah

Jika tak percaya, mintalah mati sekarang, kemudian tahulah dimanakah kedudukan kamu
Di Dunia semasa hidup, kamu boleh mengaburi perhatian orang dengan kepura puraan kamu, tetapi Allah itu Maha Pengetahuannya, Meliputi Kuasanya, tidaklah Allah melihat zahir perbuatan kamu, Allah mengetahui apa yang terkandung dalam Perut Ibu Mengandung, walaupun sains berkata mereka juga boleh tahu, namun sains tak dapat mengetahui, kenapa kandungan boleh hilang? kenapa boleh keguguran? SubhanAllah

Kerana tiada Mengenal Allah, diri menjadi Lemah, tiada Pegangan, subhanAllah
Masalah pula bertimpa timpa, Kebaikan Islam hanyalah dalam Kitab kitab sahaja, bukanlah dapat menjadikan Pakain Taqwa yang membacanya

Janganlah kamu letakkan dirimu didalam Kebinasaan
Keluarlah dari kemelut dunia, dan sila menuntut Ilmu Islam, utamakan Tauhid, walaupun ulamak tauhid sukar di temui, namun jika tulus hatimu mencari, Allah akan menemukan kamu kepada khalifahnya di dunia ini

SubhanAllah
Ini juga menjadi Peringatan kepada penulis agar dapat memahami AlQuran, insyaAllah

No comments:

Post a Comment