Malahan terhadap Haiwan, binatang juga di minta berbuat baik
Terhadap tumbuh-tumbuhan
KECUALI, terhadap apa saja yang ZALIM, dan Gemar Menzalimi, manusia, Jin, haiwan, tumbuhan tidak terkecuali
Berbuat Baik
Bandingan orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan, Allah melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya, dan Allah Maha Luas (nikmat) kurniaNya, lagi Meliputi ilmu pengetahuanNya.(Al-Baqarah 2:261)
dan Kena Ingat
Orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, kemudian mereka tidak mengiringi apa yang mereka belanjakan itu dengan perkataan membangkit-bangkit pemberiannya, dan tidak pula menyinggung atau menyakiti (pihak yang diberi), mereka beroleh pahala di sisi Tuhan mereka, dan tidak ada kebimbangan (dari berlakunya kejadian yang tidak baik) terhadap mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita.(Al-Baqarah 2:262)
(Menolak peminta-peminta sedekah) dengan perkataan yang baik dan memaafkan (kesilapan mereka) adalah lebih baik daripada sedekah yang diiringi (dengan perbuatan atau perkataan yang) menyakitkan hati. Dan (ingatlah), Allah Maha Kaya, lagi Maha Penyabar.(Al-Baqarah 2:263)
Wahai orang-orang yang beriman! Jangan rosakkan sedekah kamu dengan perkataan membangkit-bangkit dan menyakiti, seperti orang yang membelanjakan hartanya kerana hendak menunjuk-nunjuk kepada manusia (riak), dan ia pula tidak beriman kepada Allah dan hari akhirat. Maka bandingan orang itu ialah seperti batu licin yang ada tanah di atasnya, kemudian batu itu ditimpa hujan lebat, lalu ditinggalkannya bersih licin (tidak bertanah lagi). (Demikianlah juga halnya orang-orang yang kafir dan riak itu) mereka tidak akan mendapat sesuatu pun dari apa yang mereka usahakan. Dan, Allah tidak akan memberi petunjuk kepada kaum yang kafir. (Al-Baqarah 2:264)
Manusia di berikan MASA
Agar dapat menghisab diri, mengenang kelakuan diri, dan mengenang Pertolongan lain orang
Hidup bukanlah, di masa kini saja. Bukanlah pada hari ini, atau semasa ini sahaja
Ambil contoh; alam Rumahtangga IbuBapa dan adik beradik, kaum keluarga
Ada seruan agar berbuat kebaikan, utamakan
Sebab itu apabila telah berlalu masa, Jangan suka MengUngkit Ungkit perkara sudah berlalu
Yang patut ialah jadikan sempadan DIRI, segala yang tidak baik dan Keji itu
Ingatlah, Gerak dan Diam, DiIzinkan Allah
Teruskan saja BERBUAT KEBAIKAN, ingat sunnah Rasulullah
Maka renung-renungkanlah... Tidak akan jatuh miskin mereka yang melakukan sedekah. Jangan diungkit, jangan disebut-sebut kerana ianya hanya akan mengundang dosa dan sedekah kita tidak lain hanya akan menjadi sia-sia.
Awasi perlakuan dan tuturkata agar tidak sampai menyakiti hati orang yang terdesak memerlukan bantuan. Bantulah setulus hati. Bersedekahlah dengan hati yang ikhlas dalam usaha kita mencari keredhaan Allah dan mengharap akan keluasan rahmatNya
Nabi saw. bersabda, “Tiga orang yang tidak akan masuk syurga, “Anak yang derhaka kepada ibu atau bapanya, orang yang terus-menerus minum arak dan orang yang mengungkit-ungkit pemberiannya.” (HR Baihaqi)
Seterusnya, mari kita lihat pesanan dan nasihat Luqman al-Hakim kepada anaknya.
Pesannya:
“Wahai anakku, hendaklah kamu ingat kebaikan orang dan lupa kejahatan
orang. Dan hendaklah kamu lupa kebaikan kamu terhadap orang dan ingatlah
kejahatan yang kamu lakukan kepada orang.”
Mari kita perhalusi pesanan Luqman di atas.
1.
Mengingati segala kebaikan yang dilakukan orang lain kepada kita.
Apabila kita ingat kebaikan orang, kita akan berasa kekurangan kebaikan yang kita lakukan kepada orang lain dan kita akan berusaha melakukan kebaikan.
Apabila kita ingat kebaikan orang, kita akan berasa kekurangan kebaikan yang kita lakukan kepada orang lain dan kita akan berusaha melakukan kebaikan.
2.
Mengingati segala kejahatan yang kita lakukan.
Ini supaya kita tidak mengulangi kesalahan dan kesilapan kita terhadap orang lain.
Ini supaya kita tidak mengulangi kesalahan dan kesilapan kita terhadap orang lain.
3.
Lupakan kebaikan yang pernah kita lakukan.
Apa-apa kebaikan yang pernah kita lakukan hendaklah kita lupakan, kerana Biarlah Allah saja yang menilainya.
Apa-apa kebaikan yang pernah kita lakukan hendaklah kita lupakan, kerana Biarlah Allah saja yang menilainya.
No comments:
Post a Comment