Dan Allah itu Yang Esa, kerana Allah tidak memerlukan apa apa daripada MakhlukNYA
Hanya sahaja, Jika Peribadi Manusia dan Jinn itu Ikhlas mengabdikan diri kepada Allah Subhanahu waTaala, selamatlah daripada di kuasai Syaitan, itu Jaminan Allah SWT beri kepada Iblis yang meminta Tempoh untuk menyesatkan kesemua manusia dan Jinn, walaupun Jinn itu adalah sebangsa Iblis itu sendiri
Sekiranya manusia itu suka berbuat Keji dan Nista, menzalimi orang lain, samalah Kelakuan Iblis itu, kerana itulah, Doa daripada sesiapa sahaja yang di zalimi, itu Allah makbolkan, kerana itulah Apa sahaja Kebaikan yang kamu lakukan adalah untuk dirimu, dan apa juga keburukan yang kamu lakukan, akan di balas setimpalnya, What you give, you'll get back
Manusia adalah makhluk yang Terbaik diciptakan Allah, ada Zahir, Ada Bathin, Boleh Berdiri tegap, nampak gagah sepadan, sebab itulah Allah menguji setiap Peribadi, sekadar apa yang disanggupi oleh Peribadi itu sahaja, Ibarat masing masing berada didalam dunia sendiri sendiri, dan kamu tidak menangung dosa lain orang, Setiap diri adalah Pemimpin maka Perhatikan Pimpinan kamu, Jagalah dirimu, dan ahli keluarga kamu, kaum kerabat kamu, daripada Siksa api Neraka, Sampaikanlah Kebenaran yang Suci, janganlah kamu turuti kesesatan, semuga dapat kamu bina kehidupan Islam yang Universal, Balaskan Kebaikan atas kejahatan lain orang, itulah Akhlak yang memuliakan
Manusia semuanya sama sahaja, Kecuali siapa yang paling banyak menolong lain orang
Manusia semuanya sama sahaja, Kecuali, siapa yang lebih Taqwanya
Semuanya, berada didalam Kerugian, Kecuali mereka yang BerTaqwa dan Beramal Soleh, Kecuali siapa yang lebih Taqwanya
Manusia boleh mencapai menjadi Insan Kamil
Namun ada yang lebih hina daripada segala haiwan yang melata, jika gagal berbuat baik
Kerana haiwan yang tanpa Akal juga ada kasih sayangnya, apatah lagi manusia yang berakal, patutnya tentu lebih Mulia.
Kerana itulah tiada sesiapa dapat mendabik dada, menyatakan dirinya lah yang terbaik, kerana Hakikatnya, segala apa yang dicapai oleh abdi, adalah anugerah Majikannya, Semuanya dari Izin dan anugerah Allah SWT
Pengetahuan dari anugerah Allah itulah meningkatkan Darjat manusia, itulah Kenyataannya
Kami mengangkat Darjat orang yang beriman, dan berilmu, beberapa Darjat
Muhammad Ibni Abdullah, SAW adalah Insan Kamil, maksom, terpelihara, Tiadalah ia berkata melainkan wahyu belaka, Allah ada Bersama, jangan sangsi dan berasa takut,
لا إله إلا الله
Sedarlah, ikutilah sunnahku kata muhammad SAW, juga sunnah khulafak ArRasyidin
Insan Kamil itu, tidak keluh kesah dengan apa yang berlaku, samada godaan dunia, atau godaan wanita, dan tidaklah ia berkata yang sia sia, Dia telah mengamalkan Kebaikan, pastilah dia menyatakan Kebaikan, menafikan selain Allah itu kecil dan lemah -
لا إله إلا الله
Silakan menambah baik Peribadi masing masing, InsyaAllaah
No comments:
Post a Comment