image

image

Saturday, December 14, 2013

MENGumpat

Dalil:
Sabda Rasulullah saw bermaksud: "Awaslah daripada mengumpat kerana mengumpat itu lebih berdosa daripada zina. Sesungguhnya orang melakukan zina apabila dia bertaubat, Allah akan menerima taubatnya. Dan, sesungguhnya orang melakukan umpat tidak akan diampunkan dosanya sebelum diampun oleh orang diumpat." (Hadis riwayat Ibnu Abib Dunya dan Ibnu Hibbad) 


Wahai orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan ( tanpa ilmu, Nafsu semata ) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani.
(Al-Hujuraat 49:12)


 " sesiapa yang melakukan kezaliman terhadap saudaranya melibatkan maruah ( penghormatan ) atau sebagainya, maka lebih baik dia memohon kemaafan kepada orang itu sebelum tiba hari di mana dinar dan dirham tidak lagi diperlukan. Jika dia mempunyai apa - apa kebaikan, perkara itu akan ditarik daripadanya sebagai balasan ke atas kejahatan yang dibuat. Jika dia tidak ada sebarang amalan kebaikan, maka kejahatan orang yang diumpat itu akan diletakkan kepadanya "
(Hadis Riwayat Bukhari) ?

 "Rasulullah bertanya, "Adakah kamu tahu apa itu ghibah?", mereka berkata : Allah dan RasulNya lebih mengetahui. Baginda berkata : "Engkau menyebut sesuatu mengenai saudaramu dengan perkara yang tidak disukainya". Dikatakan : Beritahukanlah kepadaku, bagaimana sekiranya ada pada saudaraku itu apa yang aku katakan? Baginda berkata : "Sekiranya ada padanya apa yang kamu katakan, maka kamu telah mengumpatnya, jika tiada padanya apa yang kamu katakan maka kamu telah memfitnahnya"
(Hadis Riwayat Muslim, Abu Daud, al-Tirmizi, al-Darimi, Ahmad dan Ibn Hibban)

apa hukum Mengumpat?
HARAM lah ya

jadi kepada mereka yang menyatakan, ada beberapa tempat boleh mengumpat, itu adalah KESILAPAN pemikiran, dari perdayaan Syaitan

Orang yang di zalimi, dan beberapa situasi dan kondisi tertentu, yang ujud kezaliman, di benarkan menyatakan kebenaran, dan itu bukanlah Ghibah - Jika Kalian sedar inilah satu sebab kenapa Allah sebut: Jangan Melampau - maksudnya Tidaklah boleh menambah nambah ceritanya, yang padan patut sahaja, benarlah sepatutnya, Benar dan Membenarkan

Apabila orang yang teraniaya, membuat laporan kepada pihak berkuasa umat islam, maka untuk bukti, di benarkan menyatakan kebenaran, dengan menyebut kesilapan orang yang di katakan menzaliminya
dan sekiranya dia boleh mendatangkan saksi, cukup syaratnya, maka Pihak Berkuasa boleh mengambil tindakan yang Adil

sebab itulah Muslim, sepatutnya bersifat Siddiq, Benar dan membenarkan

dah Hukum Mengumpat itu Haram, tetaplah Haram
jadi
sila betulkan pemikiran kalian ya
Mohonlah kepada Allah agar memberikan Hidayah dan Pimpinan
sebab itu jika menjadi pelajar
hendaklah berhati suci, bersifat jujur
Tak Boleh ada PERSEPSI prejudis
agar Ilmunya masuk dalam Ingatan dan dirimu beroleh kebaikan

Deenun Nasihah, Islam itu SUCI
hendaklah kita yang mengaku Islam, ini, menjaga Kesucian Islam

sekiranya kita tidak dapat Ikhlas, memang mudahlah syaitan menguasai

Jaminan Allahu Taala berikan, Hamba Hamba KAMI yang Ikhlas, Syaitan tidak dapat menguasai


AlQuran

Daripada apa yang terkandung di dalam wahyu Allah, Allah menceritakan tentang keburukan Abu Lahab, Syaitan musuh yang nyata, Nafsu yang jahat, Firaun, dan golongan syirik, Semuanya itu adalah Kebenaran dari Allah
 Allah menyebutkan kesalahan bani Israil, kesalahan Nasrani, dan banyak cerita cerita keburukan itu bukanlah jatuh dalam mengumpat, atau mengata
Sebaliknya adalah kebenaran, Kisah Ghaib sebelum lahirnya Muhammad SAW

Silakan telitikan ya


Jaga diri

Atas sebab musabab tak boleh, melampaulah, maka di nasihatkan agar Menjaga Diri, dan ahli kaum kerabat kamu, lebih utama
Maksudnya, yang tidak berkaitan dengan kamu, keluarga kamu, patut kamu tidak masuk campurlah
Jika ya pun hanya dapat menyampaikan kebenaran sahaja
Tanpa persangkaan, kritikan atau prejudis
Larangan Jangan Melampau itu larangan umum, agar terhindar dari menyakiti lain orang, inshallah

SubhanAllah
Wahdahu laa syarikalah

No comments:

Post a Comment