image

image

Tuesday, December 29, 2015

Kelahiran dan Takdir

Kelahiran

Dan setiap anak manusia  yang lahir itu, lahirnya didalam Fitrah Kebaikan, Ibubapa lah yang menjadikan mereka yahudi, nasrani atau Majusi. Fitrah itu maksudnya Kebenaran, Kebaikan, dan tentulah Islam

Islam mewajibkan setiap peribadi Muslim agar menuntut ilmu Fardhu Ain, kemudian barulah masuk ke Fardhu Kifayah. Jika mahu selamat dan aman serta bahagia, hendaklah tahu menurut keutamaan ya, Mengutamakan Islam itu satu kewajipan


Takdir

Allah hanya menerima amalan dari pelaku pelaku amal yang Ikhlas sahaja.
Jika belum Ikhlas itu Peribadi mu masih pada tahap Munafik, maka sepatutnya Belajarlah Ilmu Islam, itu patut menjadi keutamaan jika mahukan kebaikan

dan Hamba Hamba Allah yang Ikhlas, syaitan tidak dapat menguasai, itu Jaminan Allah

Kalian tahukan, Allah menciptakan manusia, lahirnya manusia melalui Perut IBU, kaum Wanita itu satu Jihad, Satelah lahir kita ditakdirkan memilih - jika tanpa ilmu akan banyaklah menghadapi masalah, maka itulah Islam mewajibkan setiap peribadi Muslim agar menuntut ilmu Fardhu Ain, kemudian barulah masuk ke Fardhu Kifayah





Wujudnya Horoskop dan ikut Tarikh Lahir

Kerana ciptaan Allah, lahirnya manusia itu satu detik bukanlah seorang sahaja, sebaliknya seperti Batch Processing, banyak bilangannya dalam setiap detik, maka mudahlah untuk yang tahu untuk meneka dari Pengalaman dan Saintifik kata mereka, Horoskop dan ikut tarikh lahir itu, begitulah caranya, namun jika kalian memerhatikan akan Muhammad, saw tiadalah ia berkata melainkan wahyu yang di wahyukan belaka, itulah Takdir kamu adalah apa yang kamu Pilihkan, maka itulah diwajibkan berilmu Islam jika mahukan kebaikan diri.


Ikut lah Tauladan

Kerana Muhammad saw itu melihat akan Kejahilan yang berlaku pada itu masa di Mekah, maksudnya suasana yang teruk melakukan kekejian, maka Muhammad saw mengambil tugas menyeru agar manusia jangan terikut ikutkan Nafsu, sebaliknya mengEsakan Allah, menauhidkan Allah, itulah bukti bahawa Takdir itu Pilihan, bukan duduk berdiam bersahaja, berteleku mahukan kejayaan, Islam menhendaki kita Beriman dan Berusaha, serta Bertawakkal, semuga dapat faham, insyaAllah

Sunday, December 13, 2015

ILMU

Ilmu Kebenaran itu daripada Allah, Tuhan Yang Esa, yang memerintah iaitu AlMulk, samada Rela atau Terpaksa, semuanya akur menurut Ketentuan Allah
Sebagai bukti, bahawa Allah itulah Tuhan Yang Maha Menciptakan, Menciptakan Setiap Sesuatu dan Segala galanya, Dan Ilmu itu juga merupakan Cahaya, yang berlapis lapis ciptaan Allah

Kerana itu lah Ilmu Islam, sepatutnya dapat menyuluh jalan mu, jika kita abaikan diri menuntut Ilmu Islam, tentulah kita akan diperdayakan oleh Iblis Syaitan, kerana Kebenaran itu akan mewujudkan Keikhlasan,  sementara Keduniaan itu akan mengheret peribadi ke arah berpura pura, dan untuk maksud mahu hidup, sanggup melakukan kekejian, nista dan kezaliman

Kalian boleh nampak jika dapatlah melihat sekeliling mu, dan berfikir bersama dengan peribadi mu yang Berserah Allaah, untuk ke arah itu, semestilah kena utamakan Tauhid, Jangan sekutukan Allah dengan makhluk, Tak Layak, makhluk semuanya di ciptakan NYA, inilah bentuk Cahaya yang sepatutnya kita terima menjadi tauladan, dan sempadan hidup cara Islam

Bijakkah? Cerdikkah? Excelent kah? yang kamu ikuti sekarang?

Kamulah Fikirkan, dan buatlah Pilihan, jika tanpa Berserah diri kepada Allah, mana mungkin mendapatkan Hidayah Taufiknya

Kegagalan pilihan itu, menjadikan peribadi masing masing seumpama Buih. Demikianlah jika gagal mendapatkan Cahaya. Lapisan Cahaya yang menjadi Ilmu, jika tidak mengenal Allah, tak akan mahulah akan Ilmu Islam, tak akan mahulah kepada Pelajaran Tauhid, suka amatlah hidup didalam Persangkaan, melayan Hawa Nafsu diri, subhanAllah

Dan kita hidup menuju Kiamat
Samada Kematian Peribadi sendiri, dan itu adalah Kiamat kecil
Kiamat Besar itu, kita tak mudah untuk menyanggupi ketika datangnya

Maka manusia merancang dan Allah juga Merancang, maka Rancangan siapakah yang akan muncul mendepani kehidupan kita, Pilihan ditangan masing masing, Semuga mendapat Kebenaran Hidayah daripada Allaah

Fahami lah dinamakan Ilmu Fardhu Ain itu adalah serumpun Ilmu jika khatamlah peribadi itu mendapatkannya, dapatlah memandu diri kearah kebaikan

Jangan pula kamu suka mempamirkan, eksyen, kepada lain orang, itu akan menjahanamkan peribadi kamu. Allah menuntut Keikhlasan setiap Peribadi dalam membina hidup yang sementara didunia menuju Akhirat

Gesaan, Ajakan, serta Promosi, adalah agar kalian mahu Berfikir serta Berserah diri kepada Allah
Semuga Allah menghidayahkan Taufiknya kepada Peribadi mu, memilih Ilmu Islam, Ilmu Kebenaran, Ilmu Tauhid, dan semuga dapat membina kehidupan Islam, kerana:

Jika kamu carilah kehidupan selain Islam, tidak akan di terima yang demikian itu
Dunia hanyalah sementara, kita akan mati, itulah buktinya, ada Kehidupan Akhirat
namun disebabkan tiada sesiapa yang telah mati, kemudian dapat hidup kembali, dapat menceritakan maka sukarkah nak Percaya Allah

manusia apabila Terantuk baru nak Mengingat?

Silakan mengutamakan Ilmu Islam
yang terjaga sanad dan Riwayatnya, yang tidak ada persangkaan, itulah AlQuran dan sunnah tauladan Muhammad SAW, insyaAllah

Friday, December 11, 2015

NUR- Cahaya Berlapis lapis

Tahukah apakah itu Nur, atau Cahaya


Allah yang menerangi langit dan bumi. Bandingan nur hidayah petunjuk Allah (Kitab Suci Al-Quran) adalah sebagai sebuah "misykaat" yang berisi sebuah lampu; lampu itu dalam geluk kaca (qandil), geluk kaca itu pula (jernih terang) laksana bintang yang bersinar cemerlang; lampu itu dinyalakan dengan minyak dari pokok yang banyak manfaatnya, (iaitu) pokok zaitun yang bukan sahaja disinari matahari semasa naiknya dan bukan sahaja semasa turunnya (tetapi ia sentiasa terdedah kepada matahari); hampir-hampir minyaknya itu - dengan sendirinya - memancarkan cahaya bersinar (kerana jernihnya) walaupun ia tidak disentuh api; (sinaran nur hidayah yang demikian bandingannya adalah sinaran yang berganda-ganda): cahaya berlapis cahaya. Allah memimpin sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang dan peraturanNya) kepada nur hidayahNya itu; dan Allah mengemukakan berbagai-bagai misal perbandingan untuk umat manusia; dan Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.


Allah is the Light of the heavens and the earth. The Parable of His Light is as if there were a Niche and within it a Lamp: the Lamp enclosed in Glass: the glass as it were a brilliant star: Lit from a blessed Tree, an Olive, neither of the east nor of the west, whose oil is well-nigh luminous, though fire scarce touched it: Light upon Light! Allah doth guide whom He will to His Light: Allah doth set forth Parables for men: and Allah doth know all things.
(An-Nuur 24:35)

Sekiranya kalian sudah mengetahui apakah itu Cahaya, Dari manakah Bermulanya, dan bagaimanakah Akhirannya?

Kenapakah Wajah Allah itu tak dapat Terlihatkan? sewaktu waktu kita hidup didunia ini?

Kerana Allah itu bukan sementara, bukan tidur, tidak lena, Hidup Berterusan adaNya

Cahayanya tiada sesiapa yang dapat melihat, melainkan Muhammad  sahaja sewaktu Pertama diciptakan, juga sewaktu Mikraj menerima Solat 5 waktu
Kerana Penglihatan yang kita terlihatkan sesuatu itu adalah lapisan cahaya yang lembut daripada Kurniaan Allah, jika tidak pandai menjaganya, akan semakin kaburlah penglihatan, kecuali dapat Hidayahnya, berpanjanganlah dapat melihat

Kerana inilah, Hindu Brahmin, menyatakan tuhan itu cahaya yang tersangat Terang, ada di dalam diri sendiri, itulah yang patut di cari, sewaktu kita hidup ini

Bagaimanapun ramai Muslim menyatakan, Roh itu Rahsia Allah, dan menghadkan diri mereka dari Berserah Allah dan berikhtiar untuk mengetahui dan memiliki Ilmunya, maka itulah Hijab yang menghijab diri masing masing

itulah dan begitulah wujudnya Rahsia Allah, hanya ibarat jari ketika di celupkan ke lautan, apa yang tinggal di jari, sedangkan Lautan luas itu sudah tentu mengkagetkan diri masing masing, begitulah Halus kecil dan hinanya makhluk

Lalu bagaimanakah yang menjadikan beberapa Peribadi itu terlalu Sombong, menyombongkan diri, menolak hukum hakam daripada Ketentuan Allah, sehinggakan, sanggup menerima Kesesatan sistem Demokrasi, dari rakyat yakni manusia, kepada rakyat yakni manusia, Dimanakah Tuhan itu di letakkan?

Inilah yang menjadikan kita, yang ramainya, ditimpa berbagai masalah dan pancaroba, dan itulah yang memungkinkan  bisnes - Counter atau Refleks - sebab inilah Zionis itu menganggap selain daripada mereka adalah bukan manusia?

Kerana itulah Jalannya Zionis Israil itu berbuat sesuka hati mereka sahaja, dan Allah menduga dengan apa yang manusia sanggupkan, SubhanAllah

Kelemahan diri masing masing adalah berpunca dari Kelemahan Tauhid
Masing masing pandai bertutur menyatakan Nabi Muhammad SAW 13 tahun berdakwah menyeru agar Jangan sekutukan Allah, Apakah dapat kita beringat dan Mengutamakan Pelajaran Tauhid?

Nah!?

Sesiapa yang dihidayahkan Allah tiadalah seiapa yang dapat menyesatkannya
dan sesiapa yang sesat oleh pilihan sendiri, tiada sesiapa dapat menghidayahkannya

bunyi arab: manyahdihillahu falamuzillalah waman yuzlilhu falahadiyalah 
pernah ke Dengar bacaan sebegitu?

ada kot Khatib duk menyampaikan setiap Jumaat, kerana itulah antara syarat khas yang wajib ada dalam Khutbah Jumaat.  Selamat menyertai solat berjamaah Jumaat, Khutbah Jumaat itu termasuk dalam solat Jumaat, jadi sila beri perhatian lah

InsyaAllah

Hidupkanlah hati masing masing agar dapat meneliti dan memerhati, bahawa Allah itu setiap ketika mendidik, kerana itulah AdDahr atau Masa, Time, itu Allah
Sifatnya Meliputi, Maha Halus, siapakah yang mahu Berfikir?

Pada dirimu ada kebenaranya, Apakah kamu tidak mahu memikirkan?


Monday, December 7, 2015

makRIFAT 2015n

Tulisan ini merujuk kepada sebuah topik dalam satu wakaf, di namakan Halaqah dot net

Copy pastenya: - Tajuk : KEAJAIBAN ORANG BERMA'RIFAH.
- Pengajian Kitab Cinta kali ke-13 (Kuliah Kitab Ihya' 'Ulumuddin kali ke-156).
- Kita rajin berzikir? Dalam golongan manakah kita?
- Belajar bukan setakat untuk tahu tetapi untuk..........
- 'Arasy di atas air. Iblis pun bina juga singgahsananya di atas air.
- Ibnu Sayyad melihat singgahsana Iblis.
- Kelazatan zahiriyyah dan batiniyyah.
- Kenapa Iblis sangat tidak suka manusia dan jin belajar ilmu ma'rifatullah?
- Mengapa kita terhijab daripada ma;rifatullah?
- Ikut ajaran sesat lalu ibadah jadi lazat? Mengapa ya?
- Siapakah ahli syurga yang mahu berpatah balik ke dunia?
- Siapakah idola2 utama kita dalam tasawuf?
- Nikmat tertinggi.
https://www.youtube.com/watch?v=9-2Ou2o2JmI





Berdasarkan Pengalaman yang sudah di tempuh, kami menjawabnya begini:

Rajin berzikir jika Peribadimu sudah mencapai tahap Ikhlas lah Peribadi itu akan sampailah ia kepada Makrifah. Makrifah pula ada beberapa Tahap kemajuannya. Demikianlah Darjat Ilmu, Tergantung kehendak yang ada dalam setiap makhluk, mahukah Berfikir

Sementara jika Peribadi itu Rajin berzikir namun masih banyak sifat nistanya, itu hanyalah termasuk kedalam golongan yang belum ikhlas, di perdayakan serta dipermainkan juga dikuasai oleh Iblis Syaitan dan kuncu kuncunya


Belajar itu Atas Niat setiap Peribadi. Apa yang kamu Niat itulah yang akan kamu dapatkan. Niat nak mengetahui dapatlah Pengetahuan namun payahlah diri itu untuk Mengingat dan Beramal lalu membuktikan keimanan pada Yang Esa. 


Seterusnya Peribadi yang Ikhlas Lillahi, Billahi, Wallahi akan sampai kepada Memiliki, akhirnya bila DiPanggil Menyahut, DiPegang Terasa, Belum bertanya sudah Menjawab, sampailah tu InsyaAllah

Iblis membina seakan Arasy di atas air itu sudah ada beberapa orang yang sampai ke daerah itu, Dia dibawa menjadi Iman solat bersama 'atuknya' dan orang yang telah mati, itu sebab ada dalam Kitab dibaca dalam Pesantren dan Tariqat tertentu menyatakan Roh simati balik malam Jumaat dan malam hariraya. Arasy tu ada di atas lautan di segitiga Bermuda, dan beberapa tempat di atas lautan yang ada, sebagaimana maksud "Dajjal itu berada dihujung dunia"

kerana Awwaludin Makrifatulloh, membawa Peribadi kepada Keikhlasan, jika jalan Syariat selepas diri mencapai Mukmin barulah mencapai Mukhlisin, selagi belum mencapai Ikhlas, dapatlah Syaitan Iblis menguasai, kerana itulah Allah Menjamin; Hamba Hamba Daku yang Ikhlas, syaitan tidak dapat Menguasai
Tentulah Iblis syaitan dalam nafsu peribadi masing masing membisikkan kecurigaan, membawa diri kepada membuat tuduhan sangsi dan sebagainya, banyaklah negatif diri begitu

Diri Peribadi yang Terhijab daripada Makrifatulloh kerana, Jahil yakni menolak, dan tidak mahu percaya kepada Allah; Kerana tersangkut peribadi itu dalam menuntut Ilmu, tidak Sedar bahawa Ilmu Allah itu Amat Luas, sementara Ilmu peribadi hanyalah Jari yang di celup ke lautan, apa yang lekat pada jari, itulah maksud bahawa Peribadi itu tidak dapat Berserah diri kepada Allah, itulah yang Menghijab peribadi itu untuk Makrifah

Merasa Lazat itulah menjadikan Lidah sentiasa menyebut nyebut Kelazatan itu, maka hilanglah dari peribadi itu sifat Amanahnya, terhadap Allah dan Ilmu, Kerana itulah Hujan Lebat itu Kerap di sertai Guruh dan Petir, kerana itulah sumber Ilmu jika mahu lah Berfikir, sementara jika masih bersifat munafik, akan menutup telinga kerana takut. Golongan Ikhlas tidaklah merasai Lazat, malahan Abdi sebenar tidak layak mengaku sekian sekian, itulah yang Allah mahukan kita Ikhlas, InsyaAllah menauhidkan Allaah

Ahli Syurga yang mahu berpatah balik adalah Golongan yang hanya layak masuk ke AlAraf
disebabkan hanya Break Even, tak dapat masuk ke Syurga lebih Tinggi, Kita di beritahu, Dunia inilah Tempat Bercucuk Tanam, silakan lah

Ahli Ibadah yang mahu Berpatah Balik selepas mati adalah golongan yang tidak mahu mengambil Pelajaran daripada Allah, daripada AlQuran dan daripada Muhammad SAW, kerana Peribadi itu menjadikan Syaitan Syaitan sebagai Kawan Karib Mereka, tanpa dapat Menyedari, maksudnya tidak mendapat Hidayah Allah lah, itulah yang Terbabas Sesat. Menyesal kemudian sudah tiada berguna lagi.


Idola utama yang Makrifat adalah Muhammad ibni Abdullah, Abu Bakar Siddiq, Umar AlKhattab, Osman Affan, dan Ali Abi Talib kerana itulah maksud ikutilah sunnah sunnah Muhammad SAW serta sunnah khulafak ArRasyidin
kerana inilah Sanad dan Riwayat Ilmu sangat Penting dan Utama , dan Kerana itulah Pada Diri Muhammad saw itu ada ikutan yang baik jika mahu, dan Alim Ulamak itu Pewaris nabi nabi, Niat menentukan amalan.

Nikmat Paling Tinggi, Apabila Allah ada bersama, Ingatlah kisah dalam Gua sewaktu Hendak Berhijrah, demikianlah ucapan Muhammad SAW kepada Abu Bakar Siddiq. Tiada Masalah kerana tidak ada yang Lebih Besar dan Utama daripada Allah


Seterusnya Muhammad SAW itu apabila berbicara, kerap pula memasukkan hal Makrifat kedalam bicaranya, sebagaimana kata baginda, Allah beri daku makan, sewaktu 3 sahabat baginda ingin kan Akhirat dan mahu membuang Dunia

Bathiniah lazat apabila sentiasa dapat Ingat Allah secara Hakikatnya melihat, begitulah jika mencapai Makrifat, kenalah melalui Syariat, kemudian Tarikat, masuk ke Hakikat

Semuga kita tidaklah berhenti pada tahap Pencapaian satelah mendapat sijil dan degree atau Master PHd, kerana Allah melalui AlKitab AlQuran itu sengaja meletakkan Mutasyabihat sebagai ruang untuk berfikir , berikhtiar dan berusaha menambah baik, membuat Pemnbangunan yang tidaklah hanya berdasarkan Persangkaan atau hipothesis sahaja. InsyaAllah

Saturday, December 5, 2015

SAMA - Manusia semuanya sama sahaja

Allah adalah Tuhan Yang Sebenar kepada sekalian makhluk ciptaan NYA
Dan  Allah itu Yang Esa, kerana Allah tidak memerlukan apa apa daripada MakhlukNYA
Hanya sahaja, Jika Peribadi Manusia dan Jinn itu Ikhlas mengabdikan diri kepada Allah Subhanahu waTaala, selamatlah daripada di kuasai Syaitan, itu Jaminan Allah SWT beri kepada Iblis yang meminta Tempoh untuk menyesatkan kesemua manusia dan Jinn, walaupun Jinn itu adalah sebangsa Iblis itu sendiri

Sekiranya manusia itu suka berbuat Keji dan Nista, menzalimi orang lain, samalah Kelakuan Iblis itu, kerana itulah, Doa daripada sesiapa sahaja yang di zalimi, itu Allah makbolkan, kerana itulah Apa sahaja Kebaikan yang kamu lakukan adalah untuk dirimu, dan apa juga keburukan yang kamu lakukan, akan di balas setimpalnya, What you give, you'll get back


Manusia adalah makhluk yang Terbaik diciptakan Allah, ada Zahir, Ada Bathin, Boleh Berdiri tegap, nampak gagah sepadan, sebab itulah Allah menguji setiap Peribadi, sekadar apa yang disanggupi oleh Peribadi itu sahaja, Ibarat masing masing berada didalam dunia sendiri sendiri, dan kamu tidak menangung dosa lain orang, Setiap diri adalah Pemimpin maka Perhatikan Pimpinan kamu, Jagalah dirimu, dan ahli keluarga kamu, kaum kerabat kamu, daripada Siksa api Neraka, Sampaikanlah Kebenaran yang Suci, janganlah kamu turuti kesesatan, semuga dapat kamu bina kehidupan Islam yang Universal, Balaskan Kebaikan atas kejahatan lain orang, itulah Akhlak yang memuliakan

Manusia semuanya sama sahaja, Kecuali siapa yang paling banyak menolong lain orang
Manusia semuanya sama sahaja, Kecuali, siapa yang lebih Taqwanya

Semuanya, berada didalam Kerugian, Kecuali mereka yang BerTaqwa dan Beramal Soleh, Kecuali siapa yang lebih Taqwanya

Manusia boleh mencapai menjadi Insan Kamil
Namun ada yang lebih hina daripada segala haiwan yang melata, jika gagal berbuat baik
Kerana haiwan yang tanpa Akal juga ada kasih sayangnya, apatah lagi manusia yang berakal, patutnya tentu lebih Mulia.

Kerana itulah tiada sesiapa dapat mendabik dada, menyatakan dirinya lah yang terbaik, kerana Hakikatnya, segala apa yang dicapai oleh abdi, adalah anugerah Majikannya, Semuanya dari Izin dan anugerah Allah SWT

Pengetahuan dari anugerah Allah itulah meningkatkan Darjat manusia, itulah Kenyataannya
Kami mengangkat Darjat orang yang beriman, dan berilmu, beberapa Darjat

Muhammad Ibni Abdullah, SAW adalah Insan Kamil, maksom, terpelihara, Tiadalah ia berkata melainkan wahyu belaka, Allah ada Bersama, jangan sangsi dan berasa takut,

لا إله إلا الله


Sedarlah, ikutilah sunnahku kata muhammad SAW, juga sunnah khulafak ArRasyidin
Insan Kamil itu, tidak keluh kesah dengan apa yang berlaku, samada godaan dunia, atau godaan wanita, dan tidaklah ia berkata yang sia sia, Dia telah mengamalkan Kebaikan, pastilah dia menyatakan Kebaikan, menafikan selain Allah itu kecil dan lemah -

لا إله إلا الله


Silakan menambah baik Peribadi masing masing, InsyaAllaah

Wednesday, December 2, 2015

Kesilapan dan Persangkaan

Ramai yang hanya bersangka sangka tanpa memperdulikan Fakta Keterangan.
Kerana Dunia dihadapan kita kini, adalah Internet, samada menggunakan smartphone, Pad, Netbook, notebook, laptop, komputer berinternet dan sebagainya.

Allah membebaskan dirinya, kerana Maha Adil, Amanah memberikan segala Nikmat Kemampuan kepada Peribadi Makhluk, dan Sebagai Yang Maha Berkuasa, bertanyakan kepada makhluknya, Nikmat Daku yang manakah yang kamu hendak dustakan?

Lalai itu jadi kebiasaan bila Peribadi kamu berada dalam situasi dan kondisi, Permainan dan Senda Gurau. Suasana Demokrasi, memberikan kebebasan demikianlah sebagaimana Internet, Malahan oleh golongan yang mengaku Beragama sudah tidak mendapat Hidayah Taufik kerana sifat Peribadi belum Ikhlas, maka termasuklah ke dalam situasi dan kondisi, Dunia Permainan dan Senda Gurau

Jika Muslim ada Panduan oleh Allah iaitu Kitab yang Terpelihara, Kitab yang Tanpa Keraguan, jika Peribadi yang membacanya itu SUCI lah hatinya, akan mendapat, dan mahulah Peribadinya mengambil Pelajaran, Jika tidak mahu mengambil Pelajarannya daripada Allah daripada AlQuran, Allah akan menghantarkan syaitan syaitan kepada peribadi itu, Lama Kelamaan syaitan syaitan itulah akan menjadi kawankarib yang di dengari bisikannya, ia menyangka itulah Ilham. Silakan rujuk AlQuran surat ke 43; ayat 36, 37 dan 38.

Sebab itulah pada umur 40an, daripada umur 38 hingga ke umur 43 suami suami menjadi lebih galak hendak menikah satu lagi. Sedar idak, pesona Nafsu Syaitan, apabila Peribadi belum Ikhlas

Kesilapan
1. Kesilapan Pemikiran apabila menyatakan Islam itu adalah di bawa oleh Muhammad bin Abdullah
    
Tidakkah kalian mahu melihat apakah yang menjadi Rukun Islam dan Rukun Iman. Setiap Rasul dan nabi Allah itu adalah membawa Kebenaran Islam. Masalahnya Yahudi suka bermain main dengan utusan Allah, termasuklah dengan Nabi Musa a.s. Kerana Permainan daripada Penguasa Yahudilah, menyebabkan nabi Isa a.s itu di hukumkan disalib. Tetapi Allah menunjukkan kuasanya menukarkan orang yang disiksa itu, maka wujudlah berbagai Persangkaan terhadap Isa al masih

Demikianlah juga Persangkaan terhadap Isa Al Masih yang akan muncul di akhir hayat Dunia sebelum Kiamat, sebenar benarnya tiada lagi nabi dan Rasul Allah selepas Muhammad saw.
Namun kerana belum berakhirnya Dunia, perkara itu banyaklah termasuk Persangkaan sahaja

Sebab itulah apabila ada yang Murtad, Allah menyatakan peribadi itu mengundur ke belakang
Kerana nabi dan utusan yang LAST adalah Muhammad bin Abdullah daripada Bangsa Arab Quraish, itulah yang menjadikan Nafsu orang Yahudi menafikannya. Yahudi menyangka Allah tuhan kamu dan tuhan daku sayang bangsa yahudi, Allah Maha Kuasa, makhluk tidak punya kuasa dan Pengetahuan, SubhanAllah

Persangkaan
1. Apabila tak punya Ilmu Islam maka banyaklah akan membuka peluang Peribadi itu bersangka sangka. 
Ingatlah kamu tidak akan SESAT jika mengikuti dua Perkara iaitu AlQuran dan Sunnah Sunnahku, kata Muhammad SAW yang patut menjadi ikutan yang baik kepada kalian. Jadikanlah Rujukan Utama, Muhkamat itu Ketetapan, Mutasyabihat itu habuan peribadi masing masing setara mana berserahdiri kepada Allah, Allah akan memahamkan dirimu

Semuga dapat menghindari Persangkaan.
Semuga mahulah Berfikir dan menambah Ilmu agar dapat mengINGAT
Allah Maha Kuasa makhluk tak punya apa apa, Semuanya daripada Allah yang Mengizinkannya
Ikhlas kan lah Peribadimu

InsyaAllah


Sunday, November 29, 2015

Inginkan SYURGA!?

Dari Jabir bin Abdullah, dia berkata: “Suatu hari kami keluar bersama Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam.

Di tengah perjalanan Rasulullah bersabda: “Sebentar tadi Jibril datang kepadaku, dia berkata: “Wahai Muhammad, waktu dahulu Allah mempunyai seorang hamba yang sangat soleh. Dia beribadah kepada Allah selama lima ratus tahun. Seluruh hidupnya dia abdikan hanya kepada Allah. Dia tinggal di puncak sebuah gunung yang terletak di tengah lautan. Luas dan tinggi gunung tersebut sekitar tiga puluh hasta, sementara lautnya terbentang luas sekitar empat ribu farsakh.

Tidak jauh dari tempat dia beribadah, di kaki gunung, keluarlah air tawar sebesar jari yang keluar dari celah-celah batu sebagai tempatnya menghilangkan rasa haus. Di tempat tadi juga ada sepohon delima yang setiap malam mengeluarkan buahnya. Apabila petang hari tiba, dia turun dari puncak gunung menuju kepada air tawar tadi untuk mengambil wudhu’ sekaligus minum dan makan buah delima sebagai mengisi perutnya yang kosong. Setelah itu dia kembali beribadah. Demikianlah rutinnya sehari-hari.

Suatu hari dia memohon kepada Allah agar dimatikan dalam keadaan sujud, lalu Allah mengabulkan permohonannya itu, dia pun mati dalam keadaan sujud. Ketika dia sudah berada di hadapan-Nya (pada hari Kiamat), Allah kemudian berfirman: “Wahai hamba-Ku, masuklah ke dalam syurga dengan rahmat-Ku.” Hamba itu menjawab: “Ya Allah, aku masuk syurga kerana amalku, bukan kerana rahmat-Mu.”

Allah kembali berfirman: “Wahai hamba-Ku, masuklah ke dalam syurga dengan rahmat-Ku.”

Hamba tadi kemudian menjawab kembali: “Ya Allah, bukan kerana rahmat-Mu aku masuk ke dalam syurga, melainkan kerana ibadahku. Aku habiskan seluruh umurku hanya untuk beribadah kepada-Mu.”

Allah lalu berfirman: “Hamba-Ku ini membandingkan nikmat yang telah Aku berikan dengan amal ibadah yang telah dilakukannya. Ketahuilah wahai hamba, nikmat penglihatan sahaja yang Aku berikan kepadamu itu cukup untuk membalas amal ibadahmu yang lima ratus tahun itu, belum lagi dengan nikmat-nikmat-Ku yang lain.”

Allah berfirman lagi: “Baiklah wahai hamba, mendekatlah dan jawablah pertanyaan-pertanyaan-Ku ini. Wahai hamba, siapakah yang telah menciptakanmu dari tiada?” Hamba itu menjawab: “Engkau ya Allah.”

Allah kembali bertanya: “Siapa yang memberimu kesihatan sehingga kau dapat beribadah selama lima ratus tahun?” Hamba itu kembali menjawab: “Engkau ya Allah.”


Allah kembali bertanya: “Siapa yang menempatkanmu di tengah lautan sehingga kau dapat beribadah dengan tenang? Siapa pula yang telah mengeluarkan air tawar sebagai tempatmu minum padahal kau berada di tengah lautan yang masin airnya? Siapa pula yang telah mengeluarkan buah delima dari pohonnya yang selalu berbuah setiap hari sebagai makananmu padahal buah itu (sepatutnya) ada setahun sekali? Siapa pula yang mematikanmu ketika kau sedang sujud?” Hamba itu menjawab: “Engkau ya Allah.”

Allah kembali berfirman: “Semua itu adalah rahmat-Ku, dan kerananya (rahmat) pula Aku memasukkanmu ke syurga. Engkaulah hamba-Ku yang paling beruntung, kerananya masuklah ke dalam syurga.” Hamba itu kemudian masuk ke dalamnya (syurga).”
(Riwayat Al-Hakim, sanadnya sahih)


“Ketika Allah menciptakan makhluk, maka Dia membuat ketentuan terhadap diri-Nya sendiri di dalam kitab-Nya yang berada di atas Arasy. Sesungguhnya rahmat-Ku mengalahkan (mendahului) murka-Ku.” (Sahih Bukhari, no. 2955, no. 6855, no. 6899, Sahih Muslim, no. 4939, no. 4940, no. 4941, Musnad Ahmad, no. 7187)

 “Sesungguhnya Allah memiliki seratus rahmat. Dari seratus rahmat tersebut, hanya satu yang diturunkan Allah kepada jin, manusia, haiwan jinak dan buas. Dengan rahmat tersebut mereka saling mengasihi dan menyayangi, dan dengan rahmat itu pula binatang buas dapat menyayangi anaknya. Ada pun sembilan puluh sembilan rahmat Allah yang lain, maka hal itu ditangguhkan Allah. Kerana Allah hanya akan memberikannya kepada para hamba-Nya yang soleh pada hari kiamat kelak.” (Sahih Muslim, no. 4944, no. 4945, no. 4946, Sunan Ibnu Majah, no. 4283, Musnad Ahmad, no. 22605, Sahih Bukhari, no. 5988)


bahawa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:
“Tidak ada seorang pun yang masuk syurga kerana amalannya.” Para sahabat bertanya; “Begitu juga dengan engkau wahai Rasulullah?” Beliau bersabda: “Ya, kecuali bila Allah melimpahkan kurnia dan rahmat-Nya padaku, oleh kerana itu berlaku luruslah dan bertaqarublah dan janganlah salah seorang dari kalian mengharapkan kematian, jika dia orang baik semoga saja boleh menambah amal kebaikannya, dan jika dia orang yang buruk (akhlaknya) semoga boleh menjadikannya dia bertaubat.”

(Sahih Bukhari, no. 5241)