al Quran sebagai cermin diri
al Quran Kitab yang tiada keraguan padanya
menjadi Petunjuk kepada siapa yang hendak bertaqwa
wahyu pada asalnya kepada Muhammad SAW, adalah Mukjizat kepadanya
yang masih kekal di jaga, sampai hari ini.
adalah ia, ILMU kebenaran, yang menjelaskan ciri ciri dan keutamaan amal, untuk menjadikan manusia dan jin, golongan yang bertaqwa
bagaimana cara untuk mendapat Taqwa, tentu saja ada keterangannya di dalam al Quran
demikianlah ia menjadi cermin bagi diri, yang mahu membina kehidupan menuju Taqwa, lihatlah ke dalam al Quran.
eGO diri pula berlaku, kerana diri belum berjumpa dengan Yang Maha Tinggi, lalu dia merasakan, dirinya lah yang tertinggi
sepertimana, Firaun zaman nabi Musa a.s. Haman dan Qarun, dan yang terutama sekali tentulah IBLIS, yang tak dapat merasakan kebesaran Allah, lalu engkar perentahNYa
kita manusia, boleh baca cerita mereka, dengan mengkaji al Quran, semuga kita idaklah mengikut, yang idak baik
orang yang mahu bertaqwa itu, saling tolong menolong, di dalam perkara kebajikan
maka lebih layak lah kita, tolong menolong, menyampaikan kebenaran, berpesan dengan sabar, dan ikhlas
Pilihan di tangan kita
No comments:
Post a Comment