image

image

Friday, December 11, 2015

NUR- Cahaya Berlapis lapis

Tahukah apakah itu Nur, atau Cahaya


Allah yang menerangi langit dan bumi. Bandingan nur hidayah petunjuk Allah (Kitab Suci Al-Quran) adalah sebagai sebuah "misykaat" yang berisi sebuah lampu; lampu itu dalam geluk kaca (qandil), geluk kaca itu pula (jernih terang) laksana bintang yang bersinar cemerlang; lampu itu dinyalakan dengan minyak dari pokok yang banyak manfaatnya, (iaitu) pokok zaitun yang bukan sahaja disinari matahari semasa naiknya dan bukan sahaja semasa turunnya (tetapi ia sentiasa terdedah kepada matahari); hampir-hampir minyaknya itu - dengan sendirinya - memancarkan cahaya bersinar (kerana jernihnya) walaupun ia tidak disentuh api; (sinaran nur hidayah yang demikian bandingannya adalah sinaran yang berganda-ganda): cahaya berlapis cahaya. Allah memimpin sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang dan peraturanNya) kepada nur hidayahNya itu; dan Allah mengemukakan berbagai-bagai misal perbandingan untuk umat manusia; dan Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.


Allah is the Light of the heavens and the earth. The Parable of His Light is as if there were a Niche and within it a Lamp: the Lamp enclosed in Glass: the glass as it were a brilliant star: Lit from a blessed Tree, an Olive, neither of the east nor of the west, whose oil is well-nigh luminous, though fire scarce touched it: Light upon Light! Allah doth guide whom He will to His Light: Allah doth set forth Parables for men: and Allah doth know all things.
(An-Nuur 24:35)

Sekiranya kalian sudah mengetahui apakah itu Cahaya, Dari manakah Bermulanya, dan bagaimanakah Akhirannya?

Kenapakah Wajah Allah itu tak dapat Terlihatkan? sewaktu waktu kita hidup didunia ini?

Kerana Allah itu bukan sementara, bukan tidur, tidak lena, Hidup Berterusan adaNya

Cahayanya tiada sesiapa yang dapat melihat, melainkan Muhammad  sahaja sewaktu Pertama diciptakan, juga sewaktu Mikraj menerima Solat 5 waktu
Kerana Penglihatan yang kita terlihatkan sesuatu itu adalah lapisan cahaya yang lembut daripada Kurniaan Allah, jika tidak pandai menjaganya, akan semakin kaburlah penglihatan, kecuali dapat Hidayahnya, berpanjanganlah dapat melihat

Kerana inilah, Hindu Brahmin, menyatakan tuhan itu cahaya yang tersangat Terang, ada di dalam diri sendiri, itulah yang patut di cari, sewaktu kita hidup ini

Bagaimanapun ramai Muslim menyatakan, Roh itu Rahsia Allah, dan menghadkan diri mereka dari Berserah Allah dan berikhtiar untuk mengetahui dan memiliki Ilmunya, maka itulah Hijab yang menghijab diri masing masing

itulah dan begitulah wujudnya Rahsia Allah, hanya ibarat jari ketika di celupkan ke lautan, apa yang tinggal di jari, sedangkan Lautan luas itu sudah tentu mengkagetkan diri masing masing, begitulah Halus kecil dan hinanya makhluk

Lalu bagaimanakah yang menjadikan beberapa Peribadi itu terlalu Sombong, menyombongkan diri, menolak hukum hakam daripada Ketentuan Allah, sehinggakan, sanggup menerima Kesesatan sistem Demokrasi, dari rakyat yakni manusia, kepada rakyat yakni manusia, Dimanakah Tuhan itu di letakkan?

Inilah yang menjadikan kita, yang ramainya, ditimpa berbagai masalah dan pancaroba, dan itulah yang memungkinkan  bisnes - Counter atau Refleks - sebab inilah Zionis itu menganggap selain daripada mereka adalah bukan manusia?

Kerana itulah Jalannya Zionis Israil itu berbuat sesuka hati mereka sahaja, dan Allah menduga dengan apa yang manusia sanggupkan, SubhanAllah

Kelemahan diri masing masing adalah berpunca dari Kelemahan Tauhid
Masing masing pandai bertutur menyatakan Nabi Muhammad SAW 13 tahun berdakwah menyeru agar Jangan sekutukan Allah, Apakah dapat kita beringat dan Mengutamakan Pelajaran Tauhid?

Nah!?

Sesiapa yang dihidayahkan Allah tiadalah seiapa yang dapat menyesatkannya
dan sesiapa yang sesat oleh pilihan sendiri, tiada sesiapa dapat menghidayahkannya

bunyi arab: manyahdihillahu falamuzillalah waman yuzlilhu falahadiyalah 
pernah ke Dengar bacaan sebegitu?

ada kot Khatib duk menyampaikan setiap Jumaat, kerana itulah antara syarat khas yang wajib ada dalam Khutbah Jumaat.  Selamat menyertai solat berjamaah Jumaat, Khutbah Jumaat itu termasuk dalam solat Jumaat, jadi sila beri perhatian lah

InsyaAllah

Hidupkanlah hati masing masing agar dapat meneliti dan memerhati, bahawa Allah itu setiap ketika mendidik, kerana itulah AdDahr atau Masa, Time, itu Allah
Sifatnya Meliputi, Maha Halus, siapakah yang mahu Berfikir?

Pada dirimu ada kebenaranya, Apakah kamu tidak mahu memikirkan?


1 comment:

  1. Berlapis lapis itu agar manusia yang terbaik daripada segala Ciptaan yang lain daripada Allah itu mahu menjadi manusia Kamil, dapatlah memuliakan diri Peribadinya agar bersifat Universal, membawa Kebaikan dan dapat mengawal Perasaan agar tenang dan tenteram

    Tenang dan Tenteram itu benar dan betul jika dapat Beriman dan Beramal soleh, kerana itulah Akhlak Muhammad itu membawa Kesempurnaan Akhlak yang Mulia

    Inilah jadinya Kesesatan Dunia pimpinan Yahud wan nasara
    kerana mereka tak mahu orang Islam ikut Sunnah, sedangkan mereka mengambil akhlak sunnah itu menjadi cara hidup mereka, mereka mahu kita ikut, turut, memuaskan Nafsu, asal dalam rumah sendiri, tak mengapa, itulah ketentuan kesesatan

    Tauhid Ilallah itu diwaktu sendirian itulah paling utama, samada boleh Taati Allah atau idak, jadi tak perlulah menyeru demikian yang kununnya buat jahat dalam kawasan rumah sendiri tak mengapa, memang itulah kehendak Demokrasi, jika nak kenakan tindakan, mestilah ada Waran oleh mahkamah, itulah matlamat kesesatan, tanpa di sedari kita menjadi talibarut kejahilan, kerana hidup kita bina itu telah menurut cara selain Islam

    BUIH tak menyedari perkataan sendiri, samada Pure keduniaan ataukah sedang menauhidkan Allah

    SubhanAllah wahdahu laa syarikalah

    ReplyDelete