image

image

Tuesday, December 10, 2013

ISTIRJA'

 
 
 
 
Firman Allah dalam surah al Baqarah ayat 155 dan 156: 
Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar:
(Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: "Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali." 
 
Ucapan inna lillahi wa inna ilaihi raaji’un adalah ucapan istirja’ ketika ditimpa musibah. Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad daripada Ummu Salamah, beliau bercerita: “Pada suatu hari, selepas menemui Rasulullah SAW, Abu Salamah mendatangiku, lalu beliau menceritakan bahawa beliau telah mendengar ucapan Rasulullah SAW yang membuat aku merasa senang. 
Baginda bersabda: Tidak ada seorang daripada kaum muslimin yang ditimpa musibah, lalu ia mengucapkan inna lillahi wa inna ilaihi raaji’uun, lalu ia berdoa, Allahumma’ jurnii fii mushibatii wa akhlif lii khairan minha (Ya Allah, berilah aku pahala dalam musibahku ini dan berilah pengganti yang lebih baik darinya), melainkan doanya itu dikabulkan.
 
Kalian yang memahami tentu lah mengerti
Ucapan istirja' itu, memberi maksud tiada sesiapa melainkan Allah lah Yang Menguasai segala galanya, dan menciptakan setiap sesuatu
 
Patut ada dalam diri kita, Ingatan sebegitu 
agar dapatlah kita Redha kepada Yang Esa
agar benarlah kita berserah kepada Allah, Muslim lah kita
dan selamat serta di peliharanya, InshaAllah

Sengajalah dikatakan, apabila ditimpa masalah atau musibah, maka ucaplah sebegitu dan berdoalah:  
Allahumma’ jurnii fii mushibatii wa akhlif lii khairan minha
 
 
 
Ingat ya, apakah janji Allah bila kita Ingat dan menyebut nya, itulah maksud, berzikir
 Mereka itu ialah orang yang dilimpahi dengan berbagai-bagai kebaikan dari Tuhan mereka serta rahmatNya; dan mereka itulah orang-orang yang dapat petunjuk hidayahNya.
(Al-Baqarah 2:157)
 
 
 
Ya, Allah berikan kami Ilmu dan kefahaman, bantulah kami agar dapat mengingati Mu  

 

No comments:

Post a Comment