"Sampaikanlah dariku (atas nama Muhammad SAW) , walau hanya satu ayat"
Kata Kata Hikmah Islam
Mencari Ilmu Pengetahuan itu wajib bagi setiap muslim, selalunya dikatakan, menuntut ilmu itu satu kewajipan ke atas Muslim
Sesungguhnya Ilmu itu memberikan kemuliaan kepada sesiapa sahaja yang menguasainya dan dapat meningkatkan Darjat seseorang kepada lebih tinggi
Sekiranya setiap hari yang mendatang tidak menambahkan ilmu dan mendekatkan diriku kepada Allah, tiadalah berkatnya padaku pada hari itu – selalunya dikatakan – hari ini lebih baik dari semalam
Sesiapa yang menjalani suatu jalan untuk menuntut ilmu, maka dianugerahkan Allah kepadanya Jalan ke Syurga
Sesungguhnya berjalan pergi mempelajari suatu bab dari Ilmu adalah lebih baik daripada bersembahyang sunat 100 rakaat – sebagai bukti, Ilmu dahulu sebelum beramal
Menghadiri Majlis Ilmu lebih utama daripada sembahyang sunat 1000 rakaat, menziarahi 1000 orang sakit dan bertakziah 1000 jenazah
Apabila mati seorang anak Adam, putuslah segala amal perbuatannya, kecuali tiga perkara, iaitu ilmu yang memberikan kebaikan, sedekah jariah dan anak anak yang soleh mendoakannya
Seorang lelaki yang mempunyai seorang hamba perempuan kemudian di ajarkannya adab kesopanan dan kesempurnaannya pengajaran kesoapanan itu. Diajarkannya ilmu pengetahuan dan disempurnakannya pelajaran itu, kemudian di merdekakannya dan dinikahinya, maka lelaki itu mendapat dua pahala
Barangsiapa yang keluar dari rumah untuk menuntut Ilmu maka dia adalah fisabilillah sehinggalah dia pulang
Duduklah bersama sama Orang Besar (pemimpin) dan bertanyalah kamu kepada orang yang berilmu dan bergaullah dengan para cendekiawan
Berbahagialah orang yang beramal dengan ilmunya dan bersedekah dengan hartanya dan menahan diri dari perkataan yang tidak berguna
Tidak wajar bagi orang yang bodoh berdiri diatas kebodohannya. Dan tidak wajar bagi orang yang berilmu berdiam diri diatas ilmunya
Dakwat orang alim yang mukmin lebih mulia dari darah orang syahid
Yang binasa dari Umat Muhammad saw ialah orang berilmu yang zalim dan orang beribadat yang bodoh. Kejahatanyang paling jahat ialah kejahatan orang yang berilmu dan kebaikan yang paling baik ialah kebaikan orang yang berilmu
Sesiapa yang ditanya tentang sesuatu Ilmu lalu dia menyembunyikannya (tidak mahu menerangkannya) maka balasannya di kekang dirinya oleh Allah dari kekangan api Neraka
Manusia itu harus menjadi dua golongan, iaitu golongan yang berilmu dan golongan yang belajar, dan tidak ada kebaikan selain daripada dua golongan itu
Jadilah kamu orang yang Mengajar dan Belajar atau Pendengar atau Pencinta ilmu dan janganlah kamu menjadi orang yang tidak mengajar, tidak belajar, tidak suka mendengar pelajaran dan tidak menyintai ilmu agar kamu tidak di binasakan
Orang yang Berilmu adalah Pewaris Para Nabi
Segala sesuatu ada Jalannya, dan Jalan menuju Syurga adalah Ilmu
Sesiapa menghendaki dunia, maka dia harus mendapatkan ilmu, dan sesiapa menghendaki Akhirat, maka dia harus mencapainya dengan ilmu. Dan barangsiapa menghendaki keduanya maka dia harus mencapainya dengan Ilmu
Ilmu itu simpanan dan kuncinya Pertanyaan. Maka bertanyalah, Allah memberikan Rahmat kepadamu. Sesungguhnya di beri pahala dalam empat hal: Orang Yang Bertanya, Orang Yang Mengajar, Orang Yang Mendengar dan Orang Yang Menyintai mereka itu
Makrifat adalah modalku, akalfikiran adalah sumber kehidupanku, cinta adalah dasar hidupku, rindu adalah kenderaanku, berzikir adalah kawankaribku, keteguhan adalah perbendaharaanku, duka adalah kawanku, ilmu adalah senjataku, ketabahan adalah pakaianku, kerelaan adalah sasaranku, faqir adalah kebanggaanku, menahan diri adalah pekerjaanku, keyakinan adalah makananku, kejujuran adalah perantaraanku, ketaatan adalah ukuranku, berjihad adalah sikapku, hiburanku adalah ketika dalam sembahyang
ULASAN
hendaklah kita mengujudkan kecintaan kepada Ilmu Islam, semuga kita mendapat Hidayah Allah mendekatiNYA, dan hidup Hatimu mengingatinya
Kata kata hikmah ternyata di atas kebanyakannya adalah anjuran sunnah, daripada sirah Rasulullah saw, jika sesiapa yang memahaminya, tahulah diri mereka akan kehendak Allah mengutamakan Ilmu sebelum beramal, semuga Allah memimpin kamu kepadaNya
Ilmu Islam terutamanya Tauhid itu dapat Merawat diri sesiapa yang Ikhlas lillahi
InshaAllah
Kerana tak punya Pengertian dan tanpa Hidayah Allah maka kelakuan diri menjadi benci, kemudiannya mendendami, kemudiannya memulaukan, Banned, dan bersangka mengata mengeji, padahal diri sendirilah belum ada hidayahNya, akibat diri sendiri yang berdampingan syaitan tanpa sedar
ReplyDeleteLebih mudah mempercayai bisikan nafsu syaitan dirinya, daripada hendak mengikhlaskan diri hanya kepada Allah
Dalam hidup kita: You are what you belief, believe demikian juga maksud Allah,
Wahai orang beriman, Peliharalah dirimu, dan ahli keluarga kamu, daripada siksa api neraka, yang bahan bakarnya adalah batu dan manusia
Subhanallah wahdahu laa syarikalah
Sesiapa yang ada kehendak, ada kemahuan berfikir, ada kemahuan mencari, InshaAllah boleh bertemu kami
ReplyDeleteBoleh bersoal jawab, boleh bertanya, namun jika sudi mahu Ilmu, selepas itu, lebih banyak terbuka ilmunya
Apa apa pun jika ada bisikan nafsu, tak akan terbukalah Jalan mendekatiNya
silakan ya, mohonlah kepada Allah, menunjukkan Jalan yang Allah redha
jika dapat Ilmu tak mahu beramal, itu bukan salah Ilmu, salah diri sendiri lah ya
Even sesiapa yang hendak belajar Buddhism, pun mula mula sekali di beri Ingatan, jika tak ada kehendak hendak beramal, seperti panduan, lebih baik tak perlu mulakan,
apatah lagi jika ilmu kebenaran daripada Allah, Ilmu Islam, jika tahu tak beramal, itulah seperti BUIH, subhanAllah
patut lah org2 pada berbondong2 untuk denagr ceramah di surau sampai tidak sempat pun singgah menolong seekor anak kucing yg jatuh di longkang
ReplyDeleteKucing jatuh longkang hanya kelihatan oleh pejalan kaki, yang naik kereta dan motorsikal, tak sempat melihat, jadi maafkan mereka
ReplyDeletebila kita yang nampak, kita lah patut tolong, subhanAllah