image

image

Sunday, May 17, 2015

Sikap dan Sifat

Sikap dan Sifat Peribadi masing masing Diri

Diri yang Mulia itu mendapat didikan Awal dan di anugerahi Allah akan sifat sifat Mulia, maka diri itu akan Bersikap Mulia dan memuliakan kemuliaan
Kerana inilah Islam mewajibkan setiap peribadi umatnya, menuntut Ilmu Islam, yang di namakan Ilmu Fardhu Ain.
Namun kemuliaan itu wujud sekiranya Ilmu itu didapatkan melalui Ulamak Pewaris Nabi, yang menjaga sanad dan riwayat ilmu agar terjaga Kesucian Kebenaran daripada Allah dan Rasulnya

Disebalik Ilmu Islam itu, orang Kafir pun mengadakan sekolah dan perguruan yang mendidik umat mereka etika, agar baik perangai, ada budi pekerti, walaupun mereka Kafir dan Munafik. Kerana yang beginilah, ramai yang sukakan kebaikan Nasrani

Umat yang seperti BUIH pula gagal memahami tuntutan Islam, lalu mereka membina diri dengan Ilmu selain Islam, yang di setujui oleh Dunia hari ini, yang masyur dan ternama,

Kesemua itu membina Peribadi, menentukan Sikap peribadi, pemikiran masing masing, dan sifat sifat ilmu itu menjadi pakain diri masing masing, maka wujudlah di zaman kita ini berbagai ragam dan gayanya

Sifat yang Telus itu dididik dalam dunia kesesatan, lalu wujudlah 'nude beach' yang mereka meminta privacy, jangan ganggu, juga pelacuran seperti penthouse dan playboy, berada bersama sama dalam masyarakat, baik dan buruk itu bersekutu, berkait rapat

Adapun rata rata umat yang seperti buih itu masuk bersama dalam kesesatan, dan sukar menemui jalan keluar sebagaimana sukarnya untuk keluar daripada sistem demokrasi pilihanraya, agar dapat tunduk, Dengar dan Taat kepada Tuhan Yang Maha Kuasa

Rancangan siapakah yang lebih baik? begitulah Allah bertanya
Kamu merancang, Allah juga Merancang, maka Rancangan siapakah yang lebih baik?
Dunia menuju Kiamat, maka semakin besarlah Jalan Fitnah dan Maksiat itu
Dunia hanyalah Permainan dan Senda gurau, Kecuali
Kamu beriman dan beramal soleh

dan pada diri kamu sendiri ada bukti bukti kebenarannya, mengapakah kamu tidak mahu berfikir?

Sesungguhnya, Kamu adalah sepertimana apa yang kamu percayai

Sepatutnya sebagai Umat Islam, Dengar dan Taatlah kepada Allah dan Rasulnya
Dengar dan Taatlah kepada AlQuran dan Sunnah
Sunnah Rasulullah dan Sunnah khulafak ar rasyidin
begitulah Kebenaran Islam, yang Suci,
insyaAllah

Friday, May 15, 2015

Ingat Allah

Apabila Umat Manusia Menuntut Ilmu Islam yang mereka ketahui daripada Ulamak Pewaris Nabi, Yang ada Sanad dan Riwayat sahih, Terjaga Kesucian Ilmu Islam itu, dapatlah masuk ke hati manusia yang Ikhlas beramal Ibadah

Sekiranya Ilmu Yang di tuntut itu hanyalah daripada persangkaan sahaja, itu tidak memungkinkan Hidayah Allah di dapatkan mereka

Disebabkan perkara ini tidak di ambil pedulilah, maka berlakulah sepertimana sekarang, hanya tinggal nama yang masih Islam, seperti Buih keadaannya, Ilmu tidak dapat menambahbaik peribadi masing masing

Kerana inilah juga tiada memungkinkan Allah itu menetap di Istana Hatinya
Kerana itulah ada hadis nabi saw, telah berkata: Paginya beriman, petangnya tiada, malamnya beriman, siangnya tiada, Ketika peribadimu bermaksiat itu, tiadalah kamu beriman

Sampaikanlah Kebenaran Islam itu, Hidayah itu Milik Allah berikan kepada sesiapa yang ikhlas yang Allah redha

Ingat Allah
Terpelihara lah diri
Dapatlah Bersyukur dan Bersabar
Dapatlah menambahbaik peribadi
Hidayah Allah itu memberikan Kebaikan pada diri

Untuk mendapat Ingat itulah, sentiasalah kamu menyebut Allah
Perbanyakkanlah Menyebut dan Mengingat Allah
Ucapan paling tinggi nilainya adalah
     



لا إله إلا الله

Dengan Bertambahnya Ilmu Pengetahuan kamu dapatlah Kemudahan dan Keselamatan
Cukuplah Allah bagimu
Tidaklah kamu di timpa kekalutan, keresahan dengan apa saja yang berlaku didunia
Sedarlah kamu segala yang berlaku itu telah di izinkan Allah
Ar Rahman, Allah itu sibuk mengurus Kerajaan NYA, Makhluk NYA

Berusahalah ya, agar suasana sekitar mu itu, Kebenarannya menenenggelamkan Kebatilan
Pilihan dirimu lah menjadi Takdir Ketentuan Allah

 Semuga kalian mendapat Pelajaran dapatlah mengubah haluan sekiranya belum mendapatkan Kesucian Islam, insyaAllah

Friday, May 8, 2015

Ketentuan Allah

Ketentuan daripada Allah tuhan semesta Alam, adalah di kenal sebagi Takdir, dalam Rukun Iman, percayalah kepada Qada dan Qadar yakni Takdir ketentuan Allah.



Takdir Allah adalah ketentuan Allah itu ada 2 Perkara

Perkara Utama ialah - Samada Rela atau Terpaksa, semuanya menurut ketentuan Allah
Ini Perkara Hakikat - kerana       
لا إله إلا الله
    
  hakikatnya Allah lah yang menciptakan setiap sesuatu, dan  Segala galanya
 
Dari Allah kita datang dan kepada Allah kita kembali, namun apabila kita di lahirkan kedunia
kita di beri kebebasan apabila Jibril menyampaikan kepada Muhammad SAW iaitu: 
Hiduplah sebagaimana kamu mahu hidup, ingatlah yang kamu akan mati. Cintailah sesiapa sahaja yang kamu mahu cintai, Ingatlah yang dia akan berpisah darimu. Buatlah sahaja apa yang kamu mahu perbuat, Ingat balasan setimpalnya


Kemudian Allah menyatakan kepada Muhammad melalui wahyu NYA iaitu dalam surah ke47 surah Muhammad, ayat 36:
(Ingatlah) bahawa kehidupan dunia (yang tidak berdasarkan iman dan taqwa) hanyalah ibarat permainan dan hiburan; dan jika kamu beriman serta bertaqwa, Allah akan memberikan kamu pahala amal kamu, dan Ia tidak meminta kepada kamu harta benda kamu (melainkan untuk memberikan kamu barang yang lebih baik daripadanya).
(Muhammad 47:36)

The life of this world is but play and amusement: and if ye believe and guard against Evil, He will grant you your recompense, and will not ask you (to give up) your possessions. 

Melalui dalil itu ketahuilah, Takdir dirimu ialah apa yang sudah kamu pilih. Samada kamu memilih kebaikan, atau kekejian. Samada kamu memilih kebaikan atau keburukan, Samada kamu memilih yang di Halalkan atau yang diharamkan, begitulah umat islam di wajibkan menuntut  Ilmu Fardhu Ain, agar dapatlah menjaga dan memlihara diri masing masing ya

Jodoh itu di zaman kita sekarang adalah lahir dari Pertemuan antara lelaki dan wanita, antara teruna dengan gadis, dan masakini ramai ibubapa sudah tidak memelihara dan menjaga pernikahan anak anak mereka, Jadi bagaimanakah kamu berkata ianya didalam Tangan Tuhan

Sepertimana kamu makan makanan, di kedai kedai makan, itu juga adalah Pilihan kamu sendiri, maka di harap dapatlah kamu mengerti

Cuma sahaja, hendaklah kita sentiasa mengingati Allah kerana itulah tanda dan bukti bahawa diri kita ini Berserah Allah

Perasaan hendaklah sentiasa dengan Ilmu dan Keyakinan, Semoga dapat Hidayah Allah ya muslimin muslimat sekalian

Ingat lah ya, nabi saw juga pernah berkata kepada sahabat baginda, Takdir kamu adalah apa yang kamu memilihnya

sebelum kita lahir, sebelum kita baligh, tentulah kita selalu ikut telunjuk orang dan satelah mencapai akil baligh itu sepatutnya dapatlah menjaga dirimu ya

inshaAllah