image

image

Monday, December 7, 2015

makRIFAT 2015n

Tulisan ini merujuk kepada sebuah topik dalam satu wakaf, di namakan Halaqah dot net

Copy pastenya: - Tajuk : KEAJAIBAN ORANG BERMA'RIFAH.
- Pengajian Kitab Cinta kali ke-13 (Kuliah Kitab Ihya' 'Ulumuddin kali ke-156).
- Kita rajin berzikir? Dalam golongan manakah kita?
- Belajar bukan setakat untuk tahu tetapi untuk..........
- 'Arasy di atas air. Iblis pun bina juga singgahsananya di atas air.
- Ibnu Sayyad melihat singgahsana Iblis.
- Kelazatan zahiriyyah dan batiniyyah.
- Kenapa Iblis sangat tidak suka manusia dan jin belajar ilmu ma'rifatullah?
- Mengapa kita terhijab daripada ma;rifatullah?
- Ikut ajaran sesat lalu ibadah jadi lazat? Mengapa ya?
- Siapakah ahli syurga yang mahu berpatah balik ke dunia?
- Siapakah idola2 utama kita dalam tasawuf?
- Nikmat tertinggi.
https://www.youtube.com/watch?v=9-2Ou2o2JmI





Berdasarkan Pengalaman yang sudah di tempuh, kami menjawabnya begini:

Rajin berzikir jika Peribadimu sudah mencapai tahap Ikhlas lah Peribadi itu akan sampailah ia kepada Makrifah. Makrifah pula ada beberapa Tahap kemajuannya. Demikianlah Darjat Ilmu, Tergantung kehendak yang ada dalam setiap makhluk, mahukah Berfikir

Sementara jika Peribadi itu Rajin berzikir namun masih banyak sifat nistanya, itu hanyalah termasuk kedalam golongan yang belum ikhlas, di perdayakan serta dipermainkan juga dikuasai oleh Iblis Syaitan dan kuncu kuncunya


Belajar itu Atas Niat setiap Peribadi. Apa yang kamu Niat itulah yang akan kamu dapatkan. Niat nak mengetahui dapatlah Pengetahuan namun payahlah diri itu untuk Mengingat dan Beramal lalu membuktikan keimanan pada Yang Esa. 


Seterusnya Peribadi yang Ikhlas Lillahi, Billahi, Wallahi akan sampai kepada Memiliki, akhirnya bila DiPanggil Menyahut, DiPegang Terasa, Belum bertanya sudah Menjawab, sampailah tu InsyaAllah

Iblis membina seakan Arasy di atas air itu sudah ada beberapa orang yang sampai ke daerah itu, Dia dibawa menjadi Iman solat bersama 'atuknya' dan orang yang telah mati, itu sebab ada dalam Kitab dibaca dalam Pesantren dan Tariqat tertentu menyatakan Roh simati balik malam Jumaat dan malam hariraya. Arasy tu ada di atas lautan di segitiga Bermuda, dan beberapa tempat di atas lautan yang ada, sebagaimana maksud "Dajjal itu berada dihujung dunia"

kerana Awwaludin Makrifatulloh, membawa Peribadi kepada Keikhlasan, jika jalan Syariat selepas diri mencapai Mukmin barulah mencapai Mukhlisin, selagi belum mencapai Ikhlas, dapatlah Syaitan Iblis menguasai, kerana itulah Allah Menjamin; Hamba Hamba Daku yang Ikhlas, syaitan tidak dapat Menguasai
Tentulah Iblis syaitan dalam nafsu peribadi masing masing membisikkan kecurigaan, membawa diri kepada membuat tuduhan sangsi dan sebagainya, banyaklah negatif diri begitu

Diri Peribadi yang Terhijab daripada Makrifatulloh kerana, Jahil yakni menolak, dan tidak mahu percaya kepada Allah; Kerana tersangkut peribadi itu dalam menuntut Ilmu, tidak Sedar bahawa Ilmu Allah itu Amat Luas, sementara Ilmu peribadi hanyalah Jari yang di celup ke lautan, apa yang lekat pada jari, itulah maksud bahawa Peribadi itu tidak dapat Berserah diri kepada Allah, itulah yang Menghijab peribadi itu untuk Makrifah

Merasa Lazat itulah menjadikan Lidah sentiasa menyebut nyebut Kelazatan itu, maka hilanglah dari peribadi itu sifat Amanahnya, terhadap Allah dan Ilmu, Kerana itulah Hujan Lebat itu Kerap di sertai Guruh dan Petir, kerana itulah sumber Ilmu jika mahu lah Berfikir, sementara jika masih bersifat munafik, akan menutup telinga kerana takut. Golongan Ikhlas tidaklah merasai Lazat, malahan Abdi sebenar tidak layak mengaku sekian sekian, itulah yang Allah mahukan kita Ikhlas, InsyaAllah menauhidkan Allaah

Ahli Syurga yang mahu berpatah balik adalah Golongan yang hanya layak masuk ke AlAraf
disebabkan hanya Break Even, tak dapat masuk ke Syurga lebih Tinggi, Kita di beritahu, Dunia inilah Tempat Bercucuk Tanam, silakan lah

Ahli Ibadah yang mahu Berpatah Balik selepas mati adalah golongan yang tidak mahu mengambil Pelajaran daripada Allah, daripada AlQuran dan daripada Muhammad SAW, kerana Peribadi itu menjadikan Syaitan Syaitan sebagai Kawan Karib Mereka, tanpa dapat Menyedari, maksudnya tidak mendapat Hidayah Allah lah, itulah yang Terbabas Sesat. Menyesal kemudian sudah tiada berguna lagi.


Idola utama yang Makrifat adalah Muhammad ibni Abdullah, Abu Bakar Siddiq, Umar AlKhattab, Osman Affan, dan Ali Abi Talib kerana itulah maksud ikutilah sunnah sunnah Muhammad SAW serta sunnah khulafak ArRasyidin
kerana inilah Sanad dan Riwayat Ilmu sangat Penting dan Utama , dan Kerana itulah Pada Diri Muhammad saw itu ada ikutan yang baik jika mahu, dan Alim Ulamak itu Pewaris nabi nabi, Niat menentukan amalan.

Nikmat Paling Tinggi, Apabila Allah ada bersama, Ingatlah kisah dalam Gua sewaktu Hendak Berhijrah, demikianlah ucapan Muhammad SAW kepada Abu Bakar Siddiq. Tiada Masalah kerana tidak ada yang Lebih Besar dan Utama daripada Allah


Seterusnya Muhammad SAW itu apabila berbicara, kerap pula memasukkan hal Makrifat kedalam bicaranya, sebagaimana kata baginda, Allah beri daku makan, sewaktu 3 sahabat baginda ingin kan Akhirat dan mahu membuang Dunia

Bathiniah lazat apabila sentiasa dapat Ingat Allah secara Hakikatnya melihat, begitulah jika mencapai Makrifat, kenalah melalui Syariat, kemudian Tarikat, masuk ke Hakikat

Semuga kita tidaklah berhenti pada tahap Pencapaian satelah mendapat sijil dan degree atau Master PHd, kerana Allah melalui AlKitab AlQuran itu sengaja meletakkan Mutasyabihat sebagai ruang untuk berfikir , berikhtiar dan berusaha menambah baik, membuat Pemnbangunan yang tidaklah hanya berdasarkan Persangkaan atau hipothesis sahaja. InsyaAllah

No comments:

Post a Comment