image

image

Wednesday, November 5, 2014

MANusia

Manusia adalah Ciptaan Allah yang Terbaik - ada Zahir yakni tubuh fizikal, ada Bathin yakni Roh, Jiwa, Hati, akal, - apabila sampai tempoh nya, Roh meninggalkan Jasad, matilah manusia itu dan di kenal sebagai MAYIT

Pertama tama manusia adalah Adam - nabi - dan daripada keinginannya- ujudlah Hawa. Inilah maksud Allah menyatakan, manusia itu asalnya SATU, dari yang SATU

Manusia yang tidak menurut Islam, suka memberikan alasan, bahawa manusia itu lemah, hina, pelupa, tergesa gesa. Itu semua menurut dasar kejadian yang tanpa Ilmu. Satelah Allah menciptakan Adam A.S dan ALLAH memberikannya ILMU, maka meningkatlah Darjatnya, itu lah Allah perentahkan sekalian makhluk yang berkhidmat kepadaNYA untuk Sujud kepada Adam A.S
kecuali Iblis yang sombong (persangkaannya dia lebih baik daripada Adam A.S) dan di sebabkan peristiwa itulah, Iblis telah Kufur Nikmat dan di halau keluar dari SYURGA

Namun Iblis meminta tempoh hendak membuktikan yang manusia itu bukanlah makhluk Allah yang terbaik. Kerana inilah ISLAM mewajibkan umatnya Menuntut ILMU, dan Allah mengangkat Darjat Ilmuan, ke tingkatan yang lebih Tinggi, sesuailah dengan Islam yang Tinggi
Amal Ibadah Islam tidak dapat memberikan fazilat kepada diri jika tanpa Ilmu Pengetahuannya

Sila TELITIkan ya, ILMU apakah yang di WAJIBkan kita menuntutnya
Agar diri kita tidaklah seumpama BUIH, yang tidak dapat Sedar dan tidak dapat menambah baik diri

ILMU itu daripada Al ALIM yakni Yang Maha Mengetahui, yang bersifat Aliman dan sifat itu tidaklah terasing dari ZAT, bersatu TEGUH, bersedia, tiada kelemahan, SubhanAllah

Sesiapa yang menolong ALLAH, ALLAH akan meneguhkan Tapak Pendiriannya

Sesiapa yang di sesatkan oleh Nafsu Syaitannya, pilihannya sendiri, TIADA sesiapa dapat Hidayahkannya

ingatlah
Tiap tiap DIRI adalah Pemimpin, perhatikanlah, sekiranya beriman, Peliharalah Dirimu dan ahli Keluarga kamu daripada siksa api NERAKA yang bahan Bakarnya adalah manusia dan batu

Tuntutlah ILMU daripada Pewaris para nabi, kerana itulah Jalan Lurus, yang dapat Menjaga diri, menambahbaik diri dan dapat menolong lain orang - inilah juga maksud kena jaga Sanad dan Riwayat ilmu itu bagi memastikan kebenarannya - juga maksud wasilah ilmu - Rabbitah ilmu

untuk keluar dari alpa dan lalai, hendaklah Ingat akan ILMU, Ingat akan Allah, seboleh bolehnya, setiap kali Hela Nafas itu ada ALLAHnya, semuga dapatlah diri di peliharanya, menambah Kecintaan, dan mesranya, InshaAllah

Silakan ya

3 comments:

  1. Masya Allah.. satu penjelasan yang jelas... May Allah bless U.

    ReplyDelete
  2. Jika kita manusia tidak mahu Berfikir, tak dapat lah memilih Kebaikan
    Kita akan masuk ke dalam arus tanpa sempadan, menurut Hawa Nafsu sahaja, masuk kedalam Dunia permainan dan senda gurau

    Keutamaan menauhidkan Allah, Darjat meningkat bersama Allah, IlmuNya
    Tiada daya dan kekuasaan melainkan Allah ada bersama

    untuk SEDAR dan berINGAT itulah Kurniaan Hidayah Allah pada diri yang mahu Berserah secara Total kepada Allah, kepada Kebenaran, kepada Pelajaran daripada AlQuran, daripada Tauladan muhammad SAW

    jika ilmu yang di perolehi itu bukan daripada Pewaris Nabi, memungkinkan jatuh kedalam Permainan dan senda gurau, masuk kedalam golongan yang tidak menurut SUNNAH, sia sia sahaja amalannya

    jika fahamlah
    itu yang kena berkawan dengan orang alim yang warak
    itulah sahaja sahabat yang dapat membimbing ke arah yang ALLAH Redha

    inshaAllah ya

    ReplyDelete
  3. kepada manusia tidak mengira siapakah kamu, jika mahukan ILMU bolehlah kita bersua, silakan telefon 0196313202, samada lelaki atau wanita, islam atau non islam, ada kebaikannya

    namun harus diingat itu semuanya atas Izin Allah, Hidayah Allah lah menemukan kita

    sila buangkan persepsi negatif, persangkaan dan bisikan hati dari Nafsu kamu, inshaAllah ya

    cuba lah bermohon kepada Tuhan yang kamu percaya

    inshaAllah

    ReplyDelete