image

image

Friday, November 21, 2014

الوراق

Tingkat-tingkat Warak

Perentah Allah adalah agar manusia yang percaya bertaqwa, dan berbuat kebaikan, melepaskan hajat orang lain, beramal soleh dan sebagainya

Dan Warak itu milik peribadi yang sudah bertaqwa, yang mana ia beramal menurut kehendak Allah dan RasulNya, Sebelum mencapai Taqwa, hanyalah langkahnya berawas diri dalam menuju tingkatan Taqwa



Menurut Imam al-Ghazali dalam kitab Ihya' 'Ulumiddin pada bab Ilmu Pengetahuan, warak terdiri daripada 4 tingkat:

1.    Tidak melakukan perkara yang jelas haramnya. Ini tingkat biasa.
Berdasarkan keterangan Allah, yang Halal itu nyata, yang haram itu nyata, maka Islam itu mudah, kata ibnu Kathir, jika kamu melakukan yang Wajib sahaja, itu memberikan maksud Islam itu mudah, mudahnya sekiranya kamu melaksanakan segala kewajipan kamu

2.    Tidak juga melakukan perkara yang meragukan (syubhat). Ini tingkat orang-orang soleh.
Sekiranya sudah mahirlah peribadi melakukan segala yang di wajibkan ke atasnya, tentulah akan menjadi automatic hidayah Allah memimpinnya agar tidak masuk ke dalam yang syubhah, itulah Hidayah Allah memimpinnya melakukan amalan soleh

3.    Tidak juga melakukan perkara yang halal tetapi dikhuatiri terbawa kepada yang haram. Ini tingkat orang-orang muttaqin.
Takut melakukan yang Halal itu adalah kerana, bahayanya nikmat Allah dalam kesenangan, lalai untuk mensyukurinya, kerana Allah juga menyatakan, manusia bila sudah terantuk baru dapat merasa, kerana ini ujian kepayahan di datangkan oleh Allah, perentahnya agar mukmin Jangan Melampau

4.    Berpaling (meninggalkan) selain kepada Allah Taala. Kerana takut terpakai meskipun sesaat umur kepada yang tidak mendatangkan faedah, sekalipun perkara itu tidak akan membawa kepada yang haram. Ini tingkat orang-orang siddiqin.
Bila kita masuk ke dalam sistem Demokrasi, payahlah untuk kita keluar darinya, kerana itulah banyak masalah di tempuhi oleh parti Islam. Kerana itulah ada kata kata mereka hanya menggunakan Islam untuk kepentingan mereka sahaja. Syirik dan bermakna kita ikut telunjuk kesesatan apabila kita masuk bersama sama dalam sistem demokrasi, kita sambut dengan berdoa bila merdeka, sebenarnya kita mendokong Syirik, murtad, zalim, kerana tidak meletakkan hukum hakam Allah di atas kehidupan kita, Kerana inilah walaupun masyur di gelar alim ulamak, tetapi adakalanya, mengeji, menuduh dengan prasangka, tidak dapat menjadi Siddiqin

Silakan ya, sebab inilah Warak itu di atas daripada Taqwa
Dan Warak juga adalah langkah langkah sebelum mencapai Taqwa,
yakni berawas awas, agar tidak masuk dalam gerakan syirik yang sesat dan sekadar menjadi Permainan dan senda gurau sahaja, sia sia lah Kehidupan sebegitu

2 comments:

  1. Bila diri sesiapa sahaja, tidak mengerti, tidak dapat menilai kebenaran Islam, tidak mendapat hidayah Allah dan tidak mengambil pelajaran daripada Kitab Allah, AlQuran, mudahlah melakukan Bidaah, dan masuk ke Dalam Permainan dan Senda gurau, itulah bukti, bahawa dirinya belum beroleh Ikhlas, juga bukti bahawa dirinya menjadikan syaitan kawan karibnya sedang dia menyangka melakukan kebenaran

    Semuga mahulah berfikir, dan mahulah menjaga kesucian Islam, dan menjauhi Persangkaan, sentiasalah Ingat Allah dan sucikan hatimu, sembahlah Allah dengan ketulusan, semuga di pimpin Allah menuju Iman dan dapatlah kemudahan beramal soleh

    Kejayaan hanyalah bilamana dapat Taat Perentah Allah, menurut cara Rasulullah SAW, semuga dapatlah dirimu berawas selalu, menjaga kesucian Islam, hendaklah dirimu Jujur berjuang menegakkan kalimah Allah, tiada ilah, kecuali Allah

    subhanAllah

    ReplyDelete
  2. kunun kunuk nak Warak, tapi tak jadi jadi bila mengeji, menuduh lain orang
    tak sedar kesalahan itu atas tangan sendiri, masalah menimpa diri atas tangan sendiri, kunun kununlkah mengetahui Tauhid namun perangai tak menentu, subhanallah

    hendaklah kehendak diri mahu ikut sunnah muhammad saw sebab tu buka sekolah agama, buka pondok pengajian, tetapi tetap juga sebagi munafik akibat kelakuan dan perangai sendiri, menyangka diri tahu segala

    ikut perangai manusia kebanyakan, jadinya, yang ramai bersangka dan mengeji kebodohan lain orang, semuga Allah menghidayahkan mereka, Rahmat dan kemuliaan, inshaAllah

    tak sedar duduk didalam permainan dan senda gurau, leka menuduh dan mengeji lain orang, sedangkan diri sendiri lalai menauhidkan Allah, tak juga juga sedar, akibat di perdayakan syaitan

    sebagai bukti, dan tanda, belum Ikhlas kepada Diri kepada Allah

    semuga ada lah mahu berfikir dan memohon ampun kepada Allah
    kepada manusia, maafkanlah dan memaafkan, serta memberi kemaafan itu lebih utama, subhanallah

    sesiapa yang bertaqwa dengan sebenar benar taqwa, dan ber tawakkal kepada Allah dengan tulus suci, ikhlas, Allah akan memeberikan jalan keluar yang tak terfikirkan oleh diri

    InshaAllah

    ReplyDelete