image

image

Friday, November 28, 2014

IMD- Masalah Masalah

Masaalah Keselamatan diri dan Harta

 1    Adakah anda bimbang dengan masaalah jenayah saperti rompak, ragut, rogol dan lain lain

 2    Adakah anda telah mengambil langkah sewajarnya melindungi harta benda anda dengan peralatan elektronik yang canggih dan ingin menambah dengan cara ilmu pelindung harta

 3    Adakah anda sudah memiliki ilmu pelindung diri dari perbuatan sihir manusia, bukan dengan memakai tangkal, azimat atau wafak. Pada diri kita Allah telah memberi ilmu pelindung diri (bukan dampingan atau khodam)
                      


6             Masaalah Perniagaan

1      Anda berniaga tetapi dagangan anda tidak laris walaupun barangan anda sedap, berkualiti dan seolah olah pelanggan anda tidak Nampak premis perniagaan anda

2      Anda ingin memajukan perniagaan anda dengan cara yang diredhai Allah.

Masalah apa sahaja boleh hilang apabila diri kita Ikhlas Lillahi
Inilah sebabnya dikatakan, Awaludin Makrifatulloh
Awal Agama mengenal Allah, utamakan ilmu tauhid

Silakan ya,

Thursday, November 27, 2014

IMD - ILMU

 "Sampaikanlah dariku (atas nama Muhammad SAW) , walau hanya satu ayat"

Kata Kata Hikmah Islam

Mencari Ilmu Pengetahuan itu wajib bagi setiap muslim, selalunya dikatakan, menuntut ilmu itu satu kewajipan ke atas Muslim

Sesungguhnya Ilmu itu memberikan kemuliaan kepada sesiapa sahaja yang menguasainya dan dapat meningkatkan Darjat seseorang kepada lebih tinggi

Sekiranya setiap hari yang mendatang tidak menambahkan ilmu dan mendekatkan diriku kepada Allah, tiadalah berkatnya padaku pada hari itu – selalunya dikatakan – hari ini lebih baik dari semalam

Sesiapa yang menjalani suatu jalan untuk menuntut ilmu, maka dianugerahkan Allah kepadanya Jalan ke Syurga

Sesungguhnya berjalan pergi mempelajari suatu bab dari Ilmu adalah lebih baik daripada bersembahyang sunat 100 rakaat – sebagai bukti, Ilmu dahulu sebelum beramal

Menghadiri Majlis Ilmu lebih utama daripada sembahyang sunat 1000 rakaat, menziarahi 1000 orang sakit dan bertakziah 1000 jenazah

Apabila mati seorang anak Adam, putuslah segala amal perbuatannya, kecuali tiga perkara, iaitu ilmu yang memberikan kebaikan, sedekah jariah dan anak anak yang soleh mendoakannya

Seorang lelaki yang mempunyai seorang hamba perempuan  kemudian di ajarkannya adab kesopanan dan kesempurnaannya pengajaran kesoapanan itu. Diajarkannya ilmu pengetahuan dan disempurnakannya pelajaran itu, kemudian di merdekakannya dan dinikahinya, maka lelaki itu mendapat dua pahala

Barangsiapa yang keluar dari rumah untuk menuntut Ilmu maka dia adalah fisabilillah sehinggalah dia pulang

Duduklah bersama sama Orang Besar (pemimpin) dan bertanyalah kamu kepada orang yang berilmu dan bergaullah dengan para cendekiawan

Berbahagialah orang yang beramal dengan ilmunya dan bersedekah dengan hartanya dan menahan diri dari perkataan yang tidak berguna

Tidak wajar bagi orang yang bodoh berdiri diatas kebodohannya. Dan tidak wajar bagi orang yang berilmu berdiam diri diatas ilmunya

Dakwat orang alim yang mukmin lebih mulia dari darah orang syahid
Yang binasa dari Umat Muhammad saw ialah orang berilmu yang zalim dan orang beribadat yang bodoh. Kejahatanyang paling jahat ialah kejahatan orang yang berilmu dan kebaikan yang paling baik ialah kebaikan orang yang berilmu

Sesiapa yang ditanya tentang sesuatu Ilmu lalu dia menyembunyikannya (tidak mahu menerangkannya) maka balasannya di kekang dirinya oleh Allah dari kekangan api  Neraka
Manusia itu harus menjadi dua golongan, iaitu golongan yang berilmu dan golongan yang belajar, dan tidak ada kebaikan selain daripada dua golongan itu

Jadilah kamu orang yang Mengajar dan Belajar atau Pendengar atau Pencinta ilmu dan janganlah kamu menjadi orang yang tidak mengajar, tidak belajar, tidak suka mendengar pelajaran dan tidak menyintai ilmu agar kamu tidak di binasakan

Orang yang Berilmu adalah Pewaris Para Nabi

Segala sesuatu ada Jalannya, dan Jalan menuju Syurga adalah Ilmu

Sesiapa menghendaki dunia, maka dia harus mendapatkan ilmu, dan sesiapa menghendaki Akhirat, maka dia harus mencapainya dengan ilmu. Dan barangsiapa menghendaki keduanya maka dia harus mencapainya dengan Ilmu

Ilmu itu simpanan dan kuncinya Pertanyaan. Maka bertanyalah, Allah memberikan Rahmat kepadamu. Sesungguhnya di beri pahala dalam empat hal: Orang Yang Bertanya, Orang Yang Mengajar, Orang Yang Mendengar dan Orang Yang Menyintai mereka itu

Makrifat adalah modalku, akalfikiran adalah sumber kehidupanku, cinta adalah dasar hidupku, rindu adalah kenderaanku, berzikir adalah kawankaribku, keteguhan adalah perbendaharaanku, duka adalah kawanku, ilmu adalah senjataku, ketabahan adalah pakaianku, kerelaan adalah sasaranku, faqir adalah kebanggaanku, menahan diri adalah pekerjaanku, keyakinan adalah makananku, kejujuran adalah perantaraanku, ketaatan adalah ukuranku, berjihad adalah sikapku, hiburanku adalah ketika dalam sembahyang

ULASAN
hendaklah kita mengujudkan kecintaan kepada Ilmu Islam, semuga kita mendapat Hidayah Allah mendekatiNYA, dan hidup Hatimu mengingatinya

Kata kata hikmah ternyata di atas kebanyakannya adalah anjuran sunnah, daripada sirah Rasulullah saw, jika sesiapa yang memahaminya, tahulah diri mereka akan kehendak Allah mengutamakan Ilmu sebelum beramal, semuga Allah memimpin kamu kepadaNya

Ilmu Islam terutamanya Tauhid itu dapat Merawat diri sesiapa yang Ikhlas lillahi

InshaAllah 



Wednesday, November 26, 2014

IMD - Masalah Kesihatan

Masaalah Kesihatan

 1 Adakah anda mempunyai ibubapa atau saudara mara anda yang mengalami masaalah kesihatan dan terlantar sakit walaupun sudah berubat secara moden dan tradisional

 2 Adakah anda mengetahui bahawa anda,ibu bapa atau saudara mara anda memiliki saka/ gangguan atau penyakit ganjil yang berkaitan denganya.

3 Adakah anda sudah berubat dengan pelbagai cara, tapi masih mengalami masaalah kesihatan yang sama

4 Adakah anda menghidapi penyakit penyakit saperti kanser, leukemia dan sudah berubat secara perubatan moden dan ingin mencuba cara penyembuhan dengan ilmu merawat diri

5. Adakah anda terlantar koma dan kaku, tinggal tulang, tak dapat bergerak, semuanya Kafarah pada diri, marilah, kembalilah kepada Allah. Inhgatlah Allah Maha Kuasa atas Setiap Sesuatu


Belum cuba belum tahu, sudah kenal akan setia padaNya, sebagai buktimcinta, tahkut jika di lupakannya, berharap dalam pelukan asmaranya, cinta sebenarNya hakikat syahadah

subhanallah

silakan jika mahu mencuba, e mail ke nuranugerah@hotmail.com
atau telefon 0132611778, atau 0196313202

Bukan kamu yang melontar tatkala kamu melontar, AKU lah jika kamu Sedar, bahagialah dirimu

HakIkat Solah

AQ  Surah Toha Ayat 14 “Sesungguhnya Aku ini adalah Allah, tidak ada Tuhan (yang hak) selain Aku, maka sembahlah Aku dan dirikanlah solat untuk mengingat Aku."

Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud :

“Solat itu adalah tiang agama. Maka sesiapa yang mendirikannya , sesungguhnya ia menegakkan agamanya dan sesiapa yang meninggalkannya ia telah merobohkan agamanya.”

Kata Abdullah bin Mas’ud: “Ada sekali aku tanyakan kepada Rasulullah, amalan yang manakah paling disukai oleh Allah. Baginda menjawab : "Mendirikan solat". Kemudian aku bertanya lagi, "yang mana pula selepasnya". Baginda menjawab : "Menghormati ibu bapa". Aku tanya lagi : "Selepas itu apa pula?" Baginda menjawab : "Jihad pada jalan Allah.”

Dalam satu hadis lain, Rasulullah bersabda: “Sesungguhnya perkara yang mula dihisab dari amalan manusia pada hari kiamat nanti ialah solat (fardu yang lima).”

Hakikat solat itu, bagi diri yang mengamalkannya, mendirikan solat dengan ketulusan, dapatlah solat itu mencegah dirinya daripada berbuat Keji dan Mungkar. Demikian jika diri itu Ikhlas, mendapat Redha Allah dan Hidayah Allah serta barokahNya dapat pada dirinya

Jika ada yang bertanya, dalam usaha mencari Redha Allah, itulah jawapannya ya, Redha Allah hadir kepadamu jika kamu mendirikan solat dengan ketulusan, Ingati Allah

Hakikat solat itu, ialah menauhidkan Allah
Hakikatnya jika sampai kepadamu Hidayahnya, dapatlah kamu kebaikan dan barokahnya
Dapatlah kebaikan padamu

Seperti mana yang dinyatakan oleh Ibnu A’syur, di dalam kitab Maqasid al-Syariah, bahawa setiap kefarduan yang diwajibkan ke atas setiap mukalaf, manfaatnya kembali kepada pelaksananya. Dalam persoalan solat, Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud: "Bacalah serta ikutlah (Wahai Muhammad) akan apa yang diwahyukan kepadamu daripada al-Quran, dan dirikanlah solat (dengan tekun); sesungguhnya solat itu mencegah daripada perbuatan yang keji dan mungkar; dan sesungguhnya mengingati Allah adalah lebih besar (faedahnya dan kesannya); dan (ingatlah) Allah mengetahui akan apa yang kamu kerjakan."

(Surah al-Ankabut: 45).

Maksudnya solat dapat mencegah manusia daripada melakukan perkara yang keji dan mungkar. Perkara keji dalam ayat ini apa-apa perbuatan yang boleh mendatangkan kemurkaan Allah s.w.t. Ini bermakna solat dapat mengubah orang daripada keras hati menjadi lembut hati, daripada bengis menjadi penyayang, daripada malas menjadi rajin, daripada berdusta menjadi jujur dan sebagainya sifat-sifat terpuji yang akan terbentuk dengan solat.

Dirikan solat dengan ketetapan, dengan Istiqomah, Berterusan, bersungguh sungguh , dengan tulus mulus, sesuci hatimu, kebaikannya dapat kembali padamu, beruntunglah kamu

InshaAllah


Tuesday, November 25, 2014

IMD- Gangguan Pada Diri

              Masaalah Gangguan pada diri

 1 Adakah anda selalu terasa berdebar debar dan mudah terperanjat

 2 Adakah anda selalu terasa was was, keraguan dalam hati atau fikiran dan selalu berubah fikiran

3  Adakah anda selalu terasa malas, letih ,lemah dan mengantuk dan terasa hampir pitam

4 Adakah anda selalu bermimpi berjumpa binatang buas saperti ular, harimau,buaya dan mimpi buruk

5  Adakah anda sukar tidur diwaktu malam, apabila terjaga susah nak tidur kembali

6 Adakah anda terasa sejuk pada kaki,bisa tulang, lutut dan badan terasa seram sejuk

7 Adakah anda selalu terasa lapar dan makan banyak tapi badan anda kurus

8  Adakah anda seorang yang panas baran

9  Adakah anda selalu terasa sakit kepala, migrane

10 Adakah anda mengalami kemurungan, gila babi, sawan

11Adakah anda sukar mendapat jodoh,berkawan tapi sekejab sahaja 

Segala masalah yang mendatangi manusia, seperti di nyatakan dari point 1 hingga point 11 di atas adalah akibat gangguan syaitan, gangguan jin dan bunian, gangguan Nafsu dan perasaan
Akibat diri yang belum berjaya mengikhlaskan diri kepada Allah
Akibat diri tidak mengenali Allah, Tidak Yakin kepada Allah, dan Tidak mendapat Hidayah Allah
Nafsu dan bersangka sangka akibat tidak mempunyai Ilmu Islam, dan Akibat dari tipudaya syaitan

Untuk keluar dari masalah demikian, wajiblah menuntut Ilmu Tauhid dan jika berjaya mendalami tauhid, Yakin sepenuhnya dengan Allah, selamatlah daripada  sebarang gangguan. Silakan rujuk Sirah Rasulullah, tentulah kalian akan mengerti dan dapat memahami perkataan ini

InshaAllah kami tahu punca, Kami juga tahu kaedah merawatnya, dan dapat memberikan ilmu kepada sesiapa yang mahu dan mendapat Hidayah Allah, silakan e mail kepada nuranugerah@hotmail
atau jika ada kuasa dapatlah telefon 0132611778 atau 0196313202 bertanyalah, ada ilmunya jika sudi, datanglah bertamu, inshaAllah

Monday, November 24, 2014

IMD- Masalah Pekerjaan

Masaalah Pekerjaan

1 Adakah anda bermasalah ditempat kerja, kurang minat bekerja, malas dan bertangguh dalam urusan kerja - Penyakit atau masalah ini sering menjelma di kalangan sesiapa saja yang tidak punya Ilmu Tauhid, tak dapat Hidayah Allah, tidak Ikhlas menauhidkan Allah. 

Inilah punca kelemahan manusia yang lahirnya Islam, tetapi salah pilih dalam menuntut Ilmu hanya menurut telunjuk semasa yang di sukai manusia kebanyakan, sedangkan Ilmu Islam yang pertama ialah Fardhu Ain, seterusnya mendalaminya, agar awaludin makrifatulloh. Kerana tiada hidayahNya memimpin itulah setiap yang mendatang hanya menjadi beban masalah, tidak tahu untuk menilai dan memilih kebaikan, agar dapat keluar dari masalah

Seterusnya maslah kepada yang ada sijil, dploma, degree, tidak dapat membawa kebaikan pada diri. Yang ada nampak kebaikan pula, terlalu mengingat Prestasi diri, kemampuan diri, tak ada ingatan, Allah menghidyahkan dan mengizinkannya, Jadi apakah benar kita punya diri Muslim, sekiranya tidak ingat dan mahu Berserah Allah sebulat bulatnya?


2 Adakah Anda tidak disukai rakan rakan sejawat tanpa anda ketahui sebab sebabnya
  Jika sudah puasa kamu berfikir, dan mencari Jalan, namun suasana yang kamu tempuh seperti itu juga, ketahuilah ya, kamu belum ada Ilmu yang Benar tentang Allah, itu sebab kamu tidak dapat Ingat dan memohon kepada Allah kebaikan, agar dirimu tidaklah selalu berfikiran negatif berpanjangan.


Hanyalah Ilmu Tauhid dapat menenangkan diri,  Tenteram jiwa yang mengingat dan menyebut Allah
Dunia hari ini, melalaikan pendidikan tauhid, akibat ketiadan guru, alim ulamak, sebahagiannya di matikan oleh Allah, sebahagian lagi duduk di hujung hujung kampung, jika tak ada berfikir dan mahu mencari, tiada pimpinan Allah, sukarlah menemui

Silakan bermohon kepada Allah, yakinlah, sesiapa yang berjalan kepada Allah, AKU berlari kepada mu, tentulah lebih cepat mendapat hidayahnya sekiranya tidak syirik, tidak menyengutukan Allah dengan selainnya. InshaAllah ya

3 Adakah Anda sudah lama bekerja tapi masih di  tahap yang sama walau pun rakan anda sudah naik pangkat - Berdasarkan laporan Prestasi, serta hubungan diri dengan majikan, Pegawai Atasan dan rakan seperjuangan, jika kamu Ingat Rezeki dari Allah, dalam hal usha ikhtiar kita ada berbagai jalan untuk mencapainya. Sepatutnya menjadi Muslim, wajiblah senantiasa berserah Allah dan memohon kebaikan, dengan dirimu mengamalakan kebaikan kepada semua


InshaAllah ya

Topik ini hanyalah mendetails kan apa yang sudah di catatkan di topik Ilmu Merawat Diri
Hanyalah Ilmu Tauhid yang dapat merawat diri. Namun ilmu tauhid itu hanyalah bila diri Yakin menetap dan Jitu, mudahlah jalanmu

Sebagaimana terdahulu  jika Ingin bertanya, silakan e mail: nuranugerah@hotmail.com
Jika  ada kuasa boleh menelefon silakan telefon 0132611778 atau 0196313202

subhanallah wahdahu la syarikalah




Friday, November 21, 2014

الوراق

Tingkat-tingkat Warak

Perentah Allah adalah agar manusia yang percaya bertaqwa, dan berbuat kebaikan, melepaskan hajat orang lain, beramal soleh dan sebagainya

Dan Warak itu milik peribadi yang sudah bertaqwa, yang mana ia beramal menurut kehendak Allah dan RasulNya, Sebelum mencapai Taqwa, hanyalah langkahnya berawas diri dalam menuju tingkatan Taqwa



Menurut Imam al-Ghazali dalam kitab Ihya' 'Ulumiddin pada bab Ilmu Pengetahuan, warak terdiri daripada 4 tingkat:

1.    Tidak melakukan perkara yang jelas haramnya. Ini tingkat biasa.
Berdasarkan keterangan Allah, yang Halal itu nyata, yang haram itu nyata, maka Islam itu mudah, kata ibnu Kathir, jika kamu melakukan yang Wajib sahaja, itu memberikan maksud Islam itu mudah, mudahnya sekiranya kamu melaksanakan segala kewajipan kamu

2.    Tidak juga melakukan perkara yang meragukan (syubhat). Ini tingkat orang-orang soleh.
Sekiranya sudah mahirlah peribadi melakukan segala yang di wajibkan ke atasnya, tentulah akan menjadi automatic hidayah Allah memimpinnya agar tidak masuk ke dalam yang syubhah, itulah Hidayah Allah memimpinnya melakukan amalan soleh

3.    Tidak juga melakukan perkara yang halal tetapi dikhuatiri terbawa kepada yang haram. Ini tingkat orang-orang muttaqin.
Takut melakukan yang Halal itu adalah kerana, bahayanya nikmat Allah dalam kesenangan, lalai untuk mensyukurinya, kerana Allah juga menyatakan, manusia bila sudah terantuk baru dapat merasa, kerana ini ujian kepayahan di datangkan oleh Allah, perentahnya agar mukmin Jangan Melampau

4.    Berpaling (meninggalkan) selain kepada Allah Taala. Kerana takut terpakai meskipun sesaat umur kepada yang tidak mendatangkan faedah, sekalipun perkara itu tidak akan membawa kepada yang haram. Ini tingkat orang-orang siddiqin.
Bila kita masuk ke dalam sistem Demokrasi, payahlah untuk kita keluar darinya, kerana itulah banyak masalah di tempuhi oleh parti Islam. Kerana itulah ada kata kata mereka hanya menggunakan Islam untuk kepentingan mereka sahaja. Syirik dan bermakna kita ikut telunjuk kesesatan apabila kita masuk bersama sama dalam sistem demokrasi, kita sambut dengan berdoa bila merdeka, sebenarnya kita mendokong Syirik, murtad, zalim, kerana tidak meletakkan hukum hakam Allah di atas kehidupan kita, Kerana inilah walaupun masyur di gelar alim ulamak, tetapi adakalanya, mengeji, menuduh dengan prasangka, tidak dapat menjadi Siddiqin

Silakan ya, sebab inilah Warak itu di atas daripada Taqwa
Dan Warak juga adalah langkah langkah sebelum mencapai Taqwa,
yakni berawas awas, agar tidak masuk dalam gerakan syirik yang sesat dan sekadar menjadi Permainan dan senda gurau sahaja, sia sia lah Kehidupan sebegitu