image

image

Tuesday, March 4, 2014

Tak Mahu SESAT

Dari Zaid bin Arqam, r.a. katanya: Bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: "Kitab Allah Azza wa Jalla ialah tali Allah (sebab yang membawa kepada rahmat Allah), sesiapa yang menurutnya: Beradalah ia dalam hidayat pertunjuk yang sebenar-benarnya dan (sebaliknya) sesiapa yang meninggalkannya: Beradalah ia dalam kesesatan. " (Muslim)

Dari Al-'Irbaadh bin Sariyah, r.a., katanya: Rasulullah s.a.w. telah menasihati dan mengingati kami, pada suatu hari lepas sembahyang Subuh,  dengan satu nasihat dan peringatan yang sangat-sangat mendalam dan berkesan, yang menjadikan (Pendengar-pendengarnya) menitiskan air mata dan menjadikan hati (mereka) gerun gementar. Lalu berkatalah salah seorang lelaki (di antara kami): "Sesungguhnya nasihat ini nasihat orang yang memberi selamat tinggal, maka apakah pesanan yang tuan hendak pesankan kepada kami Ya Rasulullah? " Baginda menjawab:  "Aku berpesan kepada kamu dengan taqwa kepada Allah,  dan mendengar serta taat kepada (pemerintah kamu) sekalipun ia seorang hamba bangsa Habsyi, kerana sesungguhnya sesiapa di antara kamu yang hidup (selepas ku) akan melihat perselisihan yang banyak dan (dengan yang demikian) berjaga-jagalah kamu, jauhkanlah diri dan perkara-perkara baharu (yang diada-adakan dalam agama), kerana sesungguhnya perkara-perkara itu adalah sesat;  oleh itu sesiapa di antara kamu yang berada dalam zaman berlakunya yang demikian, maka hendaklah ia menurut jalanku dan jalan khalifah-khalifah (ku) yang mendapat pimpinan lagi beroleh hidayat pertunjuk; berpegang teguhlah kamu kepadanya dengan seteguh-teguhnya."  (Tirmizi)
 Perlunya berpandu kepada jalan bawaan Rasulullah S.A.W. dan jalan pimpinan khalifah-khalifah Ar-Rasyidin
 Dari Abdullah bin 'Amr r.a., katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda: "Demi sesungguhnya akan berlaku kepada umatku perkara-perkara yang betul-betul sama seperti apa yang telah berlaku kepada Bani Israil, sehingga jika ada di antara mereka orang yang berzina dengan ibunya dengan berterang-terang, nescaya akan ada dalam kalangan umatku orang yang melakukan perkara yang demikian; dan sesungguhnya kaum Bani Israil telah berpecah belah kepada tujuh puluh dua puak dan umatku pula akan berpecah belah kepada tujuh puluh tiga puak,  semuanya (akan dihumbankan) dalam neraka kecuali satu puak sahaja". Sahabat-sahabat Baginda bertanya: "Siapa dia puak yang satu itu ya Rasulullah? " Baginda menjawab:  "Puak itu ialah puak yang tetap di atas jalanku dan jalan sahabat-sahabatku." (Tirmizi)
 Tuan puan yang Mulia

Penulisan kali ini, mengajak kalian berfikir
Tentang apa yang kita turuti dari kelakuan Nasrani

Kita semua tahu, Bagaimanakah wakil wakil Penguasa Agama Kristian, menerbitkan, berbagai bagai BIBLE, dari penulisan sendiri

Yang Kita Muslim turut ialah, kita juga menulis Kitab kitab di samping AlQuran
Dan berbagai bagai maklumat bercampur aduk kerana keterlaluan menurut ilmu laduni, dan sebagainya, 

Umat akhir kini pula, keterlaluan berpegang kepada kitab kitab ulamak
Berbanding Kitab AlQuran, serta juga Kitab Hadis Muktabar

Jadi, perasan idak
Sama saja Kelakuan
Sepertimana Wakil wakil nabi isa, yang tidak berpegang kepada INJIL sebaliknya menulis sendiri BIBLE

Atas sebab inilah Allah mewahyukan AlQuran kepada nabi Muhammad SAW
Sekiranya kita tidak mahu sesat, Utamakanlah AlQuran dan Sunnah serta lihatlah ahli bayt nabi SAW

Sesiapa yang di Hidayahkan Allah, tiada sesiapa dapat menyesatkannya
Hamba hamba KAMI yang Ikhlas, syaitan tidak dapat menguasai

Sesiapa yang di sesatkan - oleh pilihan sendiri
Tiada sesiapa dapat hidayahkannya

Subhanallah
Wahdahu laasyarikalah

No comments:

Post a Comment