Ilmu Kebenaran itu daripada Allah, Tuhan Yang Esa, yang memerintah iaitu AlMulk, samada Rela atau Terpaksa, semuanya akur menurut Ketentuan Allah
Sebagai bukti, bahawa Allah itulah Tuhan Yang Maha Menciptakan, Menciptakan Setiap Sesuatu dan Segala galanya, Dan Ilmu itu juga merupakan Cahaya, yang berlapis lapis ciptaan Allah
Kerana itu lah Ilmu Islam, sepatutnya dapat menyuluh jalan mu, jika kita abaikan diri menuntut Ilmu Islam, tentulah kita akan diperdayakan oleh Iblis Syaitan, kerana Kebenaran itu akan mewujudkan Keikhlasan, sementara Keduniaan itu akan mengheret peribadi ke arah berpura pura, dan untuk maksud mahu hidup, sanggup melakukan kekejian, nista dan kezaliman
Kalian boleh nampak jika dapatlah melihat sekeliling mu, dan berfikir bersama dengan peribadi mu yang Berserah Allaah, untuk ke arah itu, semestilah kena utamakan Tauhid, Jangan sekutukan Allah dengan makhluk, Tak Layak, makhluk semuanya di ciptakan NYA, inilah bentuk Cahaya yang sepatutnya kita terima menjadi tauladan, dan sempadan hidup cara Islam
Bijakkah? Cerdikkah? Excelent kah? yang kamu ikuti sekarang?
Kamulah Fikirkan, dan buatlah Pilihan, jika tanpa Berserah diri kepada Allah, mana mungkin mendapatkan Hidayah Taufiknya
Kegagalan pilihan itu, menjadikan peribadi masing masing seumpama Buih. Demikianlah jika gagal mendapatkan Cahaya. Lapisan Cahaya yang menjadi Ilmu, jika tidak mengenal Allah, tak akan mahulah akan Ilmu Islam, tak akan mahulah kepada Pelajaran Tauhid, suka amatlah hidup didalam Persangkaan, melayan Hawa Nafsu diri, subhanAllah
Dan kita hidup menuju Kiamat
Samada Kematian Peribadi sendiri, dan itu adalah Kiamat kecil
Kiamat Besar itu, kita tak mudah untuk menyanggupi ketika datangnya
Maka manusia merancang dan Allah juga Merancang, maka Rancangan siapakah yang akan muncul mendepani kehidupan kita, Pilihan ditangan masing masing, Semuga mendapat Kebenaran Hidayah daripada Allaah
Fahami lah dinamakan Ilmu Fardhu Ain itu adalah serumpun Ilmu jika khatamlah peribadi itu mendapatkannya, dapatlah memandu diri kearah kebaikan
Jangan pula kamu suka mempamirkan, eksyen, kepada lain orang, itu akan menjahanamkan peribadi kamu. Allah menuntut Keikhlasan setiap Peribadi dalam membina hidup yang sementara didunia menuju Akhirat
Gesaan, Ajakan, serta Promosi, adalah agar kalian mahu Berfikir serta Berserah diri kepada Allah
Semuga Allah menghidayahkan Taufiknya kepada Peribadi mu, memilih Ilmu Islam, Ilmu Kebenaran, Ilmu Tauhid, dan semuga dapat membina kehidupan Islam, kerana:
Jika kamu carilah kehidupan selain Islam, tidak akan di terima yang demikian itu
Dunia hanyalah sementara, kita akan mati, itulah buktinya, ada Kehidupan Akhirat
namun disebabkan tiada sesiapa yang telah mati, kemudian dapat hidup kembali, dapat menceritakan maka sukarkah nak Percaya Allah
manusia apabila Terantuk baru nak Mengingat?
Silakan mengutamakan Ilmu Islam
yang terjaga sanad dan Riwayatnya, yang tidak ada persangkaan, itulah AlQuran dan sunnah tauladan Muhammad SAW, insyaAllah
No comments:
Post a Comment