image

image

Tuesday, December 27, 2011

Mati hidup kembali

Soalan: Ustaz, suami saya telah kembali ke rahmatullah kira-kira tiga bulan yang lalu. Bagaimanapun sejak akhir-akhir ini ada sesuatu yang pelik berlaku pada diri saya, iaitu pada setiap malam arwah mendatangi dan bergaul dengan saya. Kemusykilan saya ;
i) Bolehkah suami yang telah kembali ke rahmatullah, mendatangi semula dan bergaul, sepertimana mereka hidup pada malam-malam hari sebelum kematiannya?
ii) Bolehkah ruh suami saya menziarahi anggota keluarganya, menziarahi rumah atau kampung halamannya?
iii) Apakah benar ruh orang yang sudah meninggal, boleh balik memasuki tubuh anggota keluarganya, seolah-olahnya boleh berinteraksi dengan orang hidup.
Hamimah Abdullah Banting, Selangor.



Jawapan:
Puan,
Menjawab soalan pertama, di sini ada dua episod daripada soalan ini, pertamanya, mendatangi isteri setelah suaminya meninggal iaitu ‘tidur bersama’, mungkin berlaku sebagai suatu mimpi indah atau keduanya, benar-benar berlaku dalam keadaan sedar dan yakin bahawa itu adalah suaminya yang terdahulu.
Kalau berlaku itu atas nama mimpi, memanglah ia sesuatu yang mungkin, lebih-lebih lagi berlaku kepada isteri yang amat menyayangi suaminya yang telah pergi menemui Allah lebih dahulu daripadanya.
Adapun mendatangi isteri dalam maksud ia benar-benar sedar dan yakin bahawa itu adalah suaminya maka ini adalah tidak mungkin dan tidak boleh berlaku kerana orang yang telah meninggal telah berpindah ke alam baqa’ – alamul khulud – yang bermula daripada kubur.
Hadis Nabi s.a.w menyebut (yang bermaksud),”Alam kubur itu adalah suatu tempat tinggal sementara, tempat berhenti daripada tempat-tempat yang akan dilalui, menuju ke alam Akhirat, alam kubur adalah sebahagian daripada alam barzakh, maka yang telah dimasukkan ke alam kubur akan berada di dalamnya sehingga hari Kiamat yang tidak mungkin boleh kembali ke alam dunia.”
Adapun yang berlaku setelah yang didakwa oleh banyak orang, khasnya kepada saya, puan mesti yakin bahawa itu bukanlah suami yang sebenar.
Kalaupun berlaku sungguh, ia akan berlaku, tetapi bukan daripada suami. Tetapi ia dilakukan oleh makhluk lain yang bernama Qareen. Qareen ini memang wujud, dalam al-Qurannul Karim, terdapat istilah Qareen ini sebanyak 12 kali. Misalnya kita merujuk kepada Surah as-Shaffaat, ayat 51 yang bermaksud, salah seorang daripada yang telah meninggal yang menghadapi balasan Allah S.W.T, mengakui dengan mengatakan bahawasanya, adalah pada diri saya dahulunya ada Qareen.
Qareen dalam tafsir seperti al-Qurtubi dan al-Maraghi, disebut sebagai kawan atau teman yang begitu rapat. Ertinya, insan yang menjadikan Qareen sebagai teman rapatnya maka dia telah mendapat sejahat-jahat teman. Qareen adalah satu jenis daripada jenis-jenis Jin ataupun Syaitan.
Pada umumnya, apabila manusia bersahabat dengan syaitan serta meminta tolong daripadanya dan berbagai-bagai lagi, maka jadilah dia Qareen. Oleh itu, selepas daripada kematian manusia, Qareen ini akan melakukan berbagai-bagai perkara yang tidak baik termasuklah dia boleh menganggu keluarga si mati dan mendatangi isterinya sebagaimana rupa suami terdahulu.
Oleh sebab itu puan tidak seharusnya mempercayai bahawa ‘dia’ adalah suami puan, kerana suami puan yang sebenarnya telah kembali ke rahmatullah.
Mengenai soalan kedua, orang yang telah meninggal dunia, ruhnya kembali kepada Allah S.W.T yang diistilahkan berada dalam alam Barzakh, ianya adalah alam Akhirat. Justeru insan yang telah pergi kepada-Nya tidak mungkin dan tidak boleh kembali ke alam dunia kerana Barzakh itu bermaksud pemisah atau penghalang. Ia seumpama sebuah tembok yang kukuh memisahkan di antara dua alam.
Maka orang yang telah kembali kerahmatullah atau kembali ke alam Barzakh ini, dia tidak boleh kembali. Dalam Surah az-Zumar, ayat 42 yang bermaksud, “Allahlah yang memisahkan nyawa dengan mati daripada makhluk-Nya dan memegang yang telah pasti mati ini dengan tidak membenarkannya kembali ke dunia.”
Ayat al-Quran lain ada menyebut,
“Bahawa selepas kematian, mereka akan kembali ke alam Barzakh sehinggalah kepada hari Kiamat.”

Banyak ayat al-Quran dan al-Hadis yang menunjukkan bahawa ruh si mati berada dalam suatu kepungan Barzakh yang tidak mungkin boleh kembali ke alam dunia. Sebagaimana kita ke alam dunia tidak boleh masuk ke alam Barzakh (tanpa ada sebab).
Logiknya kita lihat, kalaulah ruh orang yang telah mati itu boleh kembali ke dunia, boleh melakukan berbagai-bagai perkara, sudah tentu orang-orang yang telah meninggal itu seolah-olahnya tiada seksa kubur, tiada balasan dan seolah-olahnya mereka bebas ke sana ke mari.
Oleh itu, kita harus yakin bahawa ruh si mati tidak boleh kembali untuk menziarahi keluarganya, rumahnya atau sebagainya.
Kepada soalan ketiga, pada saya orang yang telah meninggal tidak boleh kembali ke dunia. Peninggalannya adalah peninggalan yang terakhir, sebab itu ia disebut kembali ke rahmatullah. Sama ada dia (si mati) berada dalam keadaan penuh dengan nikmat alam Barzakh yang bermula dari alam kubur, atau bermula dengan seksa kubur seperti yang sabit dalam nas-nas al-Quran dan as-Sunnah yang wajib diimani adanya azab kubur.
Dalam kedua-dua keadaan ini, si mati sudah tidak mungkin akan kembali ke dunia ini kerana dia berada dalam alam Barzakh.
Akan tetapi berlaku dalam dunia ini, orang mengatakan ruh orang mati, kembali ke dunia dan meminjam jasad-jasad yang tertentu yang jadi seperti orang kehilangan akal, bercakap dengan nada, irama dan kelakuan orang yang telah mati.
Daripada pengalaman saya, ada juga yang medakwa dirinya Nabi Khidir, Sheikh Abdul Qadir Jailani, Wali Songo dan sebagainya. Ada juga pihak tertentu yang mengubat orang, yang mengajar ilmu-ilmu yang didakwa kununnya diambil daripada orang yang telah mati.
Semuanya ini adalah tidak benar dan ditolak oleh Islam.
Seolah-olah wujudnya fahaman mengembalikan ruh, dalam istilah Arabnya disebut tanasuthil arwah – reincarnation -. Fahaman ini ada dalam fahaman Buddha, Hindu dan fahaman purba. Islam bersih daripada semua fahaman ini.
Umat Islam mesti beriman bahawa ruh adalah untuk dirinya sahaja dan tidak boleh masuk dalam diri orang lain. Satu jasad satu ruh, apabila dipisahkan, jasad akan tinggal di alam dunia, ruh kembali ke alam Barzakh.
Apabila tibanya nanti di hari Qiamat, jasad akan dijadikan semula dan ruh akan mencarinya untuk dihisabkan oleh Allah S.W.T. Alam Barzakh adalah suatu alam yang ditutup rapat.
Oleh kerana itu pada pandangan saya tidak timbul sama sekali manusia yang telah mati, ruhnya boleh menganggu atau menyakiti manusia.

 Dr Haron Din

Monday, December 12, 2011

Rawat dan Ilmu - Ubah diri


RAWATAN ALTERNATIF-TRADISIONAL

SE SUNGGUHNYA ALLAH SWT TELAH MENJADIKAN MANUSIA DAN MAKHLUKNYA YANG LAIN PENUH DENGAN RAHSIA YANG TERSEMBUNYI DAN KESAKTIAN DI DALAM DIRI KITA. DI BERINYA AKAL FIKIRAN KEPADA KITA UNTUK MENGKAJI RAHSIA RAHSIA KE UJUDAN KITA UNTUK MEMANFAATINYA DAN JUGA ILMU ILMU UNTUK KEGUNAAN DUNIA DAN AKHIRAT. 

ANTARANYA ILMU MENGUBAT DIRI SENDIRI.

ALHAMDDULILLAH  DIBERINYA ALLAH PERTUNJUK AKAN ILMU MENGUBAT DIRI SENDIRI YANG DIJAMIN TIDAK TERKELUAR DARI AKIDAH,SUNNAH,TIDAK MEMAKAI JIN ATAU MAKHLUK HALUS ATAU MEMAKAI BARANGAN, SEMUANYA SUDAH ADA PADA DIRI KITA UBATNYA.

Sesungguhnya di dalam diri kita ini ada bermacam macam organ saperti yang dapat dilihat dengan mata kasar saperti jantung, hempedu, limpa, hati, pancreas, usus, otak, paru paru, buah pinggang dan lain lain. Semua organ organ ini adalah sebahagian dari komponen yang bekerja didalam diri kita.

Jika salah satu organ ini tidak berfungsi dengan sempurna maka kita akan merasa sakit.Antara komponen yang tidak nampak dengan mata kasar kita adalah “ROH” .Sesungguhnya roh ini besar sekali peranannya kepada tubuh kita.

Roh ini menguasai semua komponen yang ada didalam diri kita  contohnya pencernaan makanan, pengaliran darah keseluruh tubuh badan kita, pemikiran, pergerakan anggota tubuh badan, pendengaran, penglihatan, penciuman,perasaan, rasa dan yang belum berbentuk ke sifat/ujud.

Yang ada didalam diri kita ialah tenaga/energi zat api, zat elektrik.Zat zat ini akan berbentuk kesifat/ujud setelah kita aktifkan.Untuk mengaktifkanya adalah dengan kaedah pernafasan/nafas yang mengikut ketentuan atau jadual tertentu. 

INSYAALLAH KAMI AKAN TUNJUKAN KAEDAHNYA PADA ANDA.

Jika berhajat silakan ke   http://halaqah.net/v10/index.php
silakan mesej al_ahibbatu

inshallaah

subhanallah

Monday, November 14, 2011

Mengenang BUDI

Subhanallah

Kenapakah kita patut Dengar dan Taat kepada Al Quran dan sunnah

Di masa lain ada yang berkata, Dengar dan Taat kepada Allah dan RasulNya

Di masa lain ada pula berkata, Dengar dan Taat, kepada Rasulullah SAW dan ahl bayt nya

besarlah BUDI peninggalan mereka ya

kerana BUDI ku jatuh hati, ada ke hati kamu?

Subhanallah

Lain orang lain pandangan, mengenang kebaikan mereka dan kita ikuti tauladan mereka,

selalu sangat di bacakan Hadis berkaitan jika tak mahu SESAT , dua perkara yang di tinggalkan, patutlah kita ambil sebagai ikutan dan tauladan

Minta maaf ya tuan dan puan,

Besar Budi mereka, kenang kenangkanlah
semuga kita mahu
mengambil pelajarannya

Inshallah

Thursday, October 20, 2011

kasih kan IBU

Dia asalnya berpenyakit sopak, badannya putih, putih penyakit  sopak yang bagi kita tentu kita tak tidak gemari. Walaupun dia berpenyakit sopak dia tetap seorang yang soleh, selalu mengambil berat tentang ibunya yang uzur dan lumpuh. Dia telah begitu tekun untuk mendapatkan keredhaan ibunya. Bapanya meninggal dunia ketika dia masih kecil lagi. Dia pula mendapat penyakit sopak sejak dilahirkan dan ibunya yang telah menjaganya sehinggalah dewasa.

Pada suatu hari ibunya memberitahu kepada Uwais keinginannya yang  sangat untuk pergi mengerjakan haji. Dia menyuruh Uwais supaya mengikhtiarkan dan mengusahakan agar dia dapat dibawa untuk menunaikan haji.

Sebagai seorang yang miskin, Uwais tidak berdaya untuk mencari perbelanjaan untuk ibunya kerana pada zaman itu kebanyakan orang untuk pergi haji dari Yaman ke Mekah mereka menyediakan beberapa ekor unta yang dipasang diatasnya “Haudat”. Haudat ini seperti rumah kecil yang diletakkan di atas unta untuk melindungi panas matahari dan hujan, agar selesa perjalanan tetapi mahal perbelanjaannya . Uwais tidak mampu untuk menyediakan yang demikian, unta pun dia tidak ada, nak sewa pun tidak mampu.

Ibu Uwais semakin uzur maka ibunya mendesak dan berkata kepada anaknya “Anakku mungkin ibu dah tak lama lagi akan bersama dengan kamu, ikhtiarkanlah agar ibu dapat mengerjakan haji”.

Uwais mendapat suatu ilham, dia terfikir apa nak dibuat. Dia membeli seekor anak lembu yang baru lahir dan dah habis menyusu. Dia membuat sebuah rumah kecil (pondok) di atas sebuah “Tilal” iaitu sebuah tanah tinggi (Dia buatkan rumah untuk lembu itu di atas bukit).

Apa yang dia lakukan, pada petang hari dia dukung anak lembu untuk naik ke atas “Tilal”. Pagi esoknya dia dukung lembu itu turun dari “Tilal” untuk diberi makan. Itulah yang dilakukannya setiap hari. Ada ketikanya dia mendukung lembu itu mengelilingi bukit tempat dia beri lembu itu makan.

Perbuatan yang dilakukannya ini menyebabkan orang kata dia ini gila. Memang pelik, buatkan rumah untuk lembu diatas bukit, kemudian setiap hari usung lembu, petang bawa naik, pagi bawa turun bukit.

Tetapi sebenarnya niatnya baik. Kalau lembu kita buat begitu pagi sekali petang sekali daripada lembu yang beratnya 20kg, selepas enam bulan lembu itu sudah menjadi 100kg. Otot-otot (muscle) tangan dan badan Uwais menjadi kuat hinggakan dengan mudah mengangkat lembu seberat 100kg turun dan naik bukit.

Selepas lapan bulan dia buat demikian telah sampai musim haji, rupa-rupanya perbuatannya itu adalah satu persediaan untuk dia membawa ibunya mengerjakan haji. Dia telah memangku ibunya dari Yaman sampai ke Mekkah dengan kedua tangannya. Dibelakangnya dia meletakkan barang-barang keperluan seperti air, roti dan sebagainya. Lembu yang beratnya 100kg boleh didukung dan dipangku inikan pula ibunya yang berat sekitar 50kg. Dia membawa (mendukung dan memangku) ibunya dengan kedua tangannya dari Yaman ke Mekah, mengerjakan Tawaf, Saie dan di Padang Arafah dengan senang sahaja. Dan dia juga memangku ibunya dengan kedua tangannya pulang semula ke Yaman dari Mekah.

Setelah pulang semula ke rumah dia di Yaman, Ibu dia berkata kepada dia “ Uwais, apa yang kamu berdoa sepanjang kamu berada di Mekah?”. Uwais menjawab “Saya berdoa minta supaya Allah mengampunkan semua dosa-dosa ibu”. Ibunya bertanya lagi “Bagaiman pula dengan dosa kamu”. Uwais menjawab “Dengan terampun dosa ibu, ibu akan masuk syurga, cukuplah ibu redha dengan saya maka saya juga masuk syurga”.

Ibunya berkata lagi “Ibu nak supaya engkau berdoa agar Allah hilangkan sakit putih (sopak) kamu ini”. Uwais kata “Saya keberatan untuk berdoa kerana ini Allah yang jadikan. Kalau tidak redha dengan kejadian Allah, macam saya tidak bersyukur dengan Allah ta’ala”. Ibunya menambah “Kalau nak masuk syurga, kena taat kepada perintah ibu, Ibu perintahkan engkau berdoa”.

Akhirnya Uwais tidak ada pilihan melainkan mengangkat tangan dan berdoa. Uwais berdoa seperti yang ibu dia minta supaya Allah sembuhkan putih yang luar biasa (sopak) yang dihidapinya itu. Tetapi kerana dia takut masih ada dosa pada dirinya dia berdoa “Tolonglah Ya Allah kerana ibu aku suruh aku berdoa hilangkan yang putih pada badanku ini melainkan tinggalkan sedikit”

Allah swt. sembuhkan serta merta, hilang putih sopak diseluruh badannya kecuali tinggal satu tompok sebesar duit syiling ditengkuknya. (Kalau bagi nabi, baginda ada Khatam Nubuwah iaitu tanda kenabian, tanda pada nabi bersinar) Tanda tompok putih pada Uwais sebab dia mintak agar jangan dibuang kesemuanya, kerana ini (sopak) adalah anugerah, maka nabi sebut kepada Umar dan Ali akan tanda ini. Tandanya kamu nampak dibelakang dia ada satu bulatan putih, bulatan sopak.  Kalau berjumpa dengan tanda itu dialah Uwais al-Qarni.

Selepas tidak lama Uwais berdoa yang demikian, ibunya telah meninggal dunia. Dia telah menunaikan kesemua permintaan ibunya. Selepas itu dia telah menjadi orang yang paling tinggi martabatnya disisi Allah. Doa dia cukup makbul hatta penyakit sopak pun boleh sembuh. Mengikut al-Quran, Nabi Isa Alaihisalam yang pernah berdoa untuk kesembuhan penyakit sopak dizamannya.

Tuesday, October 11, 2011

Sunnah Rasulullah

 mari melihat sunnah


Karena Akhlak Nabi Muhammad SAW Diutus


Tujuan pertama kita mempelajari akhlak adalah, “Karena akhlaklah Nabi SAW diutus.”

Saya lihat Anda begitu tereranjat!

Janganlah Anda terkejut apalagi heran. Nabi SAW sendiri bersabda, “Sesungguhnya aku diutus untuk menyempurnakan kemuliaan akhlak.”

Saya lihat Anda bergumam, “Apakah masuk akal jika dikatakan bahwa tujuan mendasar diutusnya Nabi SAW berkaitan dengan akhlak?”

Baca sekali lagi hadits diatas, kemudian renungilah.

Jadi, apa hubungannya antara akhlak dan pengutusan Nabi SAW?

Sekarang saya ingin bertanya kepada Anda, “Mengapa Nabi SAW diutus?

“Jawab atas pertanyaan ini adalah firman Allah SWT :

"Dan Kami tidak mengutusmu kecuali sebagai rahmat seluruh semesta." (QS. Al-Anbiya': 107).

Pikirkanlah ayat di atas, dan renungilah bersama saya... Sungguh, demi Allah, ada pertautan yang kuat antara hadits dan pesan ayat di atas. Ketahuilah, tidak akan ada rahmat bagi seluruh alam kecuali dengan akhlak.

Apakah Anda setuju dengan ungkapan diatas..!?

Saya yakin Anda pasti mengatakan, "Tentu saja saya setuju dengan hadits Nabi SAW tersebut, akan tetapi bukankah ibadah lebih didahulukan? Apakah Anda ingin mengatakan bahwa akhlak lebih utama daripada shalat, puasa, doa, dzikir, haji dan..."

Saya katakan kepada Anda, "Ya, sesungguhnya akhlak lebih penting, karena tujuan utama setiap ibadah adalah memperbaiki akhlak. Jika tidak, maka seluruh aktivitas ibadah "hanyalah" sebatas prima raga...!"

Saya harap Anda memahami maksud saya sebaik-baiknya. Janganlah Anda mencoba mencampuradukkan antara masalah fikih dengan permasalahan akidah. Pahamilah pesan yang terkandung dalam kalimat tersebut.

Shalat dapat memperbaiki akhlak Anda
Allah Sy berfirman: "Dan dirikanlah shalat. Sesungguhnya shalat itu mencegah dari (perbuatanperbuatan) kejidanmungkar." (QS. Al-Ankabut: 45).

Subhdnallah! Jika shalat seseorang itu belum mampu mencegah dari perbuatan keji dan mungkar, maka shalatnya baru sebatas olah raga. Ia telah shalat, namun shalatnya belum memperbaiki akhlaknya.

Dalam sebuah hadits qudsi Allah SWT berfirman:

"Sesungguhnya Aku menerima shalat dari seseorang yang mengerjakannya dengan khusyuk karena kebesaran-Ku, dan ia tidak mengharapkan anugerah dari shalatnya karena sebagai hamba-Ku (rnakhluk-Ku), dan ia tidak menghabiskan waktu malamnya karena bermaksiat kepada-Ku, menghabiskan waktu siangnya untuk berdzikir kepada-Ku, mengasihi orang miskin, ibnu sabil, mengasihi Anda, dan menyantuni orang yang sedang terkena musibah."

Dapatkah Anda menyaksikan adanya hubungan antara ibadah (shalat) dan akhlak (rendah hati dan kasih sayang)? Ingatlah, jika shalat Anda belum memberikan nilai-nilai kasih sayang terhadap sesama manusia, maka Anda belumlah memetik buah shalat Anda secara sempurna.

Demikian pula sedekah
Allah SWT berfirman, "Ambilah zakat dari sebagian harta mereka, dengan zakat itu kamu membersihkan
dan mensucikan mereka." (QS. At-Taubah: 103).

Subhanallah, ternyata tujuan zakat adalah membersihkan diri dalam rangka proses perbaikan akhlak!

Tahukah Anda, bagaimana bisa tujuan zakat bertumpu pada moral?

“Orang yang bersedekah akan tahu kasih sayang dan kemuliaan, karena ibadah itu muaranya ke akhlak.”

Sebuah makna yang indah. Pernahkah sebelumnya Anda mendengar tentang pesan moral dalam bersedekah?

Sebernarnya sedekah itu mempunyai tipikal tersendiri. Nabi SAW bersabda, "Seryummu kepada saudaramu adalah sedekah."

Kita harus mampu menerapkan pemahaman hadits tersebut. Kita telah hafal hadits tersebut di luar kepala, akan tetapi kita tidak tahu nanya....

Janganlah pelit dalam menebar senyuman, dan bersedekahlah! Adapun kelengkapan haditsnya sebagai berikut:

"Senyumanmu kepada saudaramu adalah sedekah, anjuranmu untuk berbuat kebaikan dan mencegah kepada kemungkaran adalah sedekah, petunjukmu terhadap orang yang tersesat jalannya adalah sedekah, engkau mengosongkan isi bejanamu untuk engkau berikan ke bejana saudaramu adalah sedekah, engkau menyingkirkan rintangan dari jalan adalah sedekah, engkau menunjukkan jalan bagi orang yang buta adalah sedekah, dan sedekah yang paling besar adalah seorang suami menyuapi istrinya walaupun hanya satu suapan."

Benar, pengertian sedekah saat ini telah mengalami distorsi. Sesungguhnya sedekah mampu mendorong tercapainya akhlak yang luhur. Sedekah yang sebenarnya merupakan implementasi dari akhlak. Itulah hakikat maknanya yang sebenarnya.

Demikian pula dengan puasa
Nabi SAW bersabda, "Jika salah seorang di antara kamu melaksanakan puasa, maka janganlah berkata kotor dan menipu. Jika seseorang mencelamu atau hendak membunuhmu, maka katakanlah, 'Sesungguhnya saya sedang puasa'."

Subhanallah! Di saat sedang menjalankan puasa, hari-hari Anda dipenuhi dengan nilai moral, sampai-sampai Anda tidak dibenarkan berbuat fasik, mencaci, bersikap pandir, dan sebagainya.

Sebelumnya, telah kita ketahui pula bahwa tujuan shalat adalah perbaikan akhlak, demikian juga sedekah dan puasa! Sekarang, apakah Anda sependapat dengan saya bahwa tujuan utama ibadah adalah perbaikan akhlak?

Jika Anda masih ragu, maka ritual ibadah haji dapat menghilangkan keraguan tersebut....

Puncak tertinggi akhlak adalah haji
Allah SWT berfirman: "(Musim) haji adalah beberapa bulan yang dimaklumi, barangsiapa yang menetapkan niatnya dalam bulan itu akan mengerjakan haji, maka tidak boleh rafas, berbuat fasik, dan berbantah-bantahan di dalam masa mengerjakan haji." (QS. Al-Baqarah: 197).

Ibadah haji adalah sebuah proses pelatihan yang cukup berat dalam memperbaiki akhlak. Di sana Anda akan termotivasi untuk memperbaiki akhlak. Oleh karena itu, jangan berbicara kasar, mencaci, mencela, dan menzalimi seseorang; insya Allah Anda akan selalu terangsang dan terpacu untuk memperbaiki akhlak. Ingatlah, Anda akan bermukim di tanah suci selama 20 hari dalam rangka memperbaiki akhlak.

Ada sebuah cerita yang menarik. Sebagian orang mengusulkan, untuk menghindari kepadatan berhaji; hendaknya setiap warga negara melaksanakannya pada musim yang berbeda. Konkretnya, warga Mesir pada bulan Rajab, warga Syam pada bulan Sya'ban, warga Yaman pada buIan Syawal, dan seterusnya. Arafah terdapat sepanjang tahun.

Untuk menjawab usulan tersebut tentunya amat mudah.

Setiap tahun terdapat 3 juta jamaah haji saling berkumpul dalam suasana berdesak-desakan. Justru pada saat seperti inilah saya melihat kesungguhan Anda memperbaiki akhlak, karena seluruh jamaah melempar jumrah pada waktu yang sama. Semuanya di Bukit Arafah, pada waktu yang sama.

Ketika akhlak telah menempati tangga teratas, wahai para jamaah haji, berarti Anda telah melalui proses training perbaikan akhlak di tengah-tengah kerumunan 3 juta orang selama 20 hari. Apakah Anda telah berlaku santun terhadap kedua orangtua, istri, kerabat, serta tetangga?

Sekarang, saya yakin Anda lebih percaya diri. Bukankah demikian? Saya dengar perkataan Anda, "Benar, ritual ibadah seperti shalat, zakat, puasa dan haji tidak akan bernilai tanpa didasari dengan akhlak..." Lebih dulu mana?

Sebagian orang mengira bahwa yang paling krusial dalam memahami agama adalah mempelajari fikih, menghafal Al-Qur'an, ilmu terlebih dahulu, baru kemudian akhlak. Benarkah demikian? Mana yang lebih dahulu ilmu ataukah akhlak?

Allah SWT berfirman, "Ya Tuhan kami, utuslah untuk mereka seorang Rasul dari kalangan mereka, yang akan membacakan kepada mereka ayat-ayat Engkau, dan mengajarkan kepada mereka Al-Kitab (Al-Qur'an) dan Al-Hikmah (As-Sunnah) serta mensucikanmereka." (QS. Al-Baqarah: 129).

Ayat ini keluar dari lisan Nabi Ibrahim as., yang menerangkan bahwa ilmu lebih utama didahulukan daripada tazkiyah/penyucian jiwa dan akhlak.

Sekarang saya lihat Anda lebih ceria. Selamat untuk Anda...!

Dalam Al-Qur'an ayat tersebut ada di empat tempat: sekali disampaikan melalui Nabi Ibrahim as., sedangkan di-tiga tempat lainnya langsung difirmankan oleh Allah SWT di tempat yang berbeda.

Allah SWT berfirman: "Sebagaimana (Kami telah menyempurnakan nikmat Kami kepadamu) Kami telah mengutus kepadamu Rasul di antara kamu yang membacakan ayat-ayat Kami kepada kamu dan mensucikan kamu dan mengajarkan kepadamu Al-Kitab dan Al-Hikmah (As-Sunnah). " (QS. Al-Baqarah: 151).

Itulah tujuan utama kita mempelajari akhlak, agar Anda mengetahui kandungan arti hadits: "Sesungguhnya aku diutus untuk menyempurnakan akhlak," dan pesan ayat:

"Dan tidaklah Kami mengutusmu kecuali sebagai rahmat bagi semesta alam." (QS. Al-Anbiya' : 107).

Wednesday, October 5, 2011

fikir (ntah)

Ilmu apakah yang boleh menimbulkan KESEDARAN?

SEDAR bahawa Allah yang Menciptakan segala galanya


SEDAR yang Allah lah yang memberi HIDUP, dan juga memberi MATI


SEdar yang Penglihatan ini Allah yang beri - semuga memandang sesuatu nampak Allah, 


SEDAR yang Pendengaran ini Allah yang beri, maka tak layak Mendengar yang sia sia, semuga boleh  Taqwa

mahu SEDAR bukan kerana ILMU


ada Ilmu jika tak INGAT, tak menjadi apa apa


semuga ILMU yang kamu dapat itu
kaedah yang kamu belajar itu
amal yang kamu lakukan itu
membolehkan kamu INGAT Allaah

Tinggi Rendah diri, berpusing dalam satu Bulatan, ada masa tinggi, ada masa rendah, ibarat RODA
ILMU, tetap TINGGI
ISLAM tetap tinggi
Allah tetap Tinggi

Ingatlah Allah, semuga bertaqwa

Sunday, October 2, 2011

RuGI - kerugian

Wahai orang yang beriman!
Janganlah kamu dilalaikan oleh (urusan) harta benda kamu dan anak-pinak kamu
daripada mengingati Allah (dengan menjalankan perintahNya).
Dan (ingatlah), sesiapa yang melakukan demikian,  
maka mereka itulah orang yang rugi. (Al-Munaafiquun 63:9)

bagaimana kita punya sikap?

lagu mana kita 'tackle'?

kita bermesyuarat untuk memajukan Negara, memajukan Koporat, perbadanan, Syarikat
semuga dapat menjaga masa jangan sampai terLEKA

kita membentangkan laporan kemajuan, laporan kewangan, semuga majulah akal fikiran, dapatlah INGAT ALLAH, jangan lalai dan menjadi golongan yang RUGI

banyak lagi, kelakuan kita
sentiasa di UJI


http://www.surah.my/images/s051/a020.png?1285915150

Dan pada bumi ada tanda-tanda (yang membuktikan keesaan dan kekuasaan Allah)
bagi orang (yang mahu mencapai pengetahuan) yang yakin, (Adz-Dzaariyaat 51:20)

A021
Dan juga pada diri kamu sendiri. Maka mengapa kamu tidak mahu melihat serta memikirkan (dalil-dalil dan bukti itu)? (Adz-Dzaariyaat 51:21)

silakan ya perhatikan diri
semuga dapat menjauhi kelalaian

semuga mendapat bimbinganNYA
untuk berbuat kebaikan
terhindar dari Kelalaian

Inshallah ya


subhanallah

Monday, September 26, 2011

Tawakkal - berserah dirimu kepada AKU, sebulat bulat hatimu

~Tawakkal~
 
Bercerita tentang tawakal, terdapat sebuah kisah antara Imam Syahid Hassan AlBanna 
dan Abbas As Sissi.

Setelah Abbas mendapat diploma dari Sekolah Menengah Teknik pada tahun 1939, beliau berangkat ke Kaherah untuk mencari kerja. Beliau pergi menemui al fadhilah al mursyid am Hassan Al Banna r.a di Markas Am Ikhwan di Al-Hilmiyah Jadidah. Setelah almursyid mengalu-alukan kedatangannya, almuryid bertanyakan sebab-sebab kehadiran beliau di kota Kaherah itu.

Abbas: Untuk mencari kerja.

Almursyid: Tidakkah kau terfikir untuk bekerja secara sukarela di Sekolah Teknik/ Mekanik Peperangan?

Abbas: Sesungguhnya keluarnya aku dari sekolah teknik ini adalah semata-mata untuk membebaskan aku dari perkhidmatan tentera.

Almursyid: akan tetapi risalah kita mewajibkan kita berkhidmat di dalam jurusan ini (jurusan ketenteraan).

Abbas: Itu tidak ada halangan, tetapi aku tidak akan berjaya di dalam pemeriksaan Doktor kerana sebelah dari mataku kabur (rabun).

Almursyid: Bertawakallah kepada Allah s.w.t supaya berjaya.

Abbas: Bagaimana aku akan berjaya di dalam pemeriksaan Doktor padahal mataku dalam keadaan yang demikian.

Almursyid: Justeru kerana itulah aku berkata: bertawakallah kepada Allah kerana jika matamu sejahtera, kamu akan bertawakal kepada matamu.

Pengertian ini benar-benar menggoncangkan kewibawaan Abbas sekaligus beliau merasakan iman menyelinap ke dalam perasaaannnya. Beliau berangkat menuju ke Sekolah Teknik Peperangan di Al Abbasiyah dengan bertawakal kepada Allah s.w.t. Beliau diiringi oleh seorang pegawai tentera menuju rumah sakit tentera dan bertawakal sepenuhnya kepada Allah s.w.t, berserah sebulat-bulatnya kepadaNya dengan harapan mendapat kejayaan. Setelah melalui pemeriksaan Doktor secukupnya, beliau termasuk di kalangan orang-orang yang berjaya. Lantaran itu, beliau memasuki sekolah tersebut dan bermulalah hidupnya di dalam jurusan yang baru dan di luar dari perhitungan awalnya.

Beliau juga tidak lupa, bagaimana apabila meletus sahaja perang dunia kedua, kementerian telah menyegerakan penamatan kursus(graduation) bagi membolehkan mereka berangkat ke medan perang di padang pasir sebelah Barat. Beliau beserta rakan-rakannya seramai sekitar 100 orang pergi ke Dharbu An Nar, medan tempat ujian menembak (sebelum lulus). Beliau berasa sangat dukacita kerana bimbang akan gagal di dalam latihan menembak itu kerana kelemahan mata kirinya. Spontan beliau teringat kata-kata AlImam - tawakallah kepada Allah, kamu akan berjaya. Serentak dengan itu meresaplah pengertian tawakal ke dalam jiwanya dan beliau benar-benar yakin akan hakikat bertawakal itu. Beliau melakukan latihan menembak itu dengan sepenuh kepercayaan dan ketenangan walaupun hanya menggunakan sebelah matanya yang terang. Akhirnya Husin Ahmad, panglima yang melatih mereka mengisytiharkan bahawasanya pemenang yang pertama ialah Abbas Al Sisi. Keputusan ini memeranjatkan mereka yang mengetahui hakikat ini tetapi inilah satu daripada hakikat kebenaran bertawakal kepada Allah s.w.t.

Sememangnya besar peranan tawakal dalam hidup seorang muslim yang mukmin. Tawakal itu ialah berusaha bersungguh-sungguh menurut batas-batas kemampuan manusia, kemudian menyerahkan tadbir segala urusan kepada Allah s.w.t, yang menjadi kunci segala kebaikan, segala berkat serta pemeliharaan dan perlindungan dari segala kejahatan.
 
 
 
Anda tahu mustahaknya tawakkal?
 
Tawakal menambah baik aqidah anda.
 
 
 
Bagaimana?
 
Kalau tak bertawakal kepada Allah, anda akan bertawakal kepada bermacam-macam, kepada manusia, kepada alat atau kepada teknologi.
 
 
Boleh beri contoh?
 
Orang yang kuat study dan hanya confident kepada guru dan tuisyen tidak sama dengan orang yang memohon supaya diberi ilmu di samping mencari guru dan kelas tuisyen yang bermutu. Di luar nampak serupa, tetapi pegangan hati berbeza.
 

 
Apa akibat jika lemah atau tidak bertawakal kepada Allah?
 
Banyak. Satu, mudah diperdaya orang. Dengar penjual berkempen hebat barangan make-up atau kesihatan, terpukau, rasa rugi kalau tak beli. Beli dan menaruh harapan menggunung nak jadi anggun atau sihat. Jadilah dia pembeli tetap tiap kali ada promosi. Berbeza dengan orang yang bertawakal, harapannya kepada Allah. Dia akan membeli barangan kesihatan apabila disyor oleh doktor. Itupun, ia lebih banyak memohon daripada Allah Maha Penyembuh.
 

 
Lagi!
 
Orang yang bertawakal boleh mengawal tekanan perasaan. Jika ia memohon kerja, ia kemudian akan susuli doa yang berterusan. Ia tidak bimbang jika gagal kerana ia tahu bahawa setiap ketentuan Allah adalah yang terbaik baginya. Jika ditakdirkan mendapat suami yang berpendapatan rendah, ia tidak bimbang. Baginya rezeki yang berkat walau sedikit lebih baik daripada rezeki yang banyak tetapi melalaikan.
 

 
Ada yang bahaya daripada itu?
 
Ada. Sampai melanggar larangan Allah! Bimbang barangan tak laku peniaga jumpa bomoh, jampi serapah Hindu klasik - runtuh aqidah. Bimbang tak dapat jodoh si gadis peraga diri, mendedahkan tubuh di khalayak, bermata keranjang, jadi bebas dan liar. Patut sampaikan hasratnya melalui para ibu, dan memohon kepada Allah agar dikurniakan lelaki soleh. Jangan terkejut, ada suami zaman ini yang melacurkan isteri dan anak gadis kerana desakan hidup. Tak ada pendirian, tak ada maruah. Harimau yang buas pun cemburu jika ada harimau jantan menghampiri pasangan betinanya. Suami itu adalah adayus. Orang dayus diharamkan syurga. Kerana tiada tawakal rosak masa depan isteri dan anak gadis itu.

Wednesday, September 21, 2011

Bandingan Capaian

Tuan puan yang mulia
Mulianya diri bila dapat sempurnakan akhlak
Di seru akan kita, tuntutlah ilmu
Satelah berjaya menuntut ilmu, tentulah mencapai .........................

Demikianlah, ramai sudah di kalangan kita berjaya
Mencapai sijil, diploma, ijazah, master, PHd. itulah ukuran pencapaian sebahagian ilmu
Ramai juga di kalangan kita berjaya mencapai semua itu, di dalam bidang agama
Tetapi berbeza lah, pencapaian ilmu keduniaan, berbanding ilmu agama

Keduniaan semata membelakangkan agama, adalah kesesatan
Agama menelan keduniaan, mengendalikan diri hidup berakhlak

Mari kita lihat bandingan antara Pencapaian, dengan Ilmu pengetahuan


Tauhid adalah: Mengesakan Allah semata dalam beribadah dan tidak menyekutukan-Nya. 
Dan hal ini merupakan ajaran semua Rasul alaihimusshalatuwassalam. 
Bahkan tauhid merupakan pokok yang dibangun diatasnya semua ajaran, maka jika pokok ini tidak ada, amal perbuatan menjadi tidak bermanfaat dan gugur, karena tidak sah sebuah ibadah tanpa tauhid. 

sementara Ilmu Tauhid adalah
apa yang terkandung di dalam Rukun Iman
termasuk yang di kandung dalam Rukun Islam

jika tidak mahu SESAT
dengar dan taatilah
AlQuran dan sunnah

jika sampai kamu berbalah
kembalilah kepada Allah dan Rasulnya

demikianlah ya
satelah memiliki ILMU TAUHID
dapatlah diri mentauhidkan Allaah

demikianlah timbulnya arahan, seruan, agar kita menuntut ilmu

satu lagi ialah bandingan Makrifat dengan Ilmu Makrifat
orang yang belum makrifat juga, boleh bercerita akan hal makrifat, ilmunya, persangkaannya

Tergantung kepada hidayah dari Allah, tergantung niat dalam diri, tergantung ilmu pengetahuan yang di miliki

maksudnya

kita di galakkan mencari ilmu
agar dapat memahami
agar dapat mengamalkan
agar dapat berakhlak mulia
agar dapat menjaga diri
agar dapat berbakti
agar dapat menjadi siddiqin, syuhada, solihin
agar boleh mati dalam Islam, dalam Iman

inshallah

subhanallah

Thursday, August 25, 2011

AMARAN MENGADAKAN BID‘AH

Islam adalah agama wahyu dan bukan agama ciptaan manusia.
Perbuatan menokok tambah (bid‘ah) dalam agama boleh menghilangkan ketule-nannya, sehingga menyebabkan orang ramai tidak akan dapat membezakan antara ajaran asal yang bersumber daripada Allah dengan yang ditokok tambah oleh manusia.
Terdapat banyak hujah daripada al-Quran, al-Sunnah dan para ulama yang memberi amaran agar tidak menokok tambah dalam agama. Berikut ini dikemukakan sebahagian daripada hujah-hujah tersebut:

Amaran daripada al-Qur’an tentang bid‘ah:

Pertama:

Firman Allah Subhanahu wa Ta‘ala:

أَمْ لَهُمْ شُرَكَاء شَرَعُوا لَهُم مِّنَ الدِّينِ مَا لَمْ يَأْذَن بِهِ اللَّهُ

Patutkah mereka mempunyai sekutu-sekutu yang menentukan - mana-mana bahagian dari ugama mereka - sebarang undang-undang yang tidak diizinkan oleh Allah?
[al-Syura 42:21]

Kedua:

Firman Allah Subhanahu wa Ta‘ala:

فَلْيَحْذَرِ الَّذِينَ يُخَالِفُونَ عَنْ أَمْرِهِ أَن تُصِيبَهُمْ فِتْنَةٌ أَوْ يُصِيبَهُمْ عَذَابٌ أَلِيمٌ

Oleh itu, hendaklah mereka yang mengingkari perintahnya, beringat serta berjaga-jaga jangan mereka ditimpa bala bencana, atau ditimpa azab seksa yang tidak terperi sakitnya. [al-Nur 24:63]

Ketiga:

Firman Allah Subhanahu wa Ta‘ala:

قُلْ إِنَّمَا حَرَّمَ رَبِّيَ الْفَوَاحِشَ مَا ظَهَرَ مِنْهَا وَمَا بَطَنَ وَالإِثْمَ وَالْبَغْيَ بِغَيْرِ الْحَقِّ وَأَن تُشْرِكُواْ بِاللّهِ مَا لَمْ يُنَزِّلْ بِهِ سُلْطَاناً وَأَن تَقُولُواْ عَلَى اللّهِ مَا لاَ تَعْلَمُونَ

Katakanlah: “Sesungguhnya Tuhanku hanya mengharamkan perbuatan-perbuatan yang keji, sama ada yang nyata atau yang tersembunyi; dan perbuatan dosa; dan perbuatan menceroboh dengan tidak ada alasan yang benar; dan (diharamkan-Nya) kamu mempersekutukan sesuatu dengan Allah sedang Allah tidak menurunkan sebarang bukti (yang membenarkannya); dan (diharamkanNya) kamu memperkatakan terhadap Allah sesuatu yang kamu tidak mengetahuinya.” [al-A’raaf 7:33]

Amaran daripada al-Sunnah tentang bid‘ah:

Hadith Nabi shallallahu 'alaihi wasallam yang memberi amaran kepada pembuat dan pengamal bid‘ah sangat banyak jumlahnya. Kebanyakan para penyusun kitab hadith tidak ketinggalan memasukkan satu bab khas mengenainya di dalam kitab-kitab mereka. Di sini disebutkan beberapa riwayat, antaranya:

Pertama:

Sabda Nabi shallallahu 'alaihi wasallam:

...فَإِنَّهُ مَنْ يَعِشْ مِنْكُمْ بَعْدِي فَسَيَرَى اخْتِلاَفًا كَثِيرًا. فَعَلَيْكُمْ بِسُنَّتِي وَسُنَّةِ الْخُلَفَاءِ الرَّاشِدِينَ الْمَهْدِيِّينَ تَمَسَّكُوا بِهَا وَعَضُّوا عَلَيْهَا بِالنَّوَاجِذِ وَإِيَّاكُمْ وَمُحْدَثَاتِ الأُمُورِ فَإِنَّ كُلَّ مُحْدَثَةٍ بِدْعَةٌ وَكُلَّ بِدْعَةٍ ضَلاَلَةٌ.

Sesungguhnya sesiapa yang hidup selepasku akan melihat perselisihan yang banyak. Maka hendaklah kalian berpegang kepada sunnahku dan sunnah al-Khulafa al-Rasyidin al-Mahdiyyin (mendapat petunjuk). Berpeganglah dengannya dan gigitlah ia dengan geraham. Jauhilah kamu perkara-perkara yang diada-adakan (dalam agama) kerana setiap yang diada-adakan itu adalah bid‘ah dan setiap bid‘ah adalah sesat.[1]

Maksud “…gigitlah ianya dengan geraham…” ialah peganglah ianya dengan bersungguh-sungguh serta bersabarlah dengannya.[2]

Kedua:

Sabda Nabi shallallahu 'alaihi wasallam:

مَنْ أَحْدَثَ فِي أَمْرِنَا هَذَا مَا لَيْسَ مِنْهُ فَهُوَ رَدٌّ.

“Sesiapa yang membuat perkara baru dalam urusan kami ini (Islam) apa yang bukan daripadanya maka ianya tertolak.”[3]

Ketiga:

Sabda Nabi shallallahu 'alaihi wasallam:

وَإِنَّ بَنِي إِسْرَائِيلَ تَفَرَّقَتْ عَلَى ثِنْتَيْنِ وَسَبْعِينَ مِلَّةً وَتَفْتَرِقُ أُمَّتِي عَلَى ثَلاَثٍ وَسَبْعِينَ مِلَّةً كُلُّهُمْ فِي النَّارِ إِلاَّ مِلَّةً وَاحِدَةً. قَالُوا: وَمَنْ هِيَ يَا رَسُولَ اللَّهِ؟ قَال:َ مَا أَنَا عَلَيْهِ وَأَصْحَابِي.

“……Sesungguhnya Bani Israil berpecah kepada 72 puak dan umatku akan berpecah kepada 73 puak. Kesemua mereka dalam neraka kecuali satu puak”. Mereka (para sahabat) bertanya: “Apakah puak itu wahai Rasulullah?” Jawab baginda: “Apa yang aku dan para sahabatku berada di atasnya.”[4]

Keempat:

Abu Musa al-Asy‘ari radhiallahu 'anh berkata:

صَلَيْنَا المَغْرِبَ مَعَ رَسُولِ اللهِ صلى الله عليه وسلم ثُمَّ قُلْنَا: لَوْ جَلَسْنَا حَتَّى نُصَلِّى مَعَهُ اْلعَشَاءَ قَالَ: فَجَلَسْنَا فَخَرَجَ عَلَيْنَا فَقَالَ: "مَا زِلْتُمْ هَهُنَا؟" قُلْنَا: يَا رَسُولَ اللهِ صَلَيْنَا مَعَكَ الْمَغْرَبَ ثُمَّ قُلْنَا: نَجْلِسُ حَتَّى نُصَلَّى مَعَكَ اْلعِشَاءَ. قَال:"أحْسَنْتُمْ أَوْ أَصَبْتُمْ" قَالَ: فَرَفَعَ رَأسَهُ إلىَ السَّماِء وَكانَ كَثِيرْاً مِمَّا يَرْفَعُ رَأسَهُ إلىَ السَّماِء فَقَالَ: "النُّجُومُ أَمَنَـةٌ للسَّمَاِء فَإذا ذَهَبَتِ النُّجُومُ أَتى السَّمَاءَ مَا تُوْعَدُ، وَأناَ أَمَنَـةٌ لأَصْحَابِى فَإذا ذَهَبْتُ أَتى أَصْحَابِى مَا يُوْعَدُونَ وَأَصْحَابِى أَمَنَـةٌ لأمَّتِى فَإذَا ذَهَبَ أصْحَابِى أَتى أُمَّتِى مَا يُوْعَدُون".

“Kami telah menunaikan solat Maghrib bersama dengan Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam. Kemudian kami berkata: “Kalaulah kita tunggu sehingga kita dapat bersolat Isyak bersama baginda.” Maka kami tunggu sehingga baginda keluar kepada kami lalu bersabda, “Kamu semua masih di sini?” Jawab kami: “Wahai Rasulullah! Kami telah menunaikan solat Maghrib bersama engkau kemudian kami berkata, mari kita duduk sehingga kita dapat bersolat Isyak bersamamu.” Sabda baginda: “Kamu semua telah melakukan sesuatu yang baik lagi betul.”

Kemudian baginda mengangkat kepalanya (melihat) ke langit dan ramailah yang mengangkat kepala (melihat) ke langit lalu baginda bersabda: “Bintang-bintang tersebut adalah penyelamat langit. Apabila perginya bintang-bintang tersebut maka akan didatangilah langit apa yang telah dijanjikan untuknya. Aku adalah penyelamat sahabat-sahabatku. Apabila aku telah pergi maka akan didatangilah sahabat-sahabatku apa yang telah dijanjikan untuk mereka. Sahabat-sahabatku pula adalah penyelamat umatku. Apabila perginya sahabat-sahabatku maka akan didatangilah umatku apa yang dijanjikan untuk mereka.”[5]

Berkata al-Imam al-Nawawi rahimahullah:[6]

Maksud ungkapan “sahabat-sahabatku adalah penyelamat umatku” ialah mereka menyelamatkan umat dari zahirnya bid‘ah, mengada-adakan perkara baru dalam agama, fitnah terhadap agama, zahirnya syaitan, Rum dan selainnya ke atas mereka.

Amaran daripada para ulama’ tentang bid‘ah:

Para ulama’, terdiri daripada para sahabat dan para tokoh dulu dan kini, turut memberi amaran tentang bid ‘ah. Di sini disebutkan tiga contoh, satu daripada seorang sahabat, satu daripada seorang tokoh terdahulu dan satu daripada seorang tokoh terkini:

Pertama: Amaran ‘Abd Allah bin Mas‘ud.

‘Abd Allah bin Mas‘ud radhiallahu 'anh adalah sahabat Nabi shallallahu 'alaihi wasallam yang begitu terkenal dengan keilmuan dan kefahamannya dalam agama. al-Imam al-Darimi rahimahullah (255H) meriwayatkan amaran serta bantahan beliau terhadap bid‘ah berzikir secara kumpulan yang muncul pada zamannya:

عَنْ عمرو بن سلمة قَالَ: كُنَّا نَجْلِسُ عَلَى بَابِ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ مَسْعُودٍ قَبْلَ صَلاَةِ الْغَدَاةِ فَإِذَا خَرَجَ مَشَيْنَا مَعَهُ إِلَى الْمَسْجِدِ فَجَاءَنَا أَبُو مُوسَى الأَشْعَرِيُّ فَقَالَ أَخَرَجَ إِلَيْكُمْ أَبُو عَبْدِ الرَّحْمَنِ بَعْد؟ُ قُلْنَا: لاَ! فَجَلَسَ مَعَنَا حَتَّى خَرَجَ فَلَمَّا خَرَجَ قُمْنَا إِلَيْهِ جَمِيعًا.

فَقَالَ لَهُ أَبُو مُوسَى يَا أَبَا عَبْدِ الرَّحْمَنِ إِنِّي رَأَيْتُ فِي الْمَسْجِدِ آنِفًا أَمْرًا أَنْكَرْتُهُ وَلَمْ أَرَ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ إِلاَّ خَيْرًا. قَالَ: فَمَا هُوَ؟ فَقَالَ: إِنْ عِشْتَ, فَسَتَرَاهُ. قَالَ: رَأَيْتُ فِي الْمَسْجِدِ قَوْمًا حِلَقًا جُلُوسًا يَنْتَظِرُونَ الصَّلاَةَ, فِي كُلِّ حَلْقَةٍ رَجُلٌ وَفِي أَيْدِيهِمْ حَصًى, فَيَقُولُ: كَبِّرُوا مِائَةً, فَيُكَبِّرُونَ مِائَةً. فَيَقُولُ: هَلِّلُوا مِائَةً. فَيُهَلِّلُونَ مِائَةً. وَيَقُولُ: سَبِّحُوا مِائَةً. فَيُسَبِّحُونَ مِائَةً. قَالَ: فَمَاذَا قُلْتَ لَهُمْ؟ قَالَ: مَا قُلْتُ لَهُمْ شَيْئًا انْتِظَارَ رَأْيِكَ وَانْتِظَارَ أَمْرِكَ.

قَالَ: أَفَلاَ أَمَرْتَهُمْ أَنْ يَعُدُّوا سَيِّئَاتِهِمْ, وَضَمِنْتَ لَهُمْ أَنْ لاَ يَضِيعَ مِنْ حَسَنَاتِهِمْ. ثُمَّ مَضَى وَمَضَيْنَا مَعَهُ حَتَّى أَتَى حَلْقَةً مِنْ تِلْكَ الْحِلَقِ فَوَقَفَ عَلَيْهِمْ, فَقَالَ: مَا هَذَا الَّذِي أَرَاكُمْ تَصْنَعُونَ؟ قَالُوا: يَا أَبَا عَبْدِ الرَّحْمَنِ حَصًى نَعُدُّ بِهِ التَّكْبِيرَ وَالتَّهْلِيلَ وَالتَّسْبِيحَ. قَالَ: فَعُدُّوا سَيِّئَاتِكُمْ, فَأَنَا ضَامِنٌ أَنْ لاَ يَضِيعَ مِنْ حَسَنَاتِكُمْ شَيْءٌ, وَيْحَكُمْ يَا أُمَّةَ مُحَمَّدٍ مَا أَسْرَعَ هَلَكَتَكُمْ! هَؤُلاَءِ صَحَابَةُ نَبِيِّكُمْ صَلَّى اللَّه عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مُتَوَافِرُونَ, وَهَذِهِ ثِيَابُهُ لَمْ تَبْلَ, وَآنِيَتُهُ لَمْ تُكْسَرْ, وَالَّذِي نَفْسِي بِيَدِهِ إِنَّكُمْ لَعَلَى مِلَّةٍ هِيَ أَهْدَى مِنْ مِلَّةِ مُحَمَّدٍ, أَوْ مُفْتَتِحُو بَابِ ضَلاَلَةٍ؟!

قَالُوا: وَاللَّهِ يَا أَبَا عَبْدِ الرَّحْمَنِ مَا أَرَدْنَا إِلاَّ الْخَيْرَ. قَالَ: وَكَمْ مِنْ مُرِيدٍ لِلْخَيْرِ لَنْ يُصِيبَهُ. إِنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّه عَلَيْهِ وَسَلَّمَ حَدَّثَنَا أَنَّ قَوْمًا يَقْرَءُونَ الْقُرْآنَ لاَ يُجَاوِزُ تَرَاقِيَهُمْ وَايْمُ اللَّهِ مَا أَدْرِي لَعَلَّ أَكْثَرَهُمْ مِنْكُمْ ثُمَّ تَوَلَّى عَنْهُمْ.

فَقَالَ عَمْرُو بْنُ سَلَمَةَ: رَأَيْنَا عَامَّةَ أُولَئِكَ الْحِلَقِ يُطَاعِنُونَا يَوْمَ النَّهْرَوَانِ مَعَ الْخَوَارِجِ.

Daripada ‘Amr bin Salamah[7] katanya: “Satu ketika kami duduk di pintu ‘Abd Allah bin Mas‘ud sebelum solat subuh. Apabila dia keluar, kami akan berjalan bersamanya ke masjid. Tiba-tiba datang kepada kami Abu Musa al-Asy‘ari, lalu bertanya: “Apakah Abu ‘Abd al-Rahman[8] telah keluar kepada kamu?” Kami jawab: “Tidak!”. Maka dia duduk bersama kami sehingga ‘Abd Allah bin Mas‘ud keluar. Apabila dia keluar, kami semua bangun kepadanya.

Lalu Abu Musa al-Asy‘ari berkata kepadanya: “Wahai Abu ‘Abd al-Rahman, aku telah melihat di masjid tadi satu perkara yang aku tidak bersetuju, tetapi aku tidak lihat – alhamdulilah – melainkan ianya baik”. Dia bertanya: “Apakah ia?”. Kata Abu Musa: “Jika umur kamu panjang engkau akan melihatnya. Aku melihat satu puak, mereka duduk dalam lingkungan (halaqah) menunggu solat. Bagi setiap lingkungan (halaqah) ada seorang lelaki (ketua kumpulan), sementara di tangan mereka yang lain ada anak-anak batu. Apabila lelaki itu berkata : Takbir seratus kali, mereka pun bertakbir seratus kali. Apabila dia berkata: Tahlil seratus kali, mereka pun bertahlil seratus kali. Apabila dia berkata: Tasbih seratus kali, mereka pun bertasbih seratus kali.” Tanya ‘Abd Allah bin Mas‘ud: “Apa yang telah kau katakan kepada mereka?”. Jawabnya: “Aku tidak kata kepada mereka apa-apa kerana menanti pandangan dan perintahmu”.

Berkata ‘Abd Allah bin Mas‘ud: “Mengapa engkau tidak menyuruh mereka mengira dosa mereka dan engkau jaminkan bahawa pahala mereka tidak akan hilang sedikit pun”. Lalu dia berjalan, kami pun berjalan bersamanya. Sehinggalah dia tiba kepada salah satu daripada lingkungan berkenaan. Dia berdiri lantas berkata: “Apa yang aku lihat kamu sedang lakukan ini?” Jawab mereka: “Wahai Abu ‘Abd al-Rahman! Batu yang dengannya kami menghitung takbir, tahlil dan tasbih”. Jawabnya: “Hitunglah dosa-dosa kamu, aku jamin pahala-pahala kamu tidak hilang sedikit pun. Celaka kamu wahai umat Muhammad! Alangkah cepat kemusnahan kamu. Para sahabat Nabi masih lagi ramai, baju baginda belum lagi buruk dan bekas makanan dan minuman baginda pun belum lagi pecah.[9] Demi yang jiwaku berada di tangan-Nya[10] , apakah kamu berada di atas agama yang lebih mendapat petunjuk daripada agama Muhammad, atau sebenarnya kamu semua pembuka pintu kesesatan?”

Jawab mereka : “Demi Allah wahai Abu ‘Abd al-Rahman, kami hanya bertujuan baik.” Jawabnya : “Betapa ramai yang bertujuan baik, tetapi tidak menepatinya.” Sesungguhnya Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam telah menceritakan kepada kami satu kaum yang membaca al-Quran namun tidak lebih dari kerongkong mereka.[11] Demi Allah aku tidak tahu, barangkali kebanyakan mereka dari kalangan kamu.” Kemudian beliau pergi.

Berkata ‘Amr bin Salamah: “Kami melihat kebanyakan puak tersebut bersama Khawarij memerangi kami pada hari Nahrawan.”[12]

Lihatlah bagaimana ‘Abd Allah bin Mas‘ud radhiallahu 'anh membantah perbuatan ibadah kumpulan ini walaupun mereka pada asalnya memiliki niat dan pandangan yang baik. Pada zahirnya tiada yang buruk pada perbuatan mereka. Namun oleh kerana ia merupakan ibadah yang tidak ada contoh daripada Nabi shallallahu 'alaihi wasallam maka ia ditolak. Bahkan ‘Abd Allah bin Mas‘ud memberi amaran betapa perbuatan bid‘ah yang kecil akan mengheret seseorang kepada bid‘ah yang lebih besar. ‘Abd Allah bin Mas‘ud menggambarkan mereka akan menyertai Khawarij yang sesat. Justeru itu ‘Abd Allah bin Mas‘ud juga pernah menyebut:[13]

اقتصاد في سنة خير من اجتهاد في بدعة.

Sederhana dalam sesuatu sunnah lebih baik daripada bersungguh sungguh dalam sesuatu bid‘ah .

إن البدعة الصغيرة بريد إلى البدعة الكبيرة.

Sesungguhnya bid‘ah yang kecil adalah pembawa kepada bid‘ah yang besar.




Kedua: Amaran al-Imam Malik Bin Anas

Seorang lelaki telah datang kepada al-Imam Malik rahimahullah (179H)[14] dan berkata:[15]

“Wahai Abu ‘Abd Allah (gelaran al-Imam Malik) daripada mana aku patut berihram?” Jawab al-Imam Malik: “Daripada Zu Hulaifah (ذو حليفة) di mana tempat yang Rasulullah berihram.” Kata lelaki itu: “Aku ingin berihram daripada Masjid Nabi.” Jawab al-Imam Malik: “Jangan buat (demikian).” Kata lelaki itu lagi: “Aku ingin berihram daripada kubur Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam.” Jawab al-Imam Malik: “Jangan buat (demikian), aku bimbang menimpa ke atas dirimu fitnah.” Tanya lelaki itu: “Apa fitnahnya? Ia hanya jarak yang aku tambah.”

Jawab al-Imam Malik:

وأي فتنة أعظم من أن ترى أنك سبقت إلى فضيلة قصّر عنها رسول الله صلى الله عليه وسلم، وإني سمعت الله يقول: فَلْيَحْذَرْ الَّذِينَ يُخَالِفُونَ عَنْ أَمْرِهِ أَنْ تُصِيبَهُمْ فِتْنَةٌ أَوْ يُصِيبَهُمْ عَذَابٌ أَلِيمٌ.

Apakah lagi fitnah yang lebih besar daripada engkau melihat bahawa engkau telah mendahului satu kelebihan yang Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam telah menguranginya. Sesungguhnya aku telah mendengar Allah berfirman: (maksudnya) “Oleh itu, hendaklah mereka yang mengingkari perintahnya, beringat serta berjaga-jaga jangan mereka ditimpa bala bencana, atau ditimpa azab seksa yang tidak terperi sakitnya. [al-Nur 24:63]

Perhatikan bahawa sekalipun lelaki tersebut ingin berihram daripada tempat yang begitu baik iaitu Masjid Nabi atau kubur baginda shallallahu 'alaihi wasallam, al-Imam Malik rahimahullah membantahnya disebabkan ia adalah ibadah yang tidak dilakukan oleh Nabi. Beliau menyatakan ini adalah fitnah kerana seakan-akan lelaki itu menganggap dia dapat melakukan ibadah yang lebih baik daripada Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam.



Ketiga: Amaran al-Syeikh Dr Yusuf al-Qaradawi:

Ditanya kepada al-Syeikh Dr. Yusuf al-Qaradawi, semoga Allah memeliharanya, mengenai amalan Nisfu Sya’ban. Beliau menjawab:[16]

Tidak pernah diriwayatkan daripada Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam dan para sahabat bahawa mereka berhimpun di masjid untuk menghidupkan malam Nisfu Sya’ban, membaca do‘a tertentu dan solat tertentu seperti yang kita lihat pada sebahagian negeri orang Islam. Bahkan di sebahagian negeri, orang ramai berhimpun pada malam tersebut selepas maghrib di masjid. Mereka membaca surah Yasin dan solat dua raka‘at dengan niat panjang umur, dua rakaat yang lain pula dengan niat tidak bergantung kepada manusia, kemudian mereka membaca do‘a yang tidak pernah dipetik dari golongan salaf (para sahabah, tabi‘in dan tabi’ tabi‘in). Ianya satu do‘a yang panjang yang menyanggahi nusus (nas-nas al-Quran dan al-Sunnah), juga bercanggahan dan bertentang maknanya...

Perhimpunan (malam Nisfu Sya’ban) seperti yang kita lihat dan dengar berlaku di sebahagian negeri orang Islam adalah bid‘ah dan diada-adakan. Sepatutnya kita melakukan ibadat sekadar yang dinyatakan dalam nas. Segala kebaikan itu ialah mengikut salaf, segala keburukan itu ialah bid‘ah golongan selepas mereka dan setiap yang diadakan-adakan itu bid‘ah dan setiap yang bid‘ah itu sesat dan setiap yang sesat itu berada dalam neraka.

Demikian tegasnya tokoh yang masyhur ini terhadap amalan bid‘ah yang menjadi pegangan atau amalan dalam kebanyakan negeri umat Islam.

PENUTUP


[1] Diriwayatkan oleh Abu Daud dan al-Tirmizi, berkata al-Tirmizi: “Hadis ini hasan sahih”. Juga diriwayatkan oleh Ibn Majah dan al-Darimi dalam kitab Sunan mereka. Demikian juga oleh Ibn Hibban dalam Shahihnya dan al-Hakim dalam al-Mustadrak dengan menyatakan: “Hadith ini sahih”. Ini dipersetujui oleh al-Imam al-Zahabi (Tahqiq al-Mustadrak, 1/288).

[2] al-Mubarakfuri, Tuhfah al-Ahwazi (تحفة الأحوذي), jld. 7, m.s. 414.

[3] Diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim. Rujuk Shahih Muslim – hadith no: 1718 (Kitab al-Aqdiyyah, Bab kritikan ke atas hukum batil dan perkara ciptaan baru).

[4] Diriwayatkan oleh al-Tirmizi dalam kitab Sunannya dan beliau berkata: “Hadis ini hasan gharib”. al-Diya` al-Maqdisi (الضياء المقدسي) menyatakan sanad hadith ini hasan. (al-Diya al-Maqdisi¸ al-Ahadith al-Mukhtarah, jld. 7, m.s. 278). al-Albani juga menyatakan ianya hasan. (al-Albani, Shahih Sunan al-Tirmizi, jld. 2, m.s. 334).

[5] Diriwayatkan oleh Muslim di dalam kitab Shahihnya – hadith no: 2531 (Kitab keutamaan para sahabat, Bab menerangkan Nabi meninggalkan amanah kepada para sahabat...).

[6] Syarh Sahih Muslim, 16/66.

[7] Beliau adalah seorang tabi`in, anak murid ‘Abd Allah bin Masud. Meninggal dunia pada 85H.

[8] Gelaran untuk `Abd Allah bin Mas`ud.

[9] Maksudnya baginda shallallahu ‘alaihi wasallam baru sahaja wafat, tetapi mereka telah melakukan bid`ah.

[10] Maksudnya Allah.

[11] Ini salah satu sifat Khawarij yang disebut dalam hadith-hadith.

[12] Riwayat al-Darimi di dalam Musnadnya dengan sanad yang dinilai sahih oleh al-Albani dalam Silsilah al-Ahadith al-Shahihah, jld. 5, m.s. 11.

[13] Lihat: Silsilah al-Ahadith al-Sahihah, jld. 5, m.s. 11.

[14] Beliau ialah imam Mazhab Maliki, pembesar Atba’ al-Tabi‘in. Guru kepada al-Imam al-Syafi'i. Tokoh fekah dan hadith yang tiada tolok bandingnya. Karya beliau yang agung ialah kitab al-Muwattha’. Berkata al-Imam al-Sayuti: “Beliau guru para imam, Imam Dar al-Hijrah (Madinah), mengambil hadith daripadanya oleh al-Syafi‘i dan ramai lagi. Berkata al-Syafi’i: ‘Apabila datangnya athar, maka Malik adalah bintang’.” (al-Imam al-Sayuti, Tabaqat al-Huffaz, jld. 1, m.s. 96)

[15] al-Syatibi, al-I’tishom, m.s. 102.

[16] Dr. Yusuf al-Qaradawi, Fatawa Mu`asarah, jld. 1, m.s. 382-383 (nukilan berpisah).