image

image

Tuesday, January 12, 2016

Mahukah MenambahBaik Dirimu

Adakah kalian merasakan Aman, Tenteram, dan semuanya kalian mampu hadapi dengan Kemudahan, maksudnya Tiada Kepayahan kerana kalian Mengetahui, ada Kaedah Ilmu mengatasi sekalian yang menjadi Ujian, Dugaan, Halangan dan PancaRoba

Kepada siapakah kalian Berharap?
Kepada siapakah kalian Berserah? Kepada Apakah Kalian berserah?

Adakah kalian Termasuk dalam Golongan: Ada Duit ada Kemampuan!
Tidak ada Hal bagi diri kalian

Bagaimana pula Aqidah Kepercayaan kalian?
Sudah sampai kepada diri kalian, dapat Percaya? dapat Memegang? Yakin? Cukup?

Bagaimana dengan Kenyataan: Esok mesti lebih baik dari ini hari: Mampu?
Orang Mukmin semestinya meningkatkan diri, Meningkatkan Kualiti Amal, Dapat sudah Khusyuk?
SubhanAllah

Tiap Tiap diri adalah Pemimpin
Lelaki itu Pemimpin bagi wanita, Ibu, isteri, anak anaknya
Ibu itu pemimpin bagi Anak anak suaminya, Apabila Berpoligami yang mendapat Barokah, pastilah anak anak itu ada beberapa orang IBU, Barokah itu Mendapat Kebahagiaan
Orang Lebih Tua itu Pemimpin kepada yang muda muda
Ketua itu memimpin ke arah kebaikan, Memberikan Kemudahan kepada rakyat bawahannya
Demikianlah jika orang itu mendapat Hidayah Taufik daripada Allah yang sentiasa bersama Orang Yang Solah dan Sabar, Solah dan Selawat, Selawat dan Salam, Keharmonian, Kebahagiaan, Kemudahan

Demikian jika Benar Pegangan kalian
Bahawa Allah SWT itu Memimpin dan Memelihara -  لا إله إلا الله
  
Keberkesanan Peribadi yang Benar Benar Berserah Diri kepada Allah dapatlah ia Nikmat Iman dan Islam,

Tentulah Kemudahan itu Menyertai Peribadinya Melaksanakan Segala Amal Ibadah

Dapatkah Kalian Kaedahnya 
Agar Berjaya Mencapai Amal Sedemikian
Jika ada Mursyid, dapatlah membantu kalian

Jadi Terpulanglah
Tepuk Dada tanyalah dirimu

Pada diri mu ada KebenaranNYA, kenapa kamu tidak mahu Berfikir

SubhanAllah

No comments:

Post a Comment