image

image

Thursday, June 4, 2009

TAKdir dan PILIHan

ahlan wa sahlan, bagi yang sudi meneliti

satelah menjadi manusia, lahir ke bumi, bermulalah pilihan bagi setiap diri

dibentangkan di hadapan diri, peluang peluang tertentu, berdasarkan ..........kehendak dalam diri manusia itu. Demikianlah Allah idaklah hanya melihat zahir kita, Allaah Mengetahui apa yang terkandung di dalam diri kita.

Perlakuan zahir, adanya syariat, di utus akan Muhammad SAW untuk akhlak yang mulia, sunnah .....mereka yang berjaya, memilih............. .............Kami Dengar dan Taat.

kejayaan di dunia sahaja, kenalah cari ilmu dunia

mahu berjaya dunia Akhirat, kenalah cari ILMU TAUHID, semuga idaklah menjadi keluh kesah, resah gelisah dengan apa yang berlaku, dapatlah tenang menghadapinya.

Tanpa Ilmu Tauhid, kita gagal

segala-galanya di nilai, mahukah beriman, mahukah yakini, mahukah taati, mahukah ikuti ................terh impun segalanya dalam ILMU TAUHID

sebelum tahu berjalan, kenalah ada ilmu dulu, sebab tu belajar merangkak, atau terus berdiri dengan memegang sesuatu, atau berada dalam kerusi beroda, zaman kanak kanak dulu la...............

Ilmu terbit dari pengalaman diri, dan dengan melihat ke alam nyata, memikirkan kejadianNYA, satelah itu untuk mendapat ilmu lebih tinggi, kenalah bertanya kepada orang yang mengetahui.

Bila kita sebut 'siti' tentu saja terbayang wajahnya

bila kita sebut dan ingat Allaah, apa agaknya yg kita nampak, atau terbayang?

Takdir untuk manusia, adalah apa yang telah dipilih olehnya, kerana itulah, manusia di seru, supaya menuntut ILMU, maksudnya nanti dengan adanya ILMU, dapatlah ilmu menyuluh jalan .............dah tersuluh jalan, dapatlah memilih jalan terbaik kan , kan,

untuk kekuatan diri memilih yang terbaik itulah perlu kepada akal, yang mahu berfikir, dan diri yang ingat dan mentauhidkan Allaah, tentu saja yang dapat bertindak begitu, sebagai orang yang mempunyai 'HIKMAH'

hikmah itu dikatakan, 'barang' yang hilang dari dada umat kini, .................... .............disebab kan kelemahan ilmu tauhid, disebut sebagai, lemahnya IMAN

Tiba tiba terjadi pertemuan, itulah peluang, yang dibukakan oleh NYA, kepada kita dapatkah kita menilai, ianya pertemuan yang baik?! atau bagaimana?

beranikah mencuba......?

Ingatlah ...kesulitan yang menimpa diri kebanyakannya adalah akibat daripada kelemahan diri sendiri

bila kita sebut lemah, > ingatlah janji Iblis <>dapatkah kita melihat sebenar benarnya, untuk menghadapi hidup, ILMU apakah yang terutama? patut kita miliki.........agar usaha dan ikhtiar kita dapat memilih, amalan yang dapat membawa kesenangan di Akhirat di samping dunia, idaklah meresahkan kita.

yang satu dan Esa hanyalah Allaah, kemudian segala makhluk yang di ciptakannya satelah itu berkonsepkan 'dualiti' namun idaklah terhad sekadar itu sahaja, kerana Allaah, Dia tiada had yang menghalangnya, DIA MAHA KUASA ATAS SEGALA SESUATU

Konsep dualiti > sepertimana probability (kebarangkalian) 1. Dosa, 2. Pahala

seterusnya 1.1 dosa, 1.2. pahala seterusnya 2.1 pahala, 2.2 dosa,

selepas itu 1.1.1 dosa, 1.1.2. pahala dan 1.2.1 dosa, 1.2.2 pahala selanjutnya 2.1.1 pahala, 2.1.2 dosa dan 2.2.1 pahala 2.2.2 dosa ......

kita lihat dalam amalan seharian, ada diri yang terbabas dalam kejahatan, maksiat, di beri masa oleh Allaah - mahukah bertaubat! jika bertaubat, tadinya dosa kemudian pahala, jika tak mahu bertaubat kekallah dalam dosa.

ada pula diri berbuat kebaikan, tetapi sombong dan menunjuk nunjuklah pula, amalan menjadi rosak, begitulah seterusnya, sentiasa di uji, mahukah bertaubat, dan berbuat kebaikan, dengan ikhlas

Peluang tetap ada, tergantung kepada ilmu, dan niat, serta, tahap diri berserah kepada Allaah

IKHLAS adalah > La ilaha ill 'allaah

wasalam

No comments:

Post a Comment