Dlm sebuah hadis sahih yg diriwayatkan oleh Imam Muslim r.a. Drpd Abi Hurairah r.a. menceritakan,kata dia,"Kami bersama2 dgn sahabat,ikut Nabi s.a.w. dlm Perang Hunain. Kemudiannya Nabi s.a.w. kata kpd sahabat2 ttg satu org sahabat lain,yg mengaku dia org Islam,tapi Nabi s.a.w. kata pd sahabat2 yg lain bahwa dia ni ahli `neraka'." Apabila tercetusnya Perang Hunain,sahabat yg Nabi kata ahli neraka tadi,nampaknya,dia berjuang habis2an. Dan akibatnya,dia cedera parah. Apabila sahabat ni cedera parah,sahabat2 lain ingat dia dah mati,lalu mrk kata kpd Nabi,"Ya Rasulullah,dia tu yg kamu kata tadi ahli neraka, sesungguhnya semasa perang tadi, dialah org yg paling bersungguh2 berperang. Dan dia berperang sampai mati."...Tapi jawab Nabi,pendek saja,"Dia,pergi ke neraka."
Kata Abi Hurairah,"Maka,hampir2lah sebahagian drpd sahabat2 Nabi menjadi ragu2." Semasa sahabat2 Nabi berkata2 ttg sahabat yg dikatakan telah mati di medan
perang tadi,tiba2 datang satu berita yg mengatakan bahwa sahabat yg diperkatakan tadi,masih lagi hidup,tapi dlm keadaan cedera parah. Maka,apabila menjelang mlm,hamba ALLAH yg dikatakan ahli neraka ni,dia tidak sabar dgn sakit akibat kecederaan yg teruk yg dialaminya itu.Lalu dibunuh dirinya sendiri.Maka diberitahu oleh org kpd Nabi s.a.w.,berita ttg sahabat tu mati bunuh diri.Apabila mendengar berita itu,Nabi kata,"ALLAHUAKBAR.Dan aku naik saksi bahwa sesungguhnya aku hamba ALLAH,dan aku Rasulullah." Kemudian,Nabi s.a.w. panggil Bilal,dan Nabi suruh Bilal menghebahkan pd org ramai bahwa tidak boleh masuk Syurga melainkan org yg betul2 mempunyai hati yg tunduk kpd ALLAH SWT.Kemudian Nabi s.a.w. bersabda, "Sesungguhnya,ALLAH SWT menguatkan agama Islam ini,kadang2 dgn org yg jahat."
[ Maknanya hadis ini ialah tidak semestinya org yg berjuang utk ugama adalah org pasti akan mendapat sesuatu yg baik dikesudahan hidupnya. Jadi,kefahaman yg
kita dapat drpd hadis ini,ialah kita kena ambil iktibar krn kita tak tau kesudahan hidup kita macamana. Maka hadis inilah yg membuktikan bahwa kita ni manusia yg dhaif & lemah di depan ALLAH SWT,dan hadis ini jugak menjadi bukti kuat bahwa kita mesti
bergantung penuh kpd ALLAH SWT,supaya ALLAH memberi taufik/hidayah kpd kita,mudah2an kita hidup dlm Islam,mati dlm Islam dan dibangkitkan bersama2 org2 Islam. ]
kisah di sampaikan oleh ustaz di utara tanah air, terima kasih padanya
ReplyDelete